Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Tuesday, May 15, 2018

Malaysia Baru

09 Mei 2018. Sejarah tercipta, lahirnya Malaysia Baru.

Syukur alhamdulillah, PRU14 telah tamat. Doa rakyat Malaysia telah dimakbulkan. Kami bebas dari pemerintah kuku besi dan korupsi.

Terima kasih DSN selama khidmatmu memerintah, dapat juga aku suami isteri beli rumah mampu milik (walaupun sesak nafas juga nak bayar sebenarnya, dicampur dengan macam-macam masalah dalaman). Sepanjang hidup dibawah rejim DSN, kami struggle nak hidup, living cost meningkat, harga barang naik sejajar dengan harga petrol naik, GST dan harga tiket ERL naik mencanak-canak (dengan alasan harga tiket dah lama sangat tak dinaikkan). Kami suami isteri buat 2 kerja nak tampung kehidupan. Siang dengan kerja hakiki di pejabat, sambil-sambil tu curi-curi masa juga layan customer nak beli bidai. Sabtu dan ahad jarang-jarang ada kat rumah sebab COD bidai merata-rata. Buat 2 kerja sebab nak hidup, nak kumpul duit bayar duit rumah.

Phewww.

Ramai rupanya yang takut nak bersuara atau secara terang terangan menunjuk sokongan pada Tun M sebelum ini. Kata negara demokrasi, tapi sebenarnya kita dibawah pemerintah kuku besi. Kalau tak sokong kerajaan DSN, bersedialah nasib.

Bila diumumkan confirm PH memang dlm PRU14, aku rasa lega seolah olah macam baru lepas merdeka. Ingatkan aku sorang je rasa mcm tu, rupanya ramai lagi.

Aku lahir-lahir je dah merdeka. Aku tak tahu macam mana perasaan merdeka pada 31 ogos 1957 tu. Tapi, lepas PH menang dan Tun M jadi PM ke-7, aku memang rasa macam lepas merdeka. Macam ni rupanya perasaan dah merdeka. LEGA. BERSYUKUR. Dan aku berterima kasih pada pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan Malaysia dari terus dijajah.

Selamat meneruskan kehidupan di era Malaysia baru. Tak sia-sia kami balik mengundi. Besarlah harapan kami agar barisan pemimpin baru ini akan melakukan yang terbaik untuk rakyat. 

Ingat, kami memerhati. Kami bagi peluang kepada kamu-kamu semua untuk memulihkan kembali negara ini, jangan khianati kepercayaan yang dah kami berikan.

Kalau kami dikhianati, bersedia lah PRU15 nanti. Hehehehee...

Kuasa memilih ditangan rakyat.


Monday, March 12, 2018

Langkawi - Permata Kedah

Pulau Langkawi, permata Kedah, antara pulau yang cantik terletak di Laut Andaman. Aku pun tak tahu kali ke berapa aku ke sini.

 View tepi jalan jer
nampak view cantik, terus stop ambil gambar

Kali ni pergi berjalan santai-santai 5 hari 4 malam. Santai-santai pun berlengas jugak. Mula-mula rasa macam lamanya stay sana 5 hari, tapi rupanya tak cukup masa jugak. Beza tau berjalan bujang dengan bawak anak, sangat berbeza. Anak kecik yer, bukan anak dah besar panjang. Gigih tau melayan kerenah diaorang sampai migrain aku dengan bapak diaorang.

 
Tempat wajib, cable car. Panas ya rabbi...mendidih rasa otak. Di cable car sekarang dah ada sky glide. Bayar rm10, naik sky glide untuk turun ke jambatan gantung. Tak naik pun takpe, berjalan lah sendiri turun ke bawah, tapi nak berjalan pun tak silap aku kena bayar jugak. Apa daa jalan kaki pun kena bayar.

Aku, of course naik sky glide. Hahaa. Takde maknanya aku nak jalan kaki dengan budak 2 ketol yang lasak tu.


