Monday, November 15, 2010

gunung nuang

Selepas turun dari gunung kinabalu Mei lepas, saya dah tak buat apa-apa exercise lagi dah, panjat bukit tak, joging pun tak. 6 bulan selepas itu iaitu semalam baru lah saya join semula aktiviti-aktiviti memanjat ni. Sebelum ni saya dah banyak buat cancellation join aktiviti macam ni, contohnya saya buat last minute cancel pegi Berkelah (Nurul marah aku sgt2) dan cancel panjat bukit Apek sebab aku tidur mati (pun Nurul marah jugak..huhu). Sorry la kawan2, kepala otak aku bengong masa tu.

Ok, lets start our journey. Saya deal dengan Thirah untuk berjumpa di Ampang Park. Saya adalah spesis buta jalan, so I need someone to guide me, dan Athirah lah orangnya. Thanks ya. Dari Ampang Park, saya dan Thirah jumpa Intan, Kay dan Husna (housemate Kay) sebelum jumpa Nurul dan Huz di masjid area Hulu Langat. Then, tunggu Zul (our guider) untuk ke Nuang.

Macam Kay cakap, bergambar adalah perkara wajib. Sebelum, semasa dan selepas aktiviti harus ada kenangan dalam gambar kan. Ini masa kitaorang baru saja park kereta, siap-siap untuk memulakan perdakian...ceh...macam best je bunyinya kan.

Kan aku dah cakap, bergambar itu wajib, bukan sunat, bukan harus ke makruh. Oleh kerana Thirah yang snap gambar ni jadi muka Thirah takde. Biasa la...Thirah ada kamera baru. Huhu..

Ohh ya, forgot to mention. Sebelum melangkah masuk ke pintu gerbang ke alam fantasi ini, kami harus register nama dulu dan bayar RM1. Murah aje. Tapi memang MESTI register, untuk keselamatan. Tengok tu, seriusnya Kay menulis nama dia.

Kami tak plan untuk sampai ke puncak, cukup la sampai Kem Lolo aje. Actually saya tertanya-tanya, kenapa nama tempat tu Kem Lolo? Kenapa Lolo? Siapa Lolo? Ok forget it. Tak penting pun. Perjalanan untuk ke Kem Lolo lebih kurang 2 jam, tapi kalau campur dengan photography session, lebih kurang 2 jam setengah lah. Hehe.

Treknya takde la berliku-liku, jalannya sekejap mendatar, sekejap meninggi, sekejap menurun. Boleh tahan penat lah. Untuk kontrol pernafasan, saya kunyah chewing gum. Berkesan. Tips kunyah chewing gum ni saya dapat masa kat KK dulu, guide yang cakap.

Ok, ini contoh jalan yang agak berbukit, kena jalan tertonggeng dan terbongkok sket. Penat tapi enjoy. Bila disuruh bergamba, berlumba-lumba tak nak lepaskan peluang. Haha.

Di sepanjang perjalanan, banyak pokok buluh yang memang tinggi setinggi tingginya. Cantik! Kata Zul, perjalanan ni hanya 'mukadimah' aje, selepas Kem Lolo untuk ke Kem Pacat, baru lah perjalanan yang ala-ala separuh nyawa. Agak merana jugak lah untuk ke puncak.

7 of us
huz, julie, husna, kay, intan, nurul, athirah

Berjalan sikit, bergambar. Berjalan sket, bergambar. Haha. Macam-macam gaya, ditambah lagi ada orang pakai kamera baru...huhu..Lumix!

pandang kiri...

pandang kanan...

Lepas pandang kiri pandang kanan, kami meneruskan perjalanan. Bestnya ada camerawoman (Thirah & Huz) hehehe. I like.

Macam kat KK jugak, kalau rasa penat boleh berhenti rehat kat pondok. Cuma kat sini takde bekalan air dan toilet. Jadi pandai-pandai lah kalau ada siapa-siapa nak terkucil. Nurul siap makan burger kat sini. Habis pulak tu.

Meneruskan perjalanan lagi. Aku suka betul dengan camerawoman nih. Lumix!

Akhirnya sampai jugak di Kem Lolo. Penat Tuhan saja lah yang tahu. Saya menyesal sebab bawak air sebotol kecik aje. Nasib baik boleh topup air dari Zul. Haha. Jadi pengajaran lepas ni jangan mengada-ngada nak bawak air sebotol kecik aje. Air itu penting, bak kata Uncle Saiful yang kitaorang jumpa kat sana. Siap bebel-bebel itu ini, jangan pakai baju hitam, bawak air sendiri! Ok, noted.

