Wednesday, August 4, 2010

3 bulan yg lalu..


3 bulan yang lalu, saya berada di tempat seperti dalam gambar di atas. Di mana? di syurga dunia. Haha. Di atas gunung. Tempat ini diklasifikasikan sebagai sebuah taman fantasi. Ada pokok-pokok renek, cuaca yang berkabus, angin yg bertiup perlahan dan pemandangan yg mengasyikkan. That's Mesilau.

Untuk sampai ke tempat ini, kita harus menempah tiket kapal terbang Air Asia atau Malaysia Airline, lagi seronok kalau dapat book tiket waktu promotion..haha. Kalau naik Malaysia Airlines seperti Huz, kita akan rasa selesa, tapi kalau naik Air Asia seperti saya, kita terpaksa berhimpit-himpt dan berlaga punggung mcm naik bas express nak balik Mersing. Kata nak tiket murah kan...so redah aje lah. Now everyone can fly bebehhh.

Oh ya, untuk sampai ke sini juga, kita tidak perlu bawa makanan bertimbun-timbun, baju t-shirt jenama adidas atau nike sampai 10 helai. Cukup lah bawak coklat 2-3 bungkus saja. Tak perlu coklat mahal yg di tempah dari Switzerland. Coklat buatan sendiri pun ok. Tak perlu juga bawa air neslo panas atau jus epal hijau. Sebab kita hanya akan minum air gunung yang tidak dirawat. Amek ko...

Yang penting jangan lupa bawa panadol, ubat sakit perut,ubat sakit pinggang,ubat sakit saraf, ubat demam,selesema,batuk,migrain, cirit birit dan semua jenis ubat. Nak bawa maajon pun boleh, utk panaskan badan...ahaks!

Kasut pulak, jangan pakai kasut wedges atau high heel 4 inci. Walaupun tempat ini diklasifikasikan sebagai taman fantasi, itu tidak bermakna kita boleh berlari-lari anak sambil mengejar rama-rama dgn memakai kasut tumit tinggi warna pink. Jangan berangan. Sila pakai kasut yang flat, mempunyai safety untuk mencengkam tanah!

Oh ya, bila kita sampai ke tempat ini, kita automatically akan terfikir bahawa tongkat, glove dan baju sejuk tebal sesuatu yg sangat bermakna. Ia seperti nyawa kita di sini. Percaya lah.

Aku rindu tempat ini bebeh...

7 comments:

gerbera said...

Kadang- kadang bila tengok gambar-gambar gunung kinabalu, aku termenangis.

Aku pasti akan sampai jua

Kehelan said...

yer... aku dh print 300 keping gambar... dan aku simpan dalam album... dan aku belek lg... belek lg... belek lg... rinduuuuuuuuu sangat!

Meeza... satu hari nnt Meeza sampai jugak ke sana, insyaAllah!

j.u.l.i.e said...

boboi@meeza: insyaAllah...kalo jadik next year kita gi lagi, kali ni ko pasti dpt tawan kinabalu..!!

kay: aku x larat nk print byk2 kay,aku tgk dlm pc je.Tp bila sesekali tgk tu sayu je rasa hati,rindu suasana masa kita panjat tu...

gismo82 said...

Gunung Kinabalu dlm kenangan.... nice trip..

j.u.l.i.e said...

kerul: the best experience ever!

athirah said...

julie, miss this place too! mesilau trail. =)

j.u.l.i.e said...

athirah: next year gi lagi!