Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, June 21, 2018

Singapore Street, Seremban.

Haritu pergi Singapore Street, bukan di Singapore tapi di Seremban. Apa yang ada di Singapore Street ni?

Ada deretan kedai-kedai lama dan menjual barang-barang lama. Aku kan obses sikit dengan barang-barang lama. Aku dah lama tahu kewujudan Singapore Street ni tapi takde kesempatan nak pergi.

Jalan disini sempit, tak ramai orang nak datang sini aku rasa kecuali kalau mereka nak cari barang-barang lama dan rare.





Kat sini ada 2-3 kedai yang menjual pinggan mangkuk jenis lama-lama dan periuk. Ada 1 kedai yang aku perasan, kita boleh tempah periuk (custom made) mengikut kita punya requirement.

 Periuk ayan 

 Pinggan ayan

 Pinggan makan/lauk bunga kangkung
pinggan zaman kita makan rumah atok nenek dulu-dulu

 Mug ayan / enamel mug bertutup

 Ini kedai menjual barang stationary, jual borong

 Lorong jalan kaki disalah sebuah kedai
klasik kan

I found terompah, rm9 only.
yes, aku beli!

Sebenarnya tujuan aku ke sini nak mencari satu barang iaitu British Army Clasp Knife. Mesti ramai tak tahu apa benda tu. 

 Image from ebay

Ini lah bendanya. Sejenis pisau serbaguna, boleh buka penutup botol dan tin. Benda ni abah aku punya, hanya British army je yang ada benda ni. Nak dijadikan cerita, setelah berpuluh tahun pisau ni duduk dalam rumah parent aku kat kampung, tiba-tiba hilang. 

Puas mak aku mencari merata tempat tapi tak jumpa. Abah aku dah mengamuk sebab barang dia hilang. Pisau ni takde jual kat Malaysia, tapi aku saja je cuba cari kat Singapore Street kot-kot jumpa. Tapi hampeh memang tak ada.

Google punya google, ada jual kat ebay. Seller kat US. Ok, fine!

Susah juga benda rare kalau hilang memang pening nak cari ganti.


Wednesday, April 11, 2018

Pokok Pelangi

Rainbow Eucaplyptus. Pokok Pelangi. Terjadi akibat daripada proses penuaan.

Lokasi: Taman Botani Perdana, KL.








Batangnya ada warna light purple, light pink, green olive, light brown, grey. Ini yang mata rabun aku nampak.

Macam mana proses ini terjadi? Baca sini. Kalau tengok kat google image, waaaa...ada lagi yang lawa-lawa dan colorful.

Hebat ciptaan Allah.


Wednesday, April 4, 2018

River of Life (RoL)

River of Life (RoL). Dirasmikan oleh PM ogos tahun lepas kalau tak silap. Projek ini bertujuan untuk mengubah kawasan-kawasan tertentu di KL terutamanya kawasan yang mengadap Sungai Klang agar ianya ada nilai ekonomi dan komersial.

Cantik lah sikit pemandangannya kan. Barulah ada orang nak datang.


Zhareef with the signboard

blue light along the river


Masa ni dah dekat pukul 10 malam, keadaan gelap, tak nampak langsung rupa sungai kecuali lampu biru. Ada semburan air di sungai tu, so nampak macam berasap2...macam misteri gitu. Nampak menara KL tu? 

Ada orang tanya, kak...ni kat presint berapa?

Takde presint2 lah dik...ni kat KL, kat dataran merdeka tu.

Owhh...tak perasan ada menara KL tu kak....

Kihkihkihkih...


my boys
bawak keluar macam ni hiduplah nyawa diaorang

dari atas jambatan dekat-dekat bangunan Sultan Abdul Samad



Lepas tu bawak budak 2 ketul lepak-lepak sini 

Layan abang main apa benda ntah yang terbang-terbang ada lampu tu


Thursday, March 8, 2018

Langkawi : Bawa masuk kereta sendiri

Cara-cara nak bawa masuk kereta sendiri ke Pulau Langkawi:

1. Masuk laman web Langkawi Auto Express.
2. Register dan booking. Bayaran adalah mengikut jenis dan tahun kereta, boleh tengok dalam website dia. Kalau tak faham, sila call dan tanya sebab takut tersalah booking.
3. Bila dah booking dan buat bayaran, kita akan dapat emel dari Langkawi Auto Express. Ada borang yang perlu di isi.
4. Lepas tu, sila faks atau emelkan borang beserta salinan IC, geran kereta dan salinan lesen memandu. Lebih senang emelkan, kalau faks lambat sikit mereka nak terima. Dah emel, call mereka untuk confirmkan yang mereka dah terima emel dari kita.

