Wednesday, August 18, 2010

jangan bersedih


Dalam satu blog, menurut kata-katanya yang saya pinjam:

"Life is not a bed of roses or sun shines everyday. Most of us have our own sad days. We become sad for many reasons, and I recommend this book for deeper understanding of life so that we can minimise the impacts of bad or sad days in our life".

Buku ini memberi inspirasi kepada setiap wanita di atas muka bumi ini supaya berfikir bahawa setiap masalah atau musibah yang melanda adalah satu ujian terhadap dirinya. Anehnya kita selalu menyalahkan takdir seolah-olah kita menyalahkan Tuhan dalam setiap apa yg terjadi. Setiap musibah yang melanda ada hikmah di sebaliknya dan buku ini akan membawa kita berfikir untuk mencari dan menyelami apakah hikmah itu. Mungkin hikmah itu kita tak nampak sekarang, tapi insyaAllah, suatu hari nanti Allah akan tunjuk.

Ingat, tak semua yang kita nak itu kita akan dapat. Tak kira lah benda tu pekerjaan ke, manusia ke, makanan ke, pakaian ke atau apa-apa saja. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin apa yang kita inginkan itu akan membawa bencana di masa depan, sebab itu Allah memberi banyak halangan untuk kita mendapatkannya. Bersangka baik lah pada Allah.





6 comments:

kfaisal said...

ermm.. lama doh tak beli buku-buku nih.. teringin la plak tetiba.. wakakka

liza aziz said...

betul tu julie..

“BOLEH JADi KAMU MEMBENCI SESUATU,PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU,DAN BOLEH JADI(pula) KAMU MANYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU;ALLAH MENGETAHUI,SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.”

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

cinta said...

la tahzan..

Anonymous said...

lps baca kau buat summary julie. pastu pass kat aku..nak baca pjg sgt ni.. he..he..he..

Kay said...

Julie... dh habis baca blum? aku sudah...

yg tak habis baca lg, yg besar kaler kunin tuh... baca time btul2 sedih jek

Julie Shahril said...

kam: ko harus bli buku psk rumahtangga..haha

liza: ye dlm Quran pun dah tulis kan..sometimes kita kena telan yg pahit..

siti: la tahzan=jgn bersedih

kerul: tu aku dh tulis summary kan...hahaha,cuma x sempat nk letak hadith ngn ayat2 Quran je...hehe,kang 4 hari 4 mlm ko baca x abes..

kay: lagi beberapa helai nak abes baca kay,buku ni sgt berguna bg aku,antara buku yg paling aku suka, dan InsyaAllah aku nk beli yg warna kuning mcm ko cakap tu...