Menu lunch dalam hutan sangat la best. Huz bawak makaroni goreng dan Zul bawak ayam panggang! Haha, tak sangka diaorang ni rajin. Aku? bawal roti coklat yang dibeli di Petrol Station.

Lepas siap makan, masa untuk berendam. Nurul paling excited. Makcik ni memang suka main air lah aku rasa. Oleh kerana aku pakai lens, jadi tak boleh nak mandi beria-ria sangat, nanti rosak pulak lens aku, dah tak nampak nak jalan. Intan, Kay, Thirah dan Zul tak mandi.

Di air terjun ini juga lah kamera saya terkorban. Sedih gila. Air mengalir laju, batu-batu licin dan aku terjatuh dalam air. Kamera dalam poket!! Hancur..innalillah dah kamera aku. Sedihnyaaaa...aku tengok air bergenang-genang dalam skrin kamera tuh..huhu

hi..senyum dalam gundah. Hanya mengharap kamera kawan-kawan saja lah.

Dalam perjalanan itu, kitaorang nampak tasik. Nice view. Tak sangka pulak dalam hutan ini ada tasik.

My favorite pic from Athirah. Very nice pic! aku suka. Sangat semulajadi dan hijau. Nuang masih belum tercemar. Good.

Kalau tak silap pic ni dari kamera Huz. Cantik la color dia. Nice view.

Yg ini pulak rasanya dalam perjalanan balik. Ntah. Masa balik ni saya tak salin baju pun. Jalan aje lah dengan baju basah. Baru je nak kering, hujan turun. Saya dgn Thirah berlari siot...tapi basah lencun jugak lah. Patut lah ada orang bawak payung.

nature

1st time saya jumpa ulat gonggok besar gila!! berapa banyak la kaki dia agaknya..

kat sini banyak rama-rama. dan macam taman rama-rama pulak aku rasa.

Masa kat sini saya terasa macam ada 'something' kat leher. Rasa gatal. Dan tau tak apa benda di leherku? Pacat..!!! sang pacat nak menyedut darah di leherku. Nasib baik ada Kay sebagai penyelamat. Ko hebat lah Kay.

Kesimpulan, saya enjoy join pegi Nuang ni. Penat tu memang lah penat, sampai sakit-sakit badan. Kira ini sebagai permulaan dan mukadimah sebelum sampai ke puncak (ada plan nak naik sampai puncak ke?). Dalam perjalanan balik, berhenti solat di masjid sekejap, salin baju dan duduk rehat sambil berbual.

Hujan turun lebat gila. Ok yang kat atas tu gambar kereta kami. Tersusun cantik aje kan. Paling menyerlah kereta merah. Kereta sapa la tuu...



p/s: all photos are from Athirah, Nurul and Whooz. Aku terpaksa lah cilok dari korang yer...thanks!

5 comments:

Kay said...

hihihihihi...

alhamdulillah aku takde kena pacat...

gambar dr camera aku akan diupload ke FB tgh mlm karang pabila kusampai kuantan, insyaAllah...

tp serius, gmbo org takde sangat... sbb teruja ngn kamera Thirah... sorry Huzz!

aku suka sgt ko dpt join kali nih... harap2 lain kali dpt jumpa Fadd plak sblm next trip kita Jan nnt! :)

kamera dh antar kedai?

Gerb said...

Rugi tak dapat join. Last minit ada hal. Kalo takde hal pun, pagi tu period pulak.

Last aku ke sana 12 tahun lalu.

Gerb said...

Kamera ko tu bunuh diri agaknye. Mesti ko niat nak cari kamera baru. Hehe

cinta said...

tua esok ni sume leh jadi bedtime story utk cucu2.

Julie Shahril said...

kay: 1st time aku kena pacat! kamera tu aku nak try keringkn sndiri dulu,kalo x bleh bru anta kdai,nsib baik memory card slmt. InsyaAllah next trip mgkin fad bleh join kot kalo dia available lah.aku ok je kalo xde hal..,aku enjoy sgt pegi nuang tu..

meeza: 12 thn dulu..? lama tuuu...ko patut join kitaorg lagi lepas ni.aku xde niat pun nk bli kamera baru...kamera tu yg merajuk tiba2...terus terjun dlm air :(

siti: ye tu dah pasti, that's why blog ini wujud,utk tatapan anak cucu dimasa depan...huhu