Syarat nak bawa masuk kereta ke Langkawi ialah kita kena stay di Langkawi lebih dari 48 jam (2 hari).

Berbaloi ke bawa masuk kereta sendiri?

Pada aku berbaloi. Ok, kita boleh pilih untuk naik flight tapi kalau dapat tiket yang harganya betul-betul murah, berbaloilah, tapi kalau tiket mahal, lepas tu nak sewa kereta lagi kat Langkawi, sangat tak berbaloi.

Untuk aku yang berjalan dengan anak, of course bawa beg besar gedabak, dengan stroller bagai, sangat senang bawa masuk kereta sendiri, tak payah aku nak angkut keluar masuk barang, rilek je barang-barang dalam bonet kereta langsung tak terusik.



Pejabat Langkawi Auto Express terletak berdekatan dengan Masjid Al Hussain di jeti Kuala Perlis. Tak susah pun nak cari. Masa pergi, aku pilih naik feri waktu pagi, pukul 10.30 pagi. Pukul 9.00 pagi dah kena check-in. Bukan kereta jer yang naik feri, bas, lori pun ada yang naik. Mereka akan lepaskan kenderaan yang besar-besar dulu masuk feri, baru lah kereta boleh masuk.

Company Langkawi Auto Express ada 2 buah feri, Langkawi Auto Express 1 dan Langkawi Auto Express 2. Masa pergi, kitaorang naik Langkawi Auto Express 1, cantik ferinya, siap ada meja. Tapi masa balik, naik Langkawi Auto Express 2, tak cantik sangat feri yang ni..haha.


 Bila kereta dah masuk, parking dan tarik handbrek ke aras paling maksima untuk memastikan kenderaan kita tak bergerak sebab semasa feri bergerak, feri akan bergoyang sikit, biasalah kan...ombak laut.


 Dalam feri kita boleh duduk dengan selesa. Yang ni feri Langkawi Auto Express 1, ada meja kalau nak makan. Ada cafe kecik jual-jual air dan makanan ringan. Ada tv dan toilet. Dah makan, buang sampah dalam tong sampah yang disediakan, jadilah manusia yang bertamadun...hihi.

 Bukan anak je excited, makpak pun excited. Kahkahkah. Kerjanya bersidai kat luar sambil tengok view yang subhanallah cantik sangat.

 Kat tepi ni ada kerusi kayu, kita boleh duduk santai-santai sambil layan view

 Bila dah hampir sampai ke Langkawi, akan nampak lah pulau-pulau kecil yang mana viewnya sangat cantik dengan airnya yang kehijauan.

 Cantiknya pemandangan dalam gambar tidak terbanding dengan melihat dengan mata sendiri

 Langkawi Island, the jewel of Kedah

Ni la kerja kami, bersidai kat luar, rugi rasanya kalau asik duduk kat dalam, budak berdua ni pun bosan terperuk je dalam feri

Saja tepek gambar ni. Ini feri masa balik, Langkawi Auto Express 2, tak cantik macam Langkawi Auto Express 1, tapi tetap selesa. Ada tv, toilet tapi tak ada meja.


Seronok tak naik feri? Jawapan aku...seronok!

 

Monday, November 27, 2017

Ampang Park

Pagi tadi aku menyelesaikan 2 urusan. Pertama, pergi CIMB Bank di Jalan Binjai untuk tukar kad bank baru, setelah dapat beberapa kali reminder dari pihak bank suruh tukar kad, baru lah terhegeh-hegeh nak pegi tukar. Itu pun setelah bank ugut, kalau tak tukar, bermula 1 december tak boleh cucuk duit dah.

Menggelepor lah gua pegi tukar kad. Hahaha.

Lepas tu, pergi renew lesen memandu. Rupanya dah expired dari bulan ogos haritu. Sejak-sejak dah tak memandu pergi-balik kerja, aku lupa terus pasal lesen memandu. Tapi aku harus renew juga in case aku kena memandu disaat-saat terdesak.

Aku sempat tanya kakak kaunter pejabat pos, lepas Ampang Park tutup, pejabat pos pindah mana?

"Tutup terus! takde pindah mana-mana"

Erk!

Lepas ni, kalau ada urusan di pejabat pos, kena pergi klcc.

Sigh.

Lalu aku pun rasa terkesan sebab Ampang Park bakal lenyap. Disini, walaupun harga baju mahal, makanan tak berapa kaw, tapi...disini lah tempat lepak aku sejak berkurun yang lalu.


 Pejabat pos
Selama ni disinilah aku menyelesaikan banyak urusan
senang, jalan kaki je dari ofis

 L-Mart, kedai serbaneka yang jual macam-macam benda
selalu jugak aku beli barang di sini

 Aku pernah beli baju kurung moden kat kedai yang ada patung baju pink tu
tapi sampai ke sudah aku tak pernah pakai baju tu, dan aku pun tak pasti dimana baju tu sekarang


 Kedai menjual kamera dan aksesori kamera
antara kedai yang murah juga
kalau tak silap, owner ni ada kedai di Lowyat

 Maybank
dah selamat tutup....dan sekarang beroperasi di UTM Space
sebelah Ampang Park je
nasib baik dekat masih boleh jalan kaki
 
Kedai makan yang meja putih bersusun tu..
itu kedai Pok Man namanya, selalu lah makan di situ.
Asam laksa dia not bad

 Guardian
ini tempat wajib singgah, seronok siot masuk guardian
daripada takde nak beli apa, terus jadi...eh, terbeli bedak, eh terbeli lipstik!
Kau pakai pelaris apa eh guardian?
hehee..
 
Hampir 10 tahun...lalu lalang di Ampang Park
and you'll be demolished soon
walaupun kau hanya seketol shopping mall lama yg tak berapa lawa tapi sewanya mahal..
kau tetap dalam ingatan!


Bagi yang tak tahu, Ampang Park Shopping Center merupakan shopping mall pertama dibina di Malaysia. Dibina pada tahun 1973 oleh Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd. Tempat ini khabarnya akan dibina shopping mall baru dan menjadi transit bagi pengguna MRT dan LRT.




Monday, January 11, 2016

kilo

Kenapa 'Satu Ribu Ringgit' (RM1000) orang tulis 1k je? Apa maksud 'k' tu? Tak kira lah nilai matawang apa, tapi nilai ribu akan ditulis dengan huruf 'k'.

Aku pun mula lah mencari jawapan.

Rupa-rupanya..


huruf 'k' itu singkatan dari 'kilo'
seperti pada km = kilometer
kilo itu memiliki nilai 1000.
1 kilometer = 1000 meter.
jadi kalau 50 k = 50,000


Sama juga dengan 1kb (1 kilobyte)
1kb = 1000 byte


Cetek betul pengetahuan aku..

Friday, October 16, 2015

Speech Delay : Bahagian 3 : Jadi budak semula

15 Oktober 2015.

Temujanji ke-2 untuk berjumpa Speech Therapy, pukul 11.30 pagi.


 di sini lah temujanji aku dan Zhareef


Sesi ke-2 berjumpa speech therapist ini adalah untuk melihat perkembangan komunikasi Zhareef selepas perjumpaan pertama 4 bulan yang lalu. Tapi kali ni, Zhareef bad mood. Apa yang doktor tanya dia tak nak bagi response, dia pandang ke arah lain, tak nak bercakap langsung dengan doktor.

"Dia kenapa? memang dari tadi mood tak baik ke?" doktor tanya aku.

"Tak lah, tadi kat luar elok je dia" aku jawab.

Aku pun pelik kenapa Zhareef tiba-tiba hilang mood. Aku pandang jam, dah pukul 12.30 tengahari. Ok, baru aku faham. Waktu macam ni dia mengantuk, memang jangan harap lah dia nak layan orang.

