Thursday, October 28, 2010

atheis

cover lama.
(from google)


Apa itu Atheis? ada juga ejaannya Ateis.

Atheis ialah free thinker. Maksudnya seseorang yang tidak percayakan mana-mana Tuhan dan agama. Contohnya, mereka Islam, tapi tak percaya bahawa Allah itu wujud. Orang begitu di istilah kan sebagai Atheis.

UPDATED: Atheis bukan setakat tak percayakan Allah,tapi tak percaya pada mana-mana Tuhan pun. Thats why we call them free thinker. Terima kasih En.Bain kerana menegur hamba,harap maaf kalau tulisan hamba ini membuatkan orang keliru. Yang buruk datangnya dari hamba,yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Dan ini berlaku tidak kira pada bangsa apa pun, Melayu,Cina,India,mat saleh atau apa2 bangsa pun. Kalau hamba silap, sila lah tegur yer kawan-kawan.

Saya pernah baca E-book Syahadah, Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist. Ceritanya sangat best kerana ia menjawab segala persoalan-persoalan yang selama ini tak terungkai.

Kisah dalam novel ini berdasarkan KISAH BENAR seorang lelaki yg menggelarkan dirinya sebagai 'penulis' dalam perjalanan menaiki kereta api dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Penang. Semasa dalam kereta api itulah dia bertemu seorang gadis Melayu yang tidak percayakan mana-mana
Tuhan pun termasuk Allah. Seronok baca kisah ni, dan cerita ini sebenarnya berlaku hanya untuk 1 malam sahaja, namun impaknya sangat mendalam.

Sekarang novel ini dah keluar di pasaran. Tapi tajuknya dah bertukar iaitu Syahadah Gadis Ateis. Baru tadi explore nak order online, tapi ada problem sikit. Tak rugi baca novel ni.

2 thumbs up!

cover baru, tajuk pun baru, tapi isinya sama
(from google)




9 comments:

cinta said...

menarik..

en_me said...

dh lamer x baca novel .. uhuhu

liza aziz said...

a'ah. best. kita pun dah baca yg lama punya... tp halfway je. hehe

irfanvsirhas said...

ko beli aku pinjam yer....menarik jer...

bain said...
This comment has been removed by the author.
bain said...

Teman bkn ler warak sgt, tp tau la jugak bab agama nie.. dlm n3 deme ada tulis 'cthnye,mereka Islam, tp xpercaya bahawa Allah tu wujud'.. Teman harap deme betulkan sikit 'mereka Islam' tu.. kalo deme tulis 'mereka bangsa skian-skian' tu blh ditrima..
kalo dah beragama Islam, mmg wajib percaya bahawa Allah tu wujud.. sudah tertulis dlm Rukun Iman..

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

diharapkan deme lbh bhati2 bila menulis perkara bkaitan agama..
Teman skadar nasihat..
Kalo ada salah, tu dtg dr Teman..

j.u.l.i.e said...

siti: beli la

en_me: start la baca novel balik

liza: lebih kurang la dgn kita, sbb tu nak beli and baca balik..

kak su: no problem...

Bain: Terima kasih sbb menegur. Ok,mari aku terangkan.Yg aku tulis 'dia Islam tapi tak percayakan Allah' kerana dia Islam hanya dlm IC saja, hakikatnya dia sama mcm org bkn Islam. Dlm novel ni,perempuan tu mmg orang melayu,mak bpk dia pun Melayu dan agama yg tertulis ialah Islam,tapi cara hidup mereka tak mcm Islam.Budak perempuan ni mmg dah hampir2 murtad sebab dia sndiri yg ckp dia tak percaya Allah itu wujud. Benda ni berlaku bukan pada bangsa lain saja,bangsa melayu pun ada,cuma kita yg tak tau.

Aku rasa ko kena baca dulu buku ni then ko akan fhm apa maksud aku.Kalau ko tak baca ko tak akan fhm. Tapi apa yg ko tulis tu betul la,kalo dah Islam wajib percaya rukun Islam dan rukun Iman. Masalahnya perempuan tu tak percaya,dia persoalkan byk benda dan jawapannya ada dlm novel tu. Actually buku ni sgt bagus utk aku fhm apa yg aku tak fhm, byk benda yg aku tak tahu atau kurg fhm tapi bila baca buku ni aku jadi fhm. Ye la aku ni pon bkn tahu sgt bab2 ni, so sama2 la kita saling mengingati.

Satu perkara, skg ramai org Melayu Islam hanya dlm IC!

bain said...

maksud Teman bab bangsa skian2 tu tmasuk skali melayu.. skrg nie jelas sgt dah makin ramai org Melayu skadar dlm IC jer agama Islam.. paling ketara dah makin ramai lelaki Melayu yg xsolat Jumaat.. xposa dlm bulan Ramadhan.. plg buruk skali minum arak.. Teman rasa dah tiba masanyer Jabatan Agama Islam diberi kuasa lebih dari kini..

j.u.l.i.e said...

bain: ermm..yg jadi mcm tu smua org dewasa,kalo budak2 boleh jugak nak dimarah2,kalo org tua nk bagi ceramah nanti dia yg ceramah kita balik..haha,tp yg paling penting ialah didikan dirumah.