Monday, December 20, 2010

Gunung Datuk

Ini adalah entry bergambar. Ada 34 keping gambar dalam entry ni.

Semalam, ahad 19.12.2010, aku join Kaki Gym buat aktiviti ke Gunung Datuk. Lokasi di Rembau, Negeri Sembilan. Bergerak dari rumah pukul 5.00am, jumpa Nurul dan geng kaki gym di Petronas area Rembau untuk ambil t-shirt. Then terus bergerak ke tempat kejadian..hehe. Sampai sana kena register dulu, bayar rm2. Lepas sesi bergambar beramai-ramai, dalam pukul 8.00am terus start mendaki.

Saksikan gambar-gambar kejadian.

Welcome signboard

start hiking

Pada aku, treknya lebih kurang sama macam trek bukit apek. Macam yg Nurul cakap, kat sini banyak akar-akar pokok, kena menyelit-nyelit kaki untuk panjat. Tension betul.

Berehat sekejap amek nafas, Adi kata berehat sekejap mintak nyawa..hehe

antara flora yang ada di hutan lipur ini. Nice view. Aku tak jumpa sebarang fauna kecuali semut hitam

pokoknya tinggi-tinggi. ada monyet

pokok tinggi lagi

Aku rehat sekejap, snap-snap gambar dengan Nurul. Adik, Intan dgn Fad masa ni kat belakang. Oh ya, adik muntah, tak larat. Mungkin dah lama tak buat aktiviti memanjat ni.

Sebenarnya aku lebih suka memanjat dari turun. Aku takut aktiviti nak turun ni, mungkin sebab aku ni jenis gayat dan tak konfiden dengan tapak kasut yang aku pakai untuk menuruni trek yang curam, lagi-lagi kalau trek tu basah. Aku duk mengira-ngira bila la nak sampai puncak. Last-last aku jumpa batu besar ni, so aku ingat dah dekat nak sampai puncak lah, rupanya jauh lagi ye cik jah.

Finally, aku sampai juga kat atas, tapi bukan puncak ye cik jah. Ini adalah camp site untuk sesiapa yang teringin nak camping. Kat sini tak ada bekalan air, jadi pandai-pandai korang lah nak survive macam mana. Tak kuasa mak...

aku jumpa pokok bernama otak udang..

ni lah kawasan lapang untuk bercamping

Untuk ke puncak kena naik pakai ladder (tangga). Mencabar kan. Aku rasa sebab tu Huz tak nak naik dah.

makcik Nurul

belum sampai puncak lagi ye cik jah....ada lagi step yang kena naik pakai tangga. Sabar ye cik jah..

Sementara tunggu adik dengan fad yang tak sampai-sampai, aku, Nurul dan Intan buat sesi fotografi. Bukan senang nak sampai sini, jadi amik la gambar puas-puas.

Other step untuk ke puncak. Pada pendapat aku kalau nak mendaki gunung datuk ni biarlah beramai-ramai dan yang penting ialah MESTI ditemani oleh lelaki. Kau jangan ngada-ngada nak pegi sendiri-sendiri. Kang jatuh sapa nak tolong? sangat mencabar. Naik kinabalu pun tak guna tangga cik jah.

Orang-orang yang dah sampai puncak. Aku belum sampai lagi sebab kelaparan. Stop makan dulu.

adik

fad

5 of us before lunch

our lunch pack. Nasi putih berlaukkan sayur campur, telur dadar dan ayam masak merah. Aku tak sangka ada ayam masak merah. Terharu. Sedap.

Finally, our last step to conquer the peak. Kena naik tangga juga. Kali ni aku betul-betul takut, tapi dah alang-alang sampai mesti lah menakluk puncak kan. Tangga tu diikat dengan tali supaya tak bergerak-gerak. Terima kasih lah kepada si pengikat tu.

dah sampai puncak, aku snap gambar orang kat bawah

we can see the beautiful view from peak...menakjubkan.

aku malu dengan adik ni, diaorang takde rasa takut pun...hehe

ye..gambar tuan tanah mesti la ada..

they are so cute kan...

orang kata ini adalah tapak kaki sang kelembai...aku tak pasti betul ke tak..

aktiviti berlakon pun bermula..

this is my favorite pic
cun kan kami berlima..