Tapi doktor tu terus juga bertanya dan bercakap-cakap dengan Zhareef, umpan dengan mainan. Ada la response sikit, tapi kurang memberangsangkan. Agak susah lah doktor nak tahu tahap communication skills dia.

"Awak ada video dia bercakap tak?" soal doktor.

Aku belek-belek telefon, memang berlambak video dia, tapi apa yang dia cakap tu dalam bahasa dia.

"Video dia mengira 123 ada lah.." aku jawab.

"Ok, kat rumah dia macam mana sekarang?" soal doktor.

Orait, aku pun explain pada doktor satu persatu.

Begini..

1. Selepas jumpa doktor 4 bulan lepas, selepas dah buang tahi telinga, ada sedikit improvement pada Zhareef, walaupun tak banyak tapi tetap ada. Banyak juga perkataan yang dia boleh sebut berbanding sebelum ini. Aku sebut lah satu-satu perkataan depan doktor dari kategori binatang, benda, makanan dan sebagainya.

2. Zhareef adalah seorang yang aktif di taska, sampai teacher dia pun puji Zhareef pandai, tahun depan dah boleh masuk playschool, tak perlu duduk dalam kelas toddler lagi. Masa dalam kereta, ada lagu 'Kun Anta', lagu arab yang glemer tu. Bila dengar je lagu tu, terus Zhareef menari sama sebijik macam teacher-teacher dia menari masa hari sukan. Bila aku suruh dia ulang balik tarian tu, dia malu, terus sengih-sengih je.

3. Lepas makan sesuatu atau minum air kotak, Zhareef tahu buang sendiri dalam tong sampah. Dia dah tau dimana letaknya tong sampah, dan dia tahu apa fungsi tong sampah tu.

4. Zhareef dah pandai mintak nasi kalau lapar, bagitau mama dia berak, mengadu kat papa kalau dia tak puas hati dgn mama...adoi, bab ni memang tak boleh blah, pantang silap sikit dia pi mengadu kat papa dia. Cehhhh.

5. Zhareef suka lakonkan semula apa yang dia tengok dalam video terutama video masa dia kecik (baby). Memang mengekek-ngekek lah aku gelak tengok dia berlakon.

Itu lah serba sedikit explanation aku pada doktor.

Lalu, doktor pun berkata..

Melalui penerangan aku tadi, masih belum banyak perkataan yang Zhareef boleh sebut. Apa yang Zhareef lakukan ialah 'Imitation'. Imitation ialah a thing intended to simulate or copy something else. Maksudnya, Zhareef hanya meniru apa yang dia lihat dan apa yang dia dengar. Ada masa-masanya dia tak faham pun apa dia cakap, sebab dia hanya meniru apa yang orang ajar tanpa memahami percakapan itu. Sama lah macam menari lagu Kun Anta, dia meniru apa yang teacher dia buat. 

Satu lagi, kenapa Zhareef malu nak menari depan aku dan papa dia?

Kerana, perbuatan menari itu dia hanya lihat dan lakukan di taska bersama-sama teacher dan kawan-kawannya. Bila balik rumah, tidak ada seorang pun diantara kami yang menari. Jadi, dia rasa kekok nak menari depan mama dan papa dia sebab dia tak pernah nampak pun mama dan papa dia menari.

(Kali ni aku menahan gelak sambil membayangkan aku dan husband aku menari lagu 'Kun Anta')

Jadi, apa yang perlu aku buat ialah..

Buat apa yang macam teacher dia buat di taska. Kalau perlu menari, menari lah. Ada masanya kita perlu bermain dengan anak sambil membuat memek muka yang kelakar atau memek muka yang buruk, senang cerita...we have to go back to childhood, kembali semula ke 30 tahun yang lepas.

Kita kena jadi budak-budak semula!

Wallaaaa.....kata rindu zaman kanak-kanak kan....haaa, ni dah ada chance nak jadi budak-budak. Hahahaaa...

Apa yang doktor cakap tu betul. Sama macam apa yang pernah aku baca. Untuk mendidik anak-anak yang usianya bawah 6 tahun, kita kena jadi budak-budak. Baru mereka tertarik dan sel-sel otak akan bersambung kerana dunia kanak-kanak di bawah 6 tahun adalah dunia bermain. Bangun pagi, petang, subuh, malam...yang mereka tahu hanya bermain!

dan sekarang, kita dah faham kenapa kita perlu mendidik anak mengikut sunnah Nabi..
now i understand. Apa yang Nabi buat tu dah betul dah.