View...subhanallah, cantik sangat. Masa ni cuaca panas lit lit, ambil gambar memang cantik. Dulu-dulu zaman jahiliah datang Langkawi, tak reti lagi nak menghayati keindahan alam. Sekarang, kemainlah kagum dengan negara sendiri yang tak kurang hebat.

Laut yang biru kehijauan, langit pun biru, lawan pulak dengan hijaunya gunung ganang. Perfect!

 The suspension bridge

 Masa ni di Middle Station. Lawa gila cuaca (panas gila of course), tapi gambar kau akan jadi sempurna, lighting perfect

 Kalau nak snap gambar jambatan gantung macam ni, kena snap dari dalam cable car

 Pantai Tanjung Rhu
Dulu tempat ni sunyi, nothing. Sekarang ramai juga tourist
panas ya ampun

 Di Telaga Hoabour, tempat parking bot-bot mewah tu
Ada kapal layar Datuk Azhar Mansur di situ. Mesti semua orang kenal siapa dia kan....pelayar yang famous dulu-dulu, belayar mengelilingi dunia selama 190 hari...

.
.
.
.
.

Lepas tu kami pusing-pusing, jumpa satu kampung yang rumahnya atas air. Bukit Malut nama kampung tu. Menyusur masuk di lorong-lorong kecil, tengok rumah orang kampung disini. Menarik juga. Tempat ni mengingatkan aku pada sebuah perkampungan air di Sabah.

Bila dah balik, baru aku google pasal Bukit Malut. Tempat ni pernah terbakar tahun 2010 dan 2015. Puncanya litar pintas, tapi takde kematian berlaku.





.
.
.
.
.

Masa balik dari Taman Buaya, sesaja pusing-pusing kawasan Datai Bay. Jalannya tak meriah macam di Chenang. Ada resort disitu. Sampai dihujung jalan, kereta kami kena tahan, tak boleh jalan ke depan lagi dah sebab di depan sana kawasan private, ada rumah Tun M.

Jumpa Pantai Pasir Tengkorak. Tempat ni rupanya tempat favorite local mandi mana. Orang tempatan tak mandi di Chenang yang penuh manusia tu, mereka mandi di sini rupanya....Pantai Pasir Tengkorak.

Memang cantik pantai ni, airnya tenang dan jernih. Sesuai sangat kalau anak-anak kecik mandi disini. Next time kalau pergi Langkawi lagi, aku nak datang mandi manda disini dengan budak 2 ketol tu.

 Pantai Pasir Tengkorak

 Pantai Pasir Tengkorak


Ada 2 tempat baru yang aku jumpa tapi tak sempat nak pusing habis. In shaa Allah, next time kalau panjang umur ada rezeki pergi lagi.
 

Thursday, March 8, 2018

Langkawi : Bawa masuk kereta sendiri

Cara-cara nak bawa masuk kereta sendiri ke Pulau Langkawi:

1. Masuk laman web Langkawi Auto Express.
2. Register dan booking. Bayaran adalah mengikut jenis dan tahun kereta, boleh tengok dalam website dia. Kalau tak faham, sila call dan tanya sebab takut tersalah booking.
3. Bila dah booking dan buat bayaran, kita akan dapat emel dari Langkawi Auto Express. Ada borang yang perlu di isi.
4. Lepas tu, sila faks atau emelkan borang beserta salinan IC, geran kereta dan salinan lesen memandu. Lebih senang emelkan, kalau faks lambat sikit mereka nak terima. Dah emel, call mereka untuk confirmkan yang mereka dah terima emel dari kita.

Syarat nak bawa masuk kereta ke Langkawi ialah kita kena stay di Langkawi lebih dari 48 jam (2 hari).

Berbaloi ke bawa masuk kereta sendiri?

Pada aku berbaloi. Ok, kita boleh pilih untuk naik flight tapi kalau dapat tiket yang harganya betul-betul murah, berbaloilah, tapi kalau tiket mahal, lepas tu nak sewa kereta lagi kat Langkawi, sangat tak berbaloi.

Untuk aku yang berjalan dengan anak, of course bawa beg besar gedabak, dengan stroller bagai, sangat senang bawa masuk kereta sendiri, tak payah aku nak angkut keluar masuk barang, rilek je barang-barang dalam bonet kereta langsung tak terusik.



Pejabat Langkawi Auto Express terletak berdekatan dengan Masjid Al Hussain di jeti Kuala Perlis. Tak susah pun nak cari. Masa pergi, aku pilih naik feri waktu pagi, pukul 10.30 pagi. Pukul 9.00 pagi dah kena check-in. Bukan kereta jer yang naik feri, bas, lori pun ada yang naik. Mereka akan lepaskan kenderaan yang besar-besar dulu masuk feri, baru lah kereta boleh masuk.

Company Langkawi Auto Express ada 2 buah feri, Langkawi Auto Express 1 dan Langkawi Auto Express 2. Masa pergi, kitaorang naik Langkawi Auto Express 1, cantik ferinya, siap ada meja. Tapi masa balik, naik Langkawi Auto Express 2, tak cantik sangat feri yang ni..haha.


 Bila kereta dah masuk, parking dan tarik handbrek ke aras paling maksima untuk memastikan kenderaan kita tak bergerak sebab semasa feri bergerak, feri akan bergoyang sikit, biasalah kan...ombak laut.


 Dalam feri kita boleh duduk dengan selesa. Yang ni feri Langkawi Auto Express 1, ada meja kalau nak makan. Ada cafe kecik jual-jual air dan makanan ringan. Ada tv dan toilet. Dah makan, buang sampah dalam tong sampah yang disediakan, jadilah manusia yang bertamadun...hihi.

 Bukan anak je excited, makpak pun excited. Kahkahkah. Kerjanya bersidai kat luar sambil tengok view yang subhanallah cantik sangat.

 Kat tepi ni ada kerusi kayu, kita boleh duduk santai-santai sambil layan view

 Bila dah hampir sampai ke Langkawi, akan nampak lah pulau-pulau kecil yang mana viewnya sangat cantik dengan airnya yang kehijauan.

 Cantiknya pemandangan dalam gambar tidak terbanding dengan melihat dengan mata sendiri

 Langkawi Island, the jewel of Kedah

Ni la kerja kami, bersidai kat luar, rugi rasanya kalau asik duduk kat dalam, budak berdua ni pun bosan terperuk je dalam feri

Saja tepek gambar ni. Ini feri masa balik, Langkawi Auto Express 2, tak cantik macam Langkawi Auto Express 1, tapi tetap selesa. Ada tv, toilet tapi tak ada meja.


Seronok tak naik feri? Jawapan aku...seronok!

 

Thursday, July 27, 2017

3 majalah nostalgia zaman kanak-kanak

Semalam aku tengok Faizdickie mengimbas zaman kanak-kanaknya dalam IG pasal novel Jibam. Terus aku teringat pada 3 majalah kanak-kanak popular suatu ketika dahulu.

Nostalgia waktu aku kecik. Ketiga-tiga majalah ini aku pernah baca.

Lalu aku pun menggoogle image majalah-majalah tersebut.

Bujal..

Bambino..

Dewan Pelajar..

Ketiga-tiga majalah ini bercerita sambil memberi pengajaran. Kenapa zaman sekarang dah takde majalah macam ni?

Ke ada, tapi aku yang tak tahu? Kalau ada, majalah apa? Share.


 Bujal
Aku tak boleh lupa cerita pasal telur tembelang..
 
 Bambino
Seingat aku, aku penah baca sekali je majalah ni, dan aku tak boleh ingat dah cerita pasai apa majalah ni
 
Dewan Pelajar
Cerita macam-macam...Sains, pengajaran,kemanusiaan
best sangat!

Thursday, November 27, 2014

KLMJ#1 - Taman Pelangi,JB


Kiri ke kanan: Kak Jura, Kak Is, Lina, aku


Menatap gambar 14 tahun lepas...

