Friday, January 21, 2011

Mulu - day 2 & 3

Setelah berpoya-poya di hari pertama di Miri, 12 Januari kami berlepas ke Mulu menaiki pesawat comel MASwing. Perjalanan dari Miri ke Mulu hanya memakan masa selama 30 minit saja. Tapi kalau naik bot mungkin 5-6 jam jugak lah. Sesiapa yg sukakan cabaran, boleh naik bot. Kalau saya naik bot 5-6 jam confirm muntah hijau.

Saya sudah sampai di airport Mulu. Lapangan terbangnya kecil saja, dan kami dibenarkan berposing-posing di kawasan ini. Best, best. Kadang-kadang saya rasa perjalanan kami memakan masa kerana sibuk mengambil gambar. Haha.

Disini kami bertemu dengan sekumpulan chinese yang mempunyai tujuan yg sama seperti kami iaitu hiking ke Pinnacles. Jadi kami mengambil kesempatan untuk meminta tolong mereka ambilkan gambar kami 8 orang. We have human tripod! Good job bro.

Ini kenderaan yg membawa kami ke Mulu Park HQ. Kena bayar sorang RM5. Ingatkan jauh sangat lah Mulu Park tu, rupanya tak sempat panas punggung dah sampai. Dekat sangat. Joging pun boleh sampai, hehe.

Kami dah sampai di Mulu Park. Di setiap blog yg saya baca, sesiapa yg pernah sampai disini mesti akan bergambar di welcome signboard ni, jadi kami pun begitu juga lah. Hari ini kami memang merancang untuk pakai baju warna sama iaitu merah.

Then, check in di kaunter untuk dapatkan bilik. Pengurus Mulu Park ini adalah mat saleh.

Kami dapat chalet yang bernama Garden of Eden. Chaletnya nice, ada 2 bilik tidur, setiap bilik ada 4 katil bujang. Memang chalet ni ngam-ngam untuk 8 orang. Ada kerusi untuk istirehat dan ada ruang dapur, tapi dapurnya takde la. Selesa sangat. Di luar ada meja dan kerusi untuk bersantai. Suasana disini sangat tenang, maklum la kawasan ini memang dijaga supaya habitat tumbuhan dan haiwan tidak rosak. TV tidak disediakan. Jadi orang yg datang kesini memang dengan tujuan untuk lari dari kesibukan. No entertainment.

Lepas berehat, solat dan makan tengahari, kami memulakan aktiviti pertama iaitu fast lane dan cave tour iaitu clearwater cave dan wind cave. Kami menaiki bot, saya teruja. Pertama kali naik bot macam ni. Sangat seronok lah.

Kami lalu di persisiran kampung orang asli kaum Penan. Di sini saya lihat masih ada orang yang membasuh kain di sungai. Selalunya saya tengok dalam tv je. Best la pengalaman ni.

Di sepanjang berada di Mulu, saya hanya memakai kasut getah jenama boling ini. Kasut ini sangat bagus kerana ia tidak licin. Serius, saya puas hati pakai kasut ni. Kalau compare dengan kasut hiking yg saya beli beratus-ratus tu, pakai kasut getah ni lagi best. Murah pun murah, dan yang penting kaki saya tak sakit, kuku kaki saya pun tak tercabut macam pakai hiking shoes tu. Tapi mungkin orang lain mempunyai pendapat yg berbeza, but for me this rubber shoes is the best for hiking. Guide pun pakai kasut ni je.

Di sepanjang aktiviti, kita akan jumpa pelbagai spesis flora. Fauna saya jarang jumpa, jumpa yg kecik-kecik tu adalah. Sesiapa yg study pasal botani atau geologi patut datang ke sini.

gambar air menitik

Pertama kali saya masuk gua. Masa study kat Perlis dulu takde pulak sibuk nak pergi gua kelam, bila tiba kat sini rasa teruja. Sungguh hebat ciptaan Allah, menjadikan sesuatu diluar jangkaan kita. Sesuatu yang dijadikanNya di atas, di bawah dan di dasar tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Pergi dan lihat sendiri, you will feel it.

Kejadian Allah dari proses alam semulajadi sejak beribu-ribu tahun lalu, ini lah kesan yang boleh kita lihat sekarang. Harap-harap apa yg saya lihat ini masih bertahan lama supaya anak cucu kita esok boleh sama-sama menikmatinya.

Kami singgah 10 minit di perkampungan orang Penan. Gambar diatas itu adalah rumah panjang orang Penan yang hangus terbakar, kesian kan. Tapi sebenarnya tujuan saya ambil gambar ini untuk melihat gunung yg kat belakang tu, diselaputi oleh awan. Cantik.

rumah orang Penan

Ini adalah sebahagian daripada kraftangan orang Penan. Boleh tahan mahal juga lah harganya. Saya cuma beli keychain dan gelang aje, untuk kenangan. Bukan senang nak sampai di daerah ni, jadi beli lah sikit sebagai ingatan.

Saya nak gelak tengok gambar ni. Handal Kay berlakon, tak dapat beli, dapat bergambar pun jadi lah kan. Saya tak ingat apa nama alat ni, tapi untuk mainkannya harus lah ditiup dari hidung. Pelik kan? Takde sapa pun diantara kami yg berjaya tiup..hahaha.

Salah seorang penduduk kampung yang menjalankan perniagaan di sini. Telinga dia labuh ke bawah. Makcik ni sangat sporting untuk ambil gambar.

Meneruskan perjalanan ke Clearwater cave. Sangat teruja nak mandi sungai di sini kerana airnya sangat jernih, nama pun clearwater cave kan. Tapi kami hampa kerana kami kesuntukan masa, jadi tak dapat la nak menunjukkan skill berenang dan floating yg tak pandai-pandai ni.

Supaya kami tak kempunan sebab tak dapat mandi, kami celup-celup kaki je lah. Jeles jugak tengok mat/minah saleh terjun, takpe...takpe. Sabar aje lah. Untuk pengetahuan korang, air di sini memang jernih dan sejuk. Best kalau dapat berendam.

Masih cerita dalam gua, dalam gua ni kami boleh tengok bayang-bayang batu berbentuk Pinnochio dan orang tengah kissing.

Habis cerita dalam gua, kami meneruskan perjalanan menaiki bot untuk ke Kuala Litut. Sebelum itu kami makan tengahari dulu untuk mengisi perut. Lunch pack ini kami beli di Mulu Park Cafe. Nanti saya akan cerita tentang Mulu Park Cafe ni yer, malas nak cerita sekarang. Ada kisah negatif sikit pasal cafe kat Mulu Park tu.

Lepas habis lunch, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Litut sejauh 8km. Perjalanan mengambil masa antara 2 hingga ke 3 jam, bergantung pada stamina kita lah.
1. Jambatan gantung yg kami lalu dalam perjalanan ke Kuala Litut.
2. Signboard Kuala Litut
3. Track ke Kuala Litut, tak mencabar pun, just jalan straight je.
4. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Camp 5 dimana di sini lah tempat kami bermalam sebelum mendaki keesokannya.


Malam, kami memulakan aktiviti memasak untuk dinner. Di sini sudah disediakan dapur serta peralatan memasak yg lain seperti periuk, kuali dan pinggan mangkuk. Bekalan air semua cukup, cuma elektrik agak terbatas juga lah, dalam bilik pun cuma pasang lampu kecik je.

1. 'Check in' di bilik kami....hehe. Di Camp 