So, faham kan?

Jadi budak-budak, menari, menyanyi, jadi kuda, jadi harimau...jadi lah apa saja mengikut kehendak anak. Dengan cara itu, anak-anak tidak berasa janggal nak menari atau menyanyi di rumah.

Nampaknya mama kena berlatih vokal nak menyanyi nih, skill menari pun dah lama ke laut, hahaha.

Ok, ok, aku masih lagi membayangkan aku dan husband menari lagu 'Kun Anta'. Muahahahaaa...

Memberi arahan dengan pertanyaan 

Faham tak apa itu memberi arahan dengan pertanyaan? Doktor advise begini..

Contoh 1:

Zhareef, buang sampah. Nak buang sampah itu di mana? dalam tong sampah atau dalam singki?

Arahan membuang sampah itu disertakan dengan pertanyaan supaya anak-anak berfikir di mana harus mereka membuang sampah. Ini untuk menguji keupayaan mereka berfikir. Kalau mereka tak dapat jawab, bagi 'hint'. Kalau tak dapat jawab juga, tunjukkan mereka bahawa sampah harus dibuang didalam tong sampah, bukan didalam singki.

Faham?

Dah macam cikgu mengajar Bahasa Melayu dah aku ni....kihkihkih.

Contoh 2:

Zhareef, mari kita tidur. Kita nak tidur di mana? atas katil ke? atas meja?

Soalan tu kedengaran macam lawak, tapi soalan itu untuk menguji mereka berfikir. Di sini, kita bukan nak mendera anak-anak dengan memaksa mereka berfikir, tetapi kita melatih mereka untuk berfikir, nak dengar jawapan dia sama ada betul atau salah. Kalau salah, kita betulkan. This is one of the learning process. Didikan itu bermula dari rumah, kita ajar perkara-perkara yang basic pun dah cukup.

Kita terangkan pada mereka bahawa untuk tidur, kita kena tidur atas katil, bukan atas meja. Biar mereka faham apa fungsi katil, apa fungsi meja.

Haaa...gitu lah pembelajaran kita hari ini.

Ini saja lah serba sedikit yang dapat aku kongsikan, banyak ilmu yang aku dapat melalui proses perjumpaan ini. Ramai yang kata, jangan risau anak lambat bercakap, lama-lama bercakap lah dia. Aku faham tu. Tapi ada hikmah besar yang aku dapat melalui pelbagai temujanji ini.

Hikmahnya, melalui perjumpaan ini lah aku baru tahu dalam gegendang telinga Zhareef ada air. Kenapa ada air? Kerana dia kerap kena selesema. Kalau tak kerana jumpa ENT haritu, aku tak tahu pun masalah ini. Jadi, kepada ibubapa yang ada anak kerap kena selesema, check lah. Kadang-kadang kita rasa masalah ini macam remeh, tapi boleh jadi besar kalau dibiarkan. Air di telinga itu kalau dibiarkan takut ada infection. Infection tu lah yang merbahaya.

Sekarang Zhareef masih lagi makan ubat yang doktor bagi. Next appointment berjumpa ENT dan Audiology ialah bulan Desember nanti untuk check semula air itu ada lagi ke atau dah kering. Kalau kering, alhamdulillah. Kalau masih ada, kena buat operation.

Phewww.

Bersabar aje lah.

Ini saja perkongsian temujanji kali ini. Upcoming episode will be continue in december.


 Ini buku yang aku baca sambil-sambil menunggu doktor..
aku pernah juga merasai 'baby blues' ni...
perasaan seperti...tak sangka dah ada anak, berjaga malam, tak tidur, penat yang amat, mengantuk, stress takde susu, stress baby asik menangis..
semua aku dah rasa..

 Ini topik yang paling sensitif dalam dunia keibubapaan..
ramai dah aku tengok makbapak yang berperang sesama mereka termasuk doktor pasal isu vaksin..
yang mana satu betul aku tak tahu lah..
mungkin doktor tahu... kan..