Terasa macam legend pulak..hahaaa...dengan spek tebal dan....gemok.

Tapi satu je yang aku rasa nampak macam baik...

Tudung tu....labuh menutup dada...hehee..memang ikut spesifikasi muslimah sejati...

Kehkehkeh..

Zaman aku belajar dulu mana wujud shawl butterfly, wide shawl glitter, halfmoon shawl tu semua bagai....tudung Fareeda ke Rogayah ke pun belum ada..

Yang ada...tudung bawal 3 segi tu...masa tu dah kira jelita dah kalau dapat pakai tudung bawal 3 segi..

Ni zaman awal 20-an, tengah amek diploma. Aku duduk di Taman Pelangi, JB. Tak sangka dah 14 tahun berlalu. Aku rasa macam dah tua sangat.

Kiri ke kanan: Jun, Kak Is, Meyna, Nan, Kak Jura


Semoga kawan-kawan aku berjaya dunia akhirat.

Terima kasih Kak Is sebab share gambar ni...

zaman dulu aku tak reti guna kamera..hihi





Monday, August 18, 2014

gathering

Sesi bertemu kawan-kawan seperjuangan memanjat bukit dan gunung. Saya tak mengkategorikan ini sebagai rumah terbuka kerana konsep rumah terbuka lebih luas, jemputan lebih ramai dan makanan sudah tentu banyak.

Ini hanya konsep makan-makan kecil-kecilan. Ini lah waktu bertemu kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan kawan yang dah lama kenal dalam Instagram dan Blog tetapi hanya kenal nama, tak pernah bersua muka.

Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kecil saya.

 Pic from Fad
 GGK (baca: Geng Gunung Ke) group, from left: Yat, Kay, me, Fad, Bai dan Nurul

Hari-hari saya jumpa Fad, tapi sudah 2 tahun saya tak jumpa Kay. Saya jumpa Yat awal tahun ini kerana dia pernah datang rumah beli pampers. Saya juga dah lama tak jumpa Bai, hampir 3 tahun rasanya sejak saya kawen. Saya jumpa Nurul sebelum puasa haritu sebab lunch dengan dia dan Fad makan nasi ayam dan minum abc.

Tak ada dalam gambar ialah Huz, Miza, Athirah dan Intan.

Huz tak dapat datang kerana ada hal, Miza juga begitu, Thirah sakit perut, dan Intan.......sudah lama sepi.


 pic from CikPuanLawa

CikPuanLawa yang tak perlu saya perkenalkan lagi. Sebelah itu Kak Ana yang dah lama kenal dalam wassap tapi tak pernah bersua muka, dan CikGadisBunga yang saya kenal dalam blog, kemudian facebook, kemudian Instagram,kemudian wassap. Pertama kali saya jumpa Kak Ana dan Gb. Ramah tamah belaka mereka ni. Takde dalam gambar ialah Kak Izat aka Doktor Singa.



Zhareef dan Harraz, our GGKjunior. Baru perasan GGKjunior semuanya lelaki termasuk anak Ezza. In sha Allah, anak Huz dijangka perempuan, dapat lah bunga sekuntum untuk menghiasi taman, kekekeke.

Bila diaorang ni dah besar, agak-agak mewarisi kegilaan mak-mak diaorang memanjat tak? Siapa tau, mereka pulak penyambung generasi GGK kan.


 throwback: Mulu, 2011

Sebab Kay dah tunjuk gambar throwback ni, saya tersentuh hati. KLMJ (baca: Kenangan Lalu Mengusik Jiwa) sekejap. Terus lah bukak album lama cari gambar semasa masih aktif memanjat dahulu kala.

Owhh mak aihh, kurusnya saya dulu. Beza sungguh saiz lengan dengan peha dulu dan sekarang. Pipi pun tak gelembung macam laa ni.

 throwback: Mulu, 2011

 throwback: Gunung Nuang
ya, masa ni ada Intan.

