Tuesday, May 26, 2009

Toner mata - Permata Hijrah

I wore the spectacle since I was in form 5, that's mean it's almost 12 years I was specky. Sometimes I feel uncomfortable to wear glasses, so I changed to the other way, contact lens. I feel more comfort and easy to view my vision and the most important thing is more beauty (haha..jgn perasan).

But I received an email from a friend of mine, Zu. She was introduced me a product, actually a local product named Permata Hijrah. I never heard this product until I read her email and she asked me whether I interested to try the Eye Toner, special for the person who wearing spectacle, like me. Macam menarik aje.

Untuk itu saya cuba explore website Permata Hijrah dan membaca mengenai produk toner mata, khusus untuk orang-orang rabun, baru nak rabun atau dah tahap rabun teruk. Produk ini di ilhamkan oleh para ulamak dimana ia berasaskan bahan-bahan yang halal dan tidak mengandungi bahan kimia terlarang. Ada 5 jenis toner mata dari harga serendah RM12.90 hingga yang paling mahal RM599.90.

Saya cuba menghubungi stokisnya di Kelantan dan bercakap dengan Pn. Kamilah. Saya menerangkan tentang masalah rabun saya iaitu:

Power mata kiri & kanan = 400+
Power silau kanan = 150
Power silau kiri = 50

Pn. Kamilah kata rabun saya kategori tinggi kerana melebihi 400. Jadi dia syorkan saya menggunakan 3 jenis produk iaitu toner mata yg berharga RM189.90 dan toner mata siang malam, di mana setiap satu berharga RM59.90. Sebenarnya saya bukan nak beli sekarang, saya sekadar bertanya, tapi tak mengapalah, just for my info untuk masa akan datang (bila ada duit terlebih nak beli).

Adakah produk ini dijamin akan hilang rabun?

Pn. Kamilah kata, kita hanya berusaha dan depends pada orang yang memakainya. Produk ini bukan dijamin 100% akan hilang rabun, tetapi ia bertindak secara berperingkat di mana ia akan mengurangkan power mata kita sedikit demi sedikit. Mungkin pada bulan pertama pemakaian akan berkurang power sebanyak 50, bulan kedua berkurang lagi 50 dan begitulah seterusnya. Saya rasa ia terpulang pada rajin atau tidak si pemakai. Jadi ia memakan masa untuk memulihkan rabun.

Zu kata, sepupunya sudah menggunakan produk ini dan dia tak pakai cermin mata lagi. Itu satu result yang baik. Tapi oleh kerana bajet saya lari bulan ini, saya membatalkan lah hasrat saya untuk membelinya. Next time maybe. Tetapi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mencuba kalau mahu. Tidak salah mencuba, kalau dengan izin Allah mana tahu rabun kita boleh beransur kurang dan lama-lama terus baik, tak perlu pakai cermin mata atau contact lens lagi.


Di sini saya attachkan gambar toner mata dari yang paling murah hingga yang paling mahal.

(a) Toner yang ini untuk cuci mata yang gatal, berair, ketumbit dan mengeluarkan habuk dalam mata.
Harga : RM12.90
(b) Untuk sesiapa yang baru-baru nak kena rabun (rabun peringkat awal), membantu mencairkan selaput lendir dalam mata, boleh mengurangkan power, sesuai digunakan untuk masalah rabun dekat & jauh.
Harga : RM29.90
(c) Untuk masalah silau, rabun dekat & jauh, masalah kornea, katarak, glukoma, urat saraf mata yg di sebabkan oleh kencing manis, mengurangkan power mata, mencairkan selaput lendir...insyaAllah sembuh dan tidak perlu berkaca mata lagi. Ada 2 botol : siang dan malam. Cara pakai : titiskan dalam mata.
Harga : RM59.90 setiap satu.
(d) Untuk masalah rabun malam, rabun ayam, silau, urat saraf, retina rosak, kornea, katarak, saluran air mata tersumbat, kekeringan mata, mata letih, rabun dekat & jauh, rabun yg sebabkan oleh kencing manis,mencairkan selaput lendir dlm mata.
Harga : RM189.90
(e) Yang ini paling terbaik dan sudah terbukti. Untuk masalah silau, katarak, rabun yg disebabkan kencing manis dan mengurangkan power mata. Dengan izin Allah, boleh sembuh.
Harga : RM599.90

Jadi kepada sesiapa yg berminat untuk mencuba, layarilah laman web Permata Hijrah untuk mendapatkan maklumat lanjut. Cuma saya ingin pesan satu perkara, saya tidak berani menjamin produk ini boleh menyembuhkan masalah rabun 100% kerana saya sendiri belum pernah mencubanya lagi, tetapi sepupu kawan saya sudah cuba dan alhamdulillah, tak payah berkaca mata lagi. Dan mungkin setiap orang kesannya berbeza. Jadi tidak salah mencuba disamping berdoa, insyaAllah mana tahu boleh sembuh. Who know kan...,setiap penyakit ada penawarnya. I just want to share the good thing to others.

Untuk saya pula, mungkin saya akan membelinya pada bulan-bulan akan datang..hehe.



No comments: