Friday, July 30, 2010

menangis adalah terapi yang baik

Ketawa dan menangis sebenarnya terapi yang baik untuk kesihatan emosi. Menurut kajian, kedua-dua kaedah ini mampu mengurangkan tekanan dalam diri seseorang akibat dilanda sesuatu masalah atau musibah.

Apabila seseorang berada dalam keadaan sedih atau tertekan, kita digalakkan menangis sepuas-puasnya kerana selepas menangis, kita akan rasa lebih lega walaupun masalah itu belum selesai. Atau kita cari seseorang sama ada kawan baik atau pelawak terkenal untuk membuat lawak di hadapan kita dgn harapan perasaan sedih itu akan hilang untuk seketika.

Kelebihan menangis ialah kita dapat melepaskan semua tekanan yg ada dalam diri di mana tekanan itu lah punca kesedihan kita. Kajian menunjukkan, dengan menangis, jiwa seseorang akan berada di paras yang lebih stabil.

Untuk menangis, kena ada syaratnya. Menangis pun kena ada syarat kan. Syaratnya ialah:

1) You should have a shoulder to cry on
Maknanya, kita perlu mencari seseorang yang boleh dipercayai seperti kawan rapat atau adik beradik yg rapat. Kita menangis lah di hadapan mereka. Kajian menunjukkan, mereka yg menangis di hadapan seseorang akan lebih cepat lega berbanding mereka yg menangis bersendirian di dalam bilik.

2) Menangis selepas masalah selesai
Kita harus menangis selepas kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah, bukan sebelum masalah itu selesai. Kajian menunjukkan, jika kita menangis sebelum masalah itu dapat di atasi, jiwa kita menjadi lebih buruk, bukan lebih baik kerana masalah itu masih bersarang di benak fikiran dan terbeban dalam hati.

3) Menangis di tempat yang sesuai
Kalau nak menangis, menangis lah di tempat yang sesuai seperti di dalam bilik atau di tempat-tempat yg tak ramai orang kecuali jika anda mempunyai perasaan tidak malu untuk menangis di tempat yg penuh dengan manusia. Tidak semua orang nak tengok kita menangis, jadi tak perlu tunjukkan kesedihan kita pada orang ramai itu.

4) Jangan ada Jiwa kacau
Menangis tidak dapat membantu melegakan perasaan jika kita mengalami masalah jiwa. Masalah jiwa akan menyebabkan keadaan kita menjadi lebih parah, bukan makin baik. Seeloknya, kita harus pandai dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi agar ia stabil selepas menangis. Susah bukan?

Tapi jika semua syarat di atas masih belum mampu menyekat air mata anda daripada terus mengalir, anda di nasihatkan terus kan lah menangis hingga anda rasa puas dan lega. Emosi seseorang manusia berbeza-beza. Masalah jiwa juga berbeza untuk setiap individu. Menangis lah sepuasnya.

Jadi jangan malu untuk menangis.

4 comments:

cinta said...

Who do you turn to when the only person in the world that can stop you from crying, is exactly the one making you cry?
~lalala~

cipang said...

Nak lepas tension boleh menanggis, tapi jangan menanggis tak tentu pasal ,,,hu,hu,hu

Julie Shahril said...

siti: maybe..

gelaspecah: menangis apa yg perlu aje,jgn membazir air mata...simpan sket utk benda lain..

Unknown said...

Mohon kebenaran untuk share ye