Tuesday, August 17, 2010

kelebihan bulan puasa

Betul la bulan Ramadhan ni bulan yg mulia. Semua orang menjaga adab sopan, tak kira lelaki atau perempuan. Cuma ada segelintir je la yang mcm blur2 berkata, eh betul ke sekarang ni bulan puasa?

Yg bestnya masa balik keje bukan orang yg nak berbuka je, orang non-muslim pun sama-sama menyesakkan jalan. Oleh kerana bulan ni bulan puasa, jadi tak boleh la nak mengeluarkan kata-kata kesat. Eh lupa pulak, baru haritu tulis entry mintak maaf, ni nak buat dosa semula. Ok,insaf semula.

Apa yang saya nampak di bulan puasa ini ramai orang tak banyak bercakap. Kalau bercakap pun kena jaga tutur kata dan jangan sampai air liur kering, kalau kering tak boleh minum air kat pantry. En.bos pun cool saja, cuma sesekali dia meletakkan cermin matanya di dahi tanda protes. Takpe lah, yang penting dia menjaga tutur katanya.

Oh ya, bazar ramadhan pun penuh sesak. Biasa lah kita rakyat 1 Malaysia, tak kira muslim atau non-muslim sama-sama membeli juadah. Berjalan di bazar ramadhan SS18 kena hati-hati sebab takut berlaga bahu. Berlaga bahu kira boleh di maafkan, tapi kalau berlaga punggung, aduhai...dan kaum perempuan juga kena meng'cover' keseluruhan tubuh badannya agar tidak bersentuhan dengan lelaki-lelaki di situ. Yg lelaki pulak kalau dah terlanggar orang tak reti-reti nak say sorry.

Peniaga di bazar ramadhan semuanya baik hati. Termasuk lah dengan menaikkan harga makanan contohnya Char Kuey Teow goreng special berharga RM6. Haha. 'Specialnya' char kuey teow itu kerana dia cuma letak udang lebih 2 ekor dan telur goreng. Aku beli jugak sebab no choice, dan teringin sebenarnya. Oh ya, ada orang jual popia basah yg hampir basi di situ. Oleh kerana ini bulan puasa, jadi tak boleh nak cakap yg kesat-kesat kan. Haritu baru mintak maaf.



Ini lah kemuliaan dan kelebihan Ramadhan. Allah benar-benar menguji kesabaran.

4 comments:

joyahsport said...

hee...smpat lg komen En. bos yek..

bagus la n3 ni...tenang jek cik julie nulih..he...sopan u..

mrs.ecam said...

ha ah aku bce pong tenang jek...kui3

blurr33 said...

tulah tenang bagai air di kali.. anak sapa lah nih.. tapi bab berlaga punggung tu aku musykil sikit.. selalu kalau terlaga tangan pegang juadah dengan punggung tu biasalah terjadi, tapi punggung berlaga punggung memang ajaib.. kat mana bazar ni julie.. ajaib sungguh..

j.u.l.i.e said...

joyah: selama ni aku tulis x sopan eh...hehe,malunya i..

rozi: oh ye ke..agaknya selama ni org baca n3 yg lepas2 x tenang kot...ngehngeh

kam: ada trjadi tp dlm setaun tu mgkin 1-2 kali jela,time2 sesak kt bazar,SS18 pnya bazar hari ahad lepas gila sesak,kena pndai nyelit2,ada plk org benti kt tgh2 alam ckp ngn telepon la,x reti2 nak ke tepi..haha,berlaga tangan tu dah selalu la especially time bayar tol..sure berlaga tangan punya..hahaha