Penjagaan gigi kanak-kanak

Menyentuh pasal penjagaan gigi, last month aku bawa Zhareef berjumpa dental buat pertama kalinya. Hasil pemeriksaan gigi, alhamdulillah gigi Zhareef takde masalah, bersih cuma alignment lari sikit sebab masa kecik dia pernah jatuh dan gigi depan jadi sompek sikit.

Selama ini memang aku yang dipertanggungjawabkan untuk menggosok gigi Zhareef setiap hari. Ya, aku yang gosokkan gigi dia walaupun aku dah ajar dia cara gosok gigi. Aku pernah biarkan dia gosok gigi sendiri, tapi nampaknya biar lah aku yang gosokkan, lagi puas hati.

Dan tindakan aku itu tidak sia-sia bila doktor kata tindakan aku itu betul.

Kata doktor..

"Kebanyakan ibubapa suka membiarkan anak mereka menggosok gigi sendiri. Bukan tak boleh, tapi bila kanak-kanak menggosok gigi sendiri, hasilnya memang tak bersih. Dengan sisa makanan yang melekat dicelah gigi dan juga sisa air susu, benda-benda itu lah yang menyebabkan terjadinya pluque gigi. Sebaiknya, ibu atau bapa yang gosokkan gigi anak sehingga usianya 6 tahun"

Bukan tak boleh bagi anak berdikari dengan menggosok gigi sendiri, tapi kena pantau lah sebab aku yakin diaorang gosok gigi memang tak bersih. Sebab itu gigi cepat rosak. Ataupun, kita gosok gigi bersama-sama dengan anak, tunjuk pada dia cara yang betul, anak-anak kan suka tiru apa yang makbapak buat, biar dia tiru sesuatu yang bermanfaat.


Ok, panjang karangan aku kali ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.





Tuesday, September 29, 2015

Speech Delay : Bahagian 2 : Ayat Skema

Pakar Pertuturan (Speech Therapist) yang aku jumpa di Hospital Putrajaya ada mengajar cara-cara berkomunikasi dengan kanak-kanak, dengan bahasa mudahnya...cara kita buat ayat yang betul dengan kanak-kanak.

Caranya:

Gabungkan kata nama dengan kata sifat atau...

Gabungkan kata nama dengan kata kerja.

Contoh 1:

Ini bola (sambil tangan terus tunjuk pada bola), bola ini bulat.

Bola adalah kata nama, dan bulat adalah kata sifat.

Maknanya, bola itu sifatnya bulat, bukan empat segi atau tiga segi. Dengan menggabungkan kata nama dan kata kerja akan lebih memudahkan kanak-kanak faham bahawa sesuatu yang dia sedang tengok itu adalah BOLA, dan BOLA itu bentuk atau sifatnya BULAT.

Wahhhh...dah macam cikgu bahasa melayu dah aku...hahahaaa..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh 2:

Itu burung, burung itu sedang terbang.

Burung adalah kata nama, dan terbang itu adalah kata sifat.

Maknanya, burung itu sifat dan lumrahnya ialah terbang, bukan berjalan atau berenang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh 3:

Itu ikan. Ikan itu berenang.

Ikan itu adalah kata nama, dan berenang itu adalah kata sifat. Sifat ikan kan merenang dalam air.

Tapi, jangan pulak tunjuk pada anak ikan dipasar dan berkata....ikan itu berenang. Ikan yg ada dipasar adalah ikan yang dah mati, jadi jangan ajar anak macam tu ok, nanti anak confuse. Haha.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mengajar anak yang ada masalah lambat bercakap memang memerlukan kesabaran yang tinggi, dan penggunaan ayat memang skema tahap nak arwah, hehehe. Memang ayat skema macam dalam buku.

Ibubapa boleh mengajar dalam bahasa Melayu atau Inggeris atau dalam bahasa ibunda masing-masing, tapi sebaik-baiknya jangan campur-adukkan bahasa, jangan rojakkan bahasa.

