Friday, October 15, 2010

makan selepas raya 10.10.10

Ahad, 10.10.10

Ingatkan dah habis cerita pasal makan, tapi belum lagi. Biasa la, selagi hayat di kandung badan,selagi itu lah kita akan makan hari-hari. Jadi entry ini khas untuk aina@joy. Aku sangat appreciate kau sudi memasak untuk aku dan uji. Oh lupakan Wani sebab dia tu lengai. Kau tau lengai? ntah, aku pun cakap sesedap rasa je. Kalau aku cakap dia bangang macam kasar pulak bunyinya.

On the way nak pegi rumah kau tu aku ikut jalan Tun Razak dan aku sempat tengok satu kereta terbalik. Aku tak pasti orang-orang dalam kereta itu hidup atau tak, hopefully hidup lah. Aku snap gambar tapi gegar la, mana tak gegarnya, sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan sibuk nak snap gambar. Ini lah gunanya hari-hari bawak kamera dalam handbag. Haha. Tarikh ini juga berlakunya eksiden tragis di Simpang Ampat yg melibatkan 2 buah bas, 1 van dan 3 kereta, mengorbankan 12 nyawa. Semoga roh mereka (yang beragama Islam) ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

kereta terbalik

To be honest, aku suka rumah kau. Kau pandai hias rumah. Oh bertuah betul Ajip, si suami mu itu kan. Tapi pening la cari rumah kau asik sesat je. Tapi at least sampai juga kan walaupun dalam kereta aku dgn Uji tak berenti-renti mengumpat pasal Wani. Haha. Kesian kau penat-penat masak tapi yang makannya cuma aku dgn Uji. Sebenarnya aku nak mintak kau tapaukan makanan tapi aku malu cik Jahhhh...kau tapaukan Red Velvet Cup Cake tu pun dah kira bagus. Hahaa.

Red Velvet Cup Cake

Kau masak pulut kuning, rendang ayam, soto dan apa ntah lagi. Aku kontrol makan masa tu sebab 1st time datang kan, maybe 2nd, 3rd or 4th time nanti aku tak malu dah. Hehe. Kuih raya kau pun berlambak lagi. Next year boleh aku order dengan Ako pulak. Aku pun nak bergambar dgn Ako jugak.

Kalau Uji tak balik JB haritu, harus aku lepak lama lagi rumah kau. Dan nasib baik Uji selamat melepasi kemalangan maut tu. Ngeri aku. Kau rajin nak masak lagi tak? Aku nak makan lagi. Uji pun kata, rumah kau tu macam memanggil-manggil untuk kitaorang datang lagi. Huhu.

5 comments:

SuzieLAWAti said...

sodap nyer...apesal ko x tapau tuk k.su sket....?

cinta said...

telan liur je ni.

bain said...

dahsyat.. sungguh dahsyat 'benda2' dlm balang & bekas tu.. spt memanggil2 utk digapai.. nggaaa.. :)

Zulaina said...

Beb thanks datang, malu gak nak masak2 bagai sbb aku ni tak terror langsung tp bole la skit2 demi utk menjamu kengkawan...len kali datang lagi n tak yah malu2 kemalu maluan...lupa aritu nak cerita pasal misteri nusantara rumah aku tu....kalo nak tau kena datang lagi nanti....hihihihihi

Julie Shahril said...

kak su: maluuu...blom pandai nak praktiskan peribahasa 'buat la mcm umah sndiri'...maklum la 1st time dtg,tgk la dh 2nd time nanti x malu kot...hehe

siti: telan byk2..haha

bain: dlm balang tu ada batang buruk sabah yg sedappp...hahaha

joy: oo..ada kesah misteri ke cik non, okey bebeh next time aku dtg lg..eh tp si suami mu tak kesah ke..