Thursday, August 12, 2010

Kuching trip - day 3

Hari ketiga, pagi2 seawal pukul 7 pagi, kami bersarapan dulu di Serapi Corner. Mungkin sebab masih awal, makanan tak byk sangat. Saya makan apa yg ada lah. Ada nasi lemak dan nasi goreng. Saya makan nasi goreng.

my plate

dan minum nescafe tarik

Mula-mula en.Rahim tu nak bawak pegi kilang pasu, tapi tak jadi. Kitaorang nak pegi Taman Orang Utan dulu. Di sini lah tempat orang utan tinggal, Botanical Research Centre, Semengoh. Welcome.

Kitaorang jumpa gambar orang utan yg bernama Nora. Terus teringat kat Bain. Hahaha...aku snap gambar ni pun semata-mata untuk ko bain.

Untuk melihat orang utan, kita kena berjalan masuk ke dalam. Track di situ mengingatkan saya pada kinabalu...huhu. Kami berjalan tak lama, dalam 5-10 minit je. Actually waktu ni around pukul 10 pagi, memang waktu orang utan diberi makan. Konon-konon nak tengok orang utan makan lah.

Saya berjalan hanya memakai selipar, nasib baik cuma 5 minit je

Ini la tempat melihat orang utan. Actually tempat ni memang habitat semulajadi orang utan. Jadi semua pelawat dan pelancong tidak dibenarkan membuat bising. Kalau tak orang utan takut nak keluar.

Tunggu punya tunggu, orang utan tak jugak keluar. Kebetulan kat sini baru lepas hujan, agaknya orang utan sema tidur tak bangun-bangun. Haha. Sangat hampa lah kami semua sebab tak dapat tengok orang utan makan. Then, tak lama lepas tu renjer beritahu rupanya orang utan ada kat bahagian luar tempat kami mula-mula masuk tadi. So...kitaorang semua berjalan keluar lah semula. Hai orang utan...susahnya nak jumpa kau.

Ni la orang utan yg ada macam2 nama termasuk nama Nora. Macam2 aksi diaorang buat, yg tengah kendong anak pun ada.

Peringatan: tak boleh snap gambar guna flash.

Lepas ke taman orang utan, kitaorang pergi ke Taman Buaya pulak. Lupa pulak nak bagitau, fee entrance kat Tmn Orang Utan ialah RM3, manakala kat Tmn Buaya ialah RM16. Aku rasa macam2 kanak2 pulak sebab pegi taman buaya...hahaha.

burung kasawari

Ini la sang bedal yang di tunggu-tunggu. Masa untuk buaya-buaya ni semua makan. Sebenarnya saya excited jugak tengok buaya ni menerkam makanan, sangat ganas! Macam tu jugak la kalau dia terkam manusia kot. Tapi ada jugak buaya yg pasif, diam aje. Mungkin buaya tu kategori tua, dah tak larat nak main terkam2 dgn buaya-buaya remaja tu. Hehe.

berebut nak makan

terer kan buaya ni melompat..

antara binatang yg ada di situ selain buaya

Ini anak buaya berusia 6 bulan yg di awetkan.
berasal dari air masin....di ulangi air masin ok
jgn kata kat laut takde buaya..


Ok. Hanya 2 tempat untuk hari ketiga merangkap hari terakhir. Maybe next time kami datang lagi lah, fokus untuk pegi Bako pulak. Kalau ada rezeki dan kesempatan. Walaupun terkejar-kejar, panas dan haus, kami tetap enjoy. Perut pun kenyang dgn mcm2 makanan sampaikan dalam flight saya makan kacang aje. Kuching, see you next time. Tata.

8 comments:

cinta said...

seksinyer kakimu itu... aww..

hai nora..

blurr33 said...

nora.. nora..
tak sangka plak ko wat part time kat Kuching tu..
he..he..he..

gerbera said...

Ngeri tengok buaya tu makan. Teringat bunyi jaw buaya tu terkatup. Tapi kesian..tangan tak tak sampai.Lurus ke bawah je. hehe

bain said...

ohh.. itu NORAng utan.. bukan Teman.. NORA crocs.. kang Teman ngap ko kang blurr33.. Teman suka 'DARAh MANIS'.. hahaha...

bain said...

TQ ler cik Julie da biskut ingat kat Teman.. siap link kan lg blog Teman kat nama 'bain' teww..

Smua blogger jgn lupa klik kat 'BAIN' tue..

Ramping nyer kaki gadis tue.. stabil ker gadis tu bjalan??

j.u.l.i.e said...

siti: seksi la sgt

kam: waktu trtentu je nora diperlukan kt sana disbbkn nora ada komitmen yg tggi di kl..haha

meeza: tangan katik,kelakar,kalau tangan pjg bleh je dia gapai makanan tu..wakaka..

bain: aku tolong promokn blog ko,nti byk duit ko dpt hasil klik2 org rmai...hehe
ohh...jgn risau, gadis tu brjalan sgt stabil..walau hnya berselipar..

SURIA AMANDA said...

seronoknya.....bako? taman negara Bako tu ke?nak ikut boleh?

j.u.l.i.e said...

suria amanda: yup tmn negara bako...boleh insyaAllah, kalo jadik jom pi sana rmai2...