 Tak sangka saya ada gambar ni. Intan and Zul before they become husband and wife.

Intan lagi. Apa kabar Intan agaknya. Semoga dia sihat dan bahagia hendaknya.
 
throwback: Gunung Datuk



Lagi 20 tahun kalau saya bukak lagi album nih, confirm lah meleleh air mata.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Friends, come and go. No matter where they are, they will always be in my heart. 




Tuesday, February 11, 2014

throwback#1: bukit tabur


Bukak album lama, tengok ada gambar kenangan di Bukit Tabur. Kalau tak silap, gambar ni diambil oleh Kay sebab masa ni kamera aku cedera parah. Ada juga kenangan manis di bukit tabur...sebab sekarang tempat tu dah tak boleh hiking, banyak sangat kes jatuh dan mati. Jadinya, bukit tabur dah ditutup dari sebarang aktiviti mendaki...jangan berhantu sudah.

Kira aku tak ralat lah sebab dah merasa sekali hiking kat sana.

Bukit Tabur dalam kenangan.





Thursday, July 25, 2013

Saliza Rahina

Dah 16 Ramadhan rupanya. Tak sedar. Dah tak lama nak sambut Syawal.

Tapi aku bukan nak cerita pasal puasa atau raya.

2-3 hari lepas secara tak sengaja aku teringat pada satu nama ni, Saliza Rahina. Siapa Saliza Rahina ni? 

Saliza Rahina sebenarnya tak wujud. Nama ini adalah gabungan dari nama aku dan beberapa orang kawan aku yang lain. Nama ni direka oleh aku...hahaha..sebab masa sekolah dulu aku ada buat satu group yang dinamakan sebagai group 'Saliza Rahina'. Tujuan group ini dibuat adalah untuk mengumpat keji manusia sekeliling yang kami tak suka.

Keji tak group ni? 

Keji jugak kan.

Ok, back to the story.

Antara ahli kumpulan Saliza Rahina ialah:

- Aku of course (Julie)
- Joy (Zulaina)
- Shasha
-Wati
-Emy
- ?

Aku tak ingat ahli yang lain. Kami, masa sekolah dulu suka bergosip. Sebenarnya macam ni, details story terwujudnya group ni sebab masa sekolah dulu masa untuk kami berkumpul sama-sama sangat terhad, nak bergosip ramai-ramai pun takde masa, besides kami rasa macam berdosa mengumpat secara terang-terangan.

Jadi..

Kami buat satu buku tebal seumpama 'Diary Saliza Rahina'. Dalam buku itu lah kami akan menulis segala perkara yang kami tak suka mengenai seseorang, atau mengutuk orang yang kami rasa jelik. Segala rahsia ada dalam buku tu. Aku ingat lagi, buku tu bersampul warna biru.

Ok, contoh lah, katakan aku tak suka pada si Aminah (bukan nama sebenar), aku akan amek buku biru tu dan tulis mengenai Aminah dalam buku macam nih:

22. Ogos. 1992
Aku benci Aminah.
Semalam aku nampak Aminah tergedik-gedik depan kedai Makcik Kuntum, dengan liuk lentoknya, dengan suara ngada-ngadanya membuatkan aku rasa nak muntah darah. Alangkah best kalau dapat tampar muka dia laju-laju.



...hahaha...

Tu contoh la macam mana kami meluahkan perasaan marah, benci, meluat dan segalanya. Hanya ahli group kami dibenarkan memegang buku tu. Kami akan tukar-tukar pegang mengikut siapa yang ada cerita nak tulis. Lepas tu kami akan baca dan gelak ramai-ramai.

I miss that moment so so much.

Moment yang agak keji pada aku, tapi kenangan itu indah. Indah walaupun keji.

Nak tau perbuatan kami ni masa umur berapa?

12 tahun!! Ya, moment ni terjadi masa kami darjah 6. Kecik-kecik dah pandai mengeji.

