Thursday, April 29, 2010

terbalik

Sebenarnya saya suka dgn entry si blur33 aka johnny depp ni, cerita pasal songsang. Tapi tak nak la puji lebih2, nanti kang tuan punya blog terkembang semangkuk pulak...(aku tau dia pasti tersengih-sengih di kala ini). Tapi songsang dari perspektif si blurr ni adalah merujuk pada dirinya sendiri. Tapi songsang dari perspektif saya pulak adalah dlm sebuah tempat kerja. Sure tak paham maksud saya kan...

Tak perlu panjang2 kan cerita dan tak perlu nak menyulitkan keadaan yg dah sedia sulit. Masa lunch hour tadi saya duk buat perbincangan tergempar dgn sorang minah ni. Biasa la mesyuarat tingkap. Kitaorang memang rajin buat mesyuarat kalau ada kes2 sulit yg melibatkan gaji or bonus or kerja or company. Dan kami akan buat rumusan dari hasil mesyuarat tersebut. Baru lah pekerja berdedikasi namanya. Bukan pekerja yg setakat tau buat design basis dgn spec, tapi juga tau membuat rumusan, andaian, tekaan, spekulasi dan mereka-reka cerita dongeng,kemudian gelak kuat2. Kami juga handal berlakon dgn membawa fail, kertas dan pen ke hulu ke hilir seolah-olah kami busy gila, padahal kami takde kerja. Ya...we are the best actor and actress!

Dah melalut pulak aku ni. Songsang yg saya maksudkan ialah:

"Orang yg betul disalahkan, orang yg tak pandai tapi di agung-agungkan, orang yg bertungkus lumus buat kerja tapi tak dihargai, orang yg telah menyebabkan byk projek rugi tapi masih di hormati". Oppsss....adakah aku akan disaman kerana mengeluarkan statement berbaur umpatan ini? ampunnnn.

Sebagai pekerja, kami bukan bersifat dominant. Kami hanya mengikut arahan. Jadi apa sangatlah yg kami boleh buat kan. Dulu saya merungut sebab dapat bonus sikit, increment naik tak banyak. Tapi rupanya ada orang yg langsung tak dapat bonus dan langsung takde increment. Adilkah itu? Apa selama ni dia tak buat keje ke? Tak cukup berdedikasi ke dia? Saya jarang tengok dia bersidai kat dinding-dinding cubic orang lain, jarang tengok dia berbual kosong, jarang tengok dia bergelak mengilai (seperti yg saya selalu buat....hehehe), jarang tengok dia berpesta. Dia rajin, duduk aje buat keje. But...no bonus and no increment for him just because projek yg dia involve tu termasuk dlm kategori rugi. I sympathized with him.

Memang byk benda dan perkara yg terbalik berlaku....

Dunia oh dunia...

4 comments:

liza aziz said...

baca awal2 excited nak abiskan..
bila dah nak abis tu, trasa sedih plak dgn nasib 'org tu'.. ya allah, rupanya ada org yg lagi bersdih dr kita ye..
mmg songsang dh julie.. huhuhuuu

j.u.l.i.e said...

liza: sdih kan...sabo jela..bersyukur dgn apa yg kita dpt..walaupun yg kita dpt tu x berbaloi atau nmpk mcm x adil...

blurr33 said...

eh eh julie.. mana ko tau aku tersengih ni.. ko pakai ilmu apa?? ;p
berbalik pada ulasan ko, aku sekapal,kadang-kadang aku selalu lupa untuk patut bersyukur dengan apa yang aku dapat,walaupun aku or kita rasa mcm dunia ni tak adil tapi kita mesti yakin yang Allah Maha Adil, mungkin dari segi increment/bonus/life Dia beri sedikit/tak setimpal/tak bagi langsung.. tapi kalau kita ikhlas, (mcm email yang kicapcuka ada kasi tu) Insya Allah pulangannya dapat kat bahagian lain.. giler panjang aku reply.. aku nak panjangkan lagi jadi scope of supply boleh tak?? kuikuikui

j.u.l.i.e said...

kam: nape ko x letak objektif, intro,abbreviation,code & standard skali dlm komen ni?hehehehehe...
actually btol apa ko ckp, kena bersyukur dan sentiasa brfikir bahawa Allah tahu apa yg trbaik utk hambaNya, semua yg brlaku ada hikmah...cuma aku kesian kt 'org itu'...mcm xde pghargaan utk dia selama dia buat pojek rugi tuuu..bkn dia yg menyebabkn pojek tu rugi...