on the way turun dari puncak, aku tak byk snap gambar sebab tiba-tiba aku diserang sakit kepala yang sangat-sangat sakit. Memang spoil mood aku. Cuma aku tertarik dengan pokok unik ni. Unik kan? Ini lah bestnya panjat gunung, kita akan jumpa sesuatu yang tidak ada di bawah. Masa ni fad dah tolong bawakkan beg aku sebab aku rasa dah lembik sangat dah. Fad jadi porter..hehe

Lepas dah sampai bawah, solat dan berehat, kami singgah minum cendol yang popular di Rembau, cendol Leman Dawi. Pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan. Bayar sekali je, boleh tambah berapa kali yang kita suka. Best kan? dah la murah, sedap, tak kedekut pulak tu.

ini lah cendol kepunyaan tuan tanah


Aku sangat enjoy mendaki gunung datuk, sama enjoy masa aku naik nuang haritu. Tapi kali ni enjoynya lain sebab dapat rasa 'kesengsaraan'nya. Aku sengsara masa nak turun sebab aku sakit kepala. Sepanjang sejarah aku panjat bukit/gunung, aku tak pernah kena sakit kepala yang teruk, even masa naik kinabalu haritu pun aku sihat waalafiat. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Dan aku enjoy dengan Kaki Gym, diaorang sangat best terutama yang lelaki sebab diaorang sentiasa menjaga dan guide semua orang dengan baik. Superb! berbaloi bayar rm50 sebab dapat lunch pack yang sedap, sijil penyertaan dan layanan yang class.

15 comments:

Kehelan said...

lunch pack tu sangat menarik...

Fiza said...

Rugi, K tak pergi ...hihihi

gerbera said...

Terkenang masa 1998. First gunung yg aku panjat. 31.08.98. Ada geng bawak baju kurung,konon2 nak pakai atas puncak, tapi malang beg baju tu kena curi. Kat puncak kami masak megi letak cili padi yg kebetulan tumbuh kat atas tu. Sodaaaaaap.

Ada satu gunung lagi kat N9. Gunung Angsi, pasni bolehla pegi.

gerbera said...
This comment has been removed by the author.
bain said...

pergh.. Teman dpt rasa kegayatan bila tgk pic atas batu walaupun Teman ngah dok atas krusi...
pic paling kelas lagi feveret Teman, gambo cendol.. awat deme dok gambo dgn pokcik tue??

j.u.l.i.e said...

kay: yup menarik,dan sdap plak tu..

fiza: nk wat camne..kay bz!

miza: mcm mana la yer nk salin baju kurung atas gunung? hehe..gunung ansi? wahh...next trip la ni..

bain: aku pon gayat,tp bdk2 kecik yg panjat tu muka selamba je. Tak sempat la nk snap muka pakcik tu,pakcik tu bz tgh berceramah pasal sejarah m'sia..haha

irfanvsirhas said...

wah..wah...cik jah ..nak lunch pack jer bole,...hehehee..

j.u.l.i.e said...

kak su: lunck pack dah msuk dlm perut, dh keluar balik dh pon...hahaha..

whooz said...

pernah tgk pakcik tu dlm tv dulu. terigin gak nak try cendol dia.

maybelah sebab gunung 1st aku panjat di waktu badan langsung x fit, memang rasa mcm nak mati :P . air tak cukup. rasa macam nak mintak je air org lain yg lalu lalang. yg naik skali dgn aku dulu tu, x sampai separuh, dia turun balik.

gismo82 said...

Seronoknye panjat gunung..he..he..he..

j.u.l.i.e said...

huz: ko nk tau x gunung apa yg 1st aku naik? gunung kinabalu ler...hehehe. bukit apek tu bukit,bkn gunung,broga pon naik suku je,x smpai separuh pun. ni tgh sakit kaki effect pnjat datuk. lepas ni bleh pnjat nenek plak..hihi

kerul: mmg seronok,enjoy lepas tu sakit nk naik turun tgga...arghh

blurr33 said...

video full hd please.. ;p

j.u.l.i.e said...

blurr33: hahaha..nk setting amek gmba pun aku terkial2,ni kan plak nk amek video...tggu aku terer

SURIA AMANDA said...

whoaa...Lisa pun x pernah naik lagi gunung datuk...

j.u.l.i.e said...

lisa: hi...u shud try, seronok.