Friday, July 2, 2010

peristiwa 2

pic from google

Tahun 2003, saya buat pertama kali ke KL. Jadi drafter di MMC, masuk department instrument. Stay di Ampang, dekat2 dgn Ampang Point. Hari2 balik keje wajib singgah Ampang Point. Maka lama kelamaan saya mengisytiharkan bahawa Ampang Point itu adalah rumah kedua saya.

Setiap pagi pegi keje naik bas metro atau pun intrakota. Tapi skg intrakota dah pupus dah. Rugi pulak dulu2 tak beli kamera, kalo tak boleh amek gambar bas intrakota tunjuk kat anak aku nanti. Ok, ni dah merepek. Sambung balik.

Bas metro sgt brutal kat atas jalan. Suara konduktor bas terjerit2 dari jauh, sebatu dah dengar suara dia.

"Mari....mari....mari..mari..KL...KL...KL..."

Konduktor tu menjerit. Maka berpusu-pusu la orang ramai berkejar-kejaran nak naik bas. Kalau tak naik bas skg, kena tunggu lama lagi utk dapat bas lain. Termasuk la saya. Dengan baju kurungnya, kasut tumit tingginya...terkedek-kedek kejar bas. Sampai kat pintu bas, orang tolak2. Bila toleh, yg tolak saya tu lelaki. Indon. Melayu pun ada. Tak gentleman lelaki Malaysia. Pompuan pun dia tolak. Malas nak berlaga punggung dgn diaorang, akhirnya saya mengalah. Takpe la, biarlah jantan-jantan keparat tu naik dulu. Daripada dia sondol badan aku, atau aku sondol badan orang depan, baik aku mengalah. Fine.
Angin satu badan.

Tup tup...rupanya saya antara orang paling last dapat naik bas. Takpe la, janji dapat naik boleh pegi keje. Dalam bas dah macam tin sardin nak pecah. Sarat. Berat. Nak tau saya berdiri kat mana?

Kat tangga bas!!!! betul-betul kat tangga bas kat pintu tu. Bas pun gerak. Boleh bayangkan tak saya dgn baju kurung berdiri kat tangga bas, tangan berpaut sekuat yg boleh supaya tak jatuh. Angin dari luar bertiup laju, cukup membuatkan kain yg saya pakai merebang di tiup angin. Terasa sejuknya. Saya toleh keluar, terdetik dalam hati, kalau lah tangan aku ni terlepas sikit je.....memang aku tergolek ke bawah. Jatuh atas jalanraya. Mati.

Masa bas bergerak, sebenarnya bas tu dah senget.

Tragis kan nak pegi keje. Tapi lebih tragis bila memikirkan lelaki boleh berebut, siap tolak pompuan masa nak naik bas. Especially lelaki foreigner. Negara jiran.


pic from google

Bas mini plak. Kalau sesapa blom penah naik rollercoster, tak payah pegi jauh2 sampai Genting Highland. Naik aje bas mini. Memang lebih kurang sama macam naik rollercoster. Betul tak tipu. Driver siap boleh cilok2. Hebat. Tak byk cerita pasal bas mini, sebab saya jarang naik bas mini.

Pengangkutan awam kat KL ni bagus. Appreciate la kat mereka yg mengusahakan perniagaan pengangkutan ni. Cuma malangnya perkhidmatannya agak kurang selesa. Tambang makin lama makin mahal, tapi condition bas macam bas zaman perang jepun. Tapi tetap bersyukur sebab adanya bas, dapatlah mereka2 yg takde kenderaan sendiri pegi keje.

Cuma dulu saya penah dengar dalam berita, kerajaan ada bagi bajet berapa juta ntah, utk sistem pengangkutan awam. Tapi sampai skg saya tengok pengangkutan awam sama je. No changes.

Cuma skg ada bas rapid. Tu je.



5 comments:

mrs.ecam said...

wehh aku pnah nek bas rapid ke ek dl yg tuk tuko2 ke LRT...aku berdiri tepi tngga n bile pintu d ttp muke aku mmg menepek kt cermin pintu tu...malu jgn cite la...org2 yg naik moto ke kete ke siap gelak2 tngk aku...redhoo jeklah...syukur skang dh de kete...x perlu nek bas lg...huhuhuuhuhu

Julie Shahril said...

rozi: mak ai...malunye...mesti blushing ko masa tu,muka tertepek kt pintu bas...wakakakaaka

Kay said...

tak pernah naik bas kat kl nih...

tp, kalu muka menepek kat cermin tuh, dlm komuter selalu jek...

huhuhuhu

Julie Shahril said...

kay: pnah skali dulu naik komuter dr kl sentral nk balik subang kena tolak2, x pyh berjalan...org yg tolak2 smpai msuk dlm koc..pastu bdn rasa kena sondol,kiri kanan dpn blkg semua lelaki!! benci!

Kay said...

sbb tu kay suka ada koc wanita... skrg pompuan la plak sondol menyondol... hihihih