Contoh:

1. Zhareef, mari masuk bilik, kita sleep.

2. Zhareef, ini ayam. Tapi esok ajar sebut chicken pulak. Dah berbeza bahasa tu.

Mencampurkan bahasa boleh membuatkan kanak-kanak yang ada masalah sebegini semakin keliru. Jadi sebaiknya, ajar dulu dalam satu bahasa, kalau nak ajar anak bahasa Melayu, ajar je bahasa Melayu, kalau nak ajar anak English, ajar je dalam English. Bila anak tu dah betul-betul faham bahasa tersebut, baru kita ajar dia bahasa kedua.

Ini lah yang speech therapist pesan pada aku masa jumpa dia haritu. Satu lagi, jangan bercakap pelat dengan anak, cakap je macam biasa, budak kecik memang akan sebut pelat, tapi kalau kita pun sama bercakap pelat, semakin pelat la budak tu kan.


Ini saja lah serba sedikit yang dapat aku kongsi, aku rasa parents yang ada anak lambat bercakap mesti dah tahu kan, yang mana belum tahu...kita kongsi sama-sama. Moga-moga bermanfaat.




Monday, September 28, 2015

Speech Delay : Bahagian 1

Orang yang ada anak akan merasai perasaan ini:

Bila anak pandai bercakap!

Dua tiga patah perkataan pun jadi lah, at least dia boleh sebut mama, papa, ibu, ayah, umi, abi....dan yang sewaktu dengannya.

Tetapi, setiap anak berbeza perkembangan dan tingkah lakunya. Setiap anak juga berbeza dugaannya.

Dugaan yang aku dapat ialah bila anak lambat bercakap.

Speech delay!

Perkembangan badan....kusssss..smangat, takde masalah, hihi. Sehingga kini berat badan dia tak pernah turun, cuma dia semakin meninggi, sebab itu dia nampak kurus dan slim. Dari segi kesihatan, alhamdulillah, dah jarang-jarang kena sakit, mungkin sebab antibodi dia dah kuat berbanding dulu.

Bercakap mengenai speech delay, aku kena buat baaaaaaanyak appointment dengan pihak hospital untuk mengatasi masalah ini, disamping untuk tahu juga apa masalah sebenar seseorang kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat bercakap.

1. Appointment dengan Speech Therapy
2. Appointment dengan Audiology
2. Appointment dengan ENT

Setiap appointment mengambil masa berbulan-bulan, maklumlah kena tunggu giliran dan waktu free pakar-pakar untuk melayan kita, kena beratur yer. Tapi demi untuk anak, aku redha saja lah. Maka, banyak lah cuti aku tergadai dek memenuhi rutin appointment ni.

For you son, i'll do anything!!  ecehhh..

Kenapa banyak sangat appointment kena buat? Kata ada masalah speech delay je, apasal pulak sampai kena pegi audiology dan ENT?

Begini..

Kanak-kanak yang mengalami masalah speech delay ada kemungkinan mengalami masalah pendengaran. Masalah pendengaran ini bukan bermakna kanak-kanak itu pekak, jangan salah faham. Jangan terkejut terus meroyan pulak. Macam ni lah, aku cerita step by step kronologi kisahnya.

1. Speech Therapy

Mula-mula, aku berjumpa dulu dengan speech therapist di Hospital Putrajaya. Aku lupa pulak apa nama doktor tu, doktor perempuan. Masa berjumpa, dia suruh dudukkan Zhareef betul-betul sebelah dia supaya senang dia nak berkomunikasi dengan Zhareef. Lucky me haritu Zhareef tak meragam, aku risau juga takut dia mengamuk.

Doktor start berbual dengan dia, tanya dia macam-macam, dan seperti biasa Zhareef bagi response tetapi dalam bahasa dia lah, hehe. Sambil-sambil tu doktor banyak bertanya soalan pada aku dan husband.

Antara soalannya:
- Berapa patah perkataan yang Zhareef boleh sebut?
- Dia minta aku list kan setiap perkataan itu.
- Berapa kerap kami berkomunikasi dengan Zhareef sehari?
- Apa aktiviti yang selalu dibuat dirumah?
- Cara bermain macam mana?

Soalan lain, aku lupa.

Then, tiba-tiba doktor semak buku check-up Zhareef lalu keluar lah soalan ini:

"Puan pernah bawa dia buat ujian pendengaran tak? Sebab saya tengok dalam buku ni, anak puan pernah fail ujian pendengaran."