Suatu hari, buku rahsia kami telah dirampas oleh cikgu Halim. Habis semua data-data rahsia dalam buku tu cikgu Halim baca. Aku tak pasti macam mana cikgu Halim boleh dapat buku tu. Aku agak bengang sebab kecuaian salah sorang ahli membuatkan rahsia kami terbongkar.

Tapi cikgu Halim tak marah sebab aku rasa dia lah cikgu paling sporting dalam dunia. 

Kenangan ini terjadi  lebih 20 tahun yang lalu.

 

...dan aku rindu Saliza Rahina...

 




Monday, February 25, 2013

postpone contest

Hari ni tuan blog nak interprem gambarnya. Mengupas sejarah lama ketika tubuh badan masih jelita langsing....hah, hah, hah.


Ini situasi sekarang. Tak payah tanya la berapa berat badan aku sekarang. Aku belum tahap obes, tapi dah overweight lah. Kenapa aku jadi begini?

Jawapannya...




....kerana aku mengandung. Hehehe. Berat aku naik laju masa pregnant. Masa ni makan memang tak pikir apa dah.., suap, kunyah, telan. Masa tengah menelan tu dalam hati duk cakap...takpe lepas aku bersalin aku kurus lah.

Hampeh. Kurus la sangat. 

Aku buat contest dengan PuanLawa macam ada unsur-unsur gagal je. Banyak betul dugaan disepanjang tempoh contest tu. Jadi, aku rasa nak postpone contest tu ke bulan depan.

Ok tak PuanLawa?

Berjaya ke aku dapatkan semula berat badan seperti dulu-dulu?


Seperti ini.....kuikuikui...
aku rasa muka aku masa ni sangat 'raw'...

Oh em gee....masa ni berat aku dalam range 50kg. Dulu-dulu aku rasa macam senang je nak diet. Cuba sekarang....sengsara gila.

Mungkin sebab aku penat kot....tu yg banyak makan.

Ecehhh...nak salahkan penat pulak...




Alasan!






Thursday, January 3, 2013

berita gembira dari seorang kawan

Seminggu dua ni aku selalu teringatkan sorang kawan yang dah lama tak jumpa. Dan semalam aku dapat sms dari dia mintak alamat, nak kirim kad jemputan kawen. Alhamdulillah...

Aku tak ingat bila kali terakhir aku jumpa dia, tapi sejak dia pindah rumah masa kat Subang dulu, aku dah tak jumpa dia lagi. Contact pon jarang-jarang, ada la sekali dua bertanya kabar, lepas tu senyap. Perangai aku ni...kalau orang tu senyap, aku pun senyap la. Sebabnya aku segan nak contact orang yang dah lama tak jumpa.

Dia ialah Ana.

Selamat Pengantin Baru in advance untuk Ana dan bakal suami.

Sejujurnya, saya rindu awak Ana.


 in memory...
belakang: Irene, Ana, Niza
duduk depan: Jane, aku
sewaktu kami gathering di Bumbu Bali, Puchong.

ni masa baru lepas konvo di UTM Jb.
selekeh gila muka aku.....abaikan..





Monday, November 26, 2012

1st anniversary

Late update. 

19 November lepas adalah tarikh keramat saya dinikahkan dengan husband saya. Sekejap je dah setahun. Cepat betul masa berlalu.

Teringat-ingat lagi waktu bernikah, bersanding dan honeymoon.

Honeymoon dalam Malaysia je....Langkawi yang di taja sepenuhnya oleh seorang kawan. Syok berjalan free.






Sedar-sedar dah setahun, lahirlah permata hati kami....Ahmad Zhareef Haiqal. Dia lah penyeri dan pelengkap hidup kami berdua.


Happy anniversary to us....semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Amin.



Wednesday, September 12, 2012

rindu#4 - dalam kereta bersama PuanLawa

Kak Kiah....dah lama kita tak posing berdua-duaan macam ni....

mahal cermin mata kak kiah tuuu...