Gulpp.

"Pernah doktor, tapi fail, dan lepas tu tak penah buat lagi".. aku jawab.

Dan dari situ doktor detect something.

"Macam ni, puan kena bawa semula anak puan buat ujian pendengaran. Ujian ini bukan bermakna anak puan tak boleh mendengar, tapi kita nak check tahap frekuensi pendengaran tu, kadang-kadang ada setengah kanak-kanak tak boleh mendengar frekuensi bunyi yang terlalu perlahan"

Bla, bla, bla.....banyak lagi doktor tu cakap, aku tak ingat.

Doktor itu cuba penggil nama Zhareef dengan nada suara perlahan, dan alhamdulillah Zhareef response, tapi aku tetap juga kena buat appointment dengan pihak audiologi. Pheww. Redha aje lah dengan prosedur pihak hospital.

2. Audiologi

Seperti yang dijanjikan dalam buku appointment, aku pergi pulak ke department Audiology untuk buat ujian pendengaran. Ada satu lagi masalah baru, ujian tak boleh dilakukan kerana dalam telinga Zhareef ada banyak tahi telinga (bahagian dalam yang memang tak dapat nak korek tahi telinga), dan di gegendang telinganya ada air. Jadi, ujian tak boleh dibuat.

"Kalau buat ujian pun memang sah-sah fail" kata doktor.

Maka, doktor suruh aku buat appointment dengan ENT pulak untuk buang tahi telinga. Phewww. Lepas buang tahi telinga, baru buat appointment baru dengan Audiology.

3. ENT (Ear, Nose & Throat)

Seperti yang dijanjikan, aku pergi semula ke hospital, dah siap register bagai, terus tunggu giliran di ENT department. Masuk je dalam bilik, doktor masukkan kamera dalam lubang telinga dia, boleh tengok direct kat skrin besar apa yang ada dalam telinga budak ni. Alhamdulillah juga masa ni Zhareef tak mengamuk.

Doktor keluarkan seketol tahi telinga dari telinga kanannya. Terkejut aku tengok tahi telinga dia..hahaha. Memang banyak lah. Dan aku rasa mungkin itu salah satu faktor kanak-kanak tak dapat mendengar frekuensi bunyi yang halus dan perlahan.

"Dekat gegendang telinga dia ada air, air tu kalau dibiarkan takut kena infection, bahaya. Jadi, anak puan kena makan ubat selesema untuk keringkan air dalam telinga tu. Ubat ni kena makan non-stop selama 1 bulan. Nanti lepas 1 bulan, kita check semula telinga dia, kalau air tu masih ada, kita terpaksa buat lubang sikit untuk keluarkan air"

Fuhhh...buat lubang? Ngeri pulak aku dengar.

Maka, pihak hospital bekalkan beberapa botol ubat untuk Zhareef makan setiap hari, bertabahlah dia kena telan ubat. Terpaksa lah sayang, demi nak sihat dan baik pulih kesihatan telinga tu.

Dah setel segala kat ENT, buat semula appointment dengan audiology untuk ujian pendengaran. Lepas tu, baru berjumpa semula dengan Speech Therapist.

Haa, nampak tak liku-liku kehidupan yang kami tempuhi bersama, hehe.

Dibawah ini aku senaraikan perkataan-perkataan yang Zhareef kenal dan boleh sebut dengan pelat-pelat dia.

 kategori binatang

 kategori makanan

lain-lain..


Itu lah antara rentetan permasalahan anak aku, alhamdulillah, lepas dah melalui appointment demi appointment, ada sedikit peningkatan dalam jumlah perkataan yang Zhareef boleh sebut. Senarai perkataan diatas itu adalah yang terkini, kalau sebelum ni lagi sikit perkataan yang dia boleh sebut.

At least ada improvement kan, itu pun dah cukup membanggakan aku. Moga-moga lepas ni dia lebih banyak belajar perkataan-perkataan baru.

Next time aku kongsikan apa yang speech therapist ajar untuk membina ayat kepada kanak-kanak.



Note: Untuk makluman, Zhareef adalah seorang yg suka bercakap, tapi percakapannya adalah dalam bahasa dia yang kadangkala amat sukar aku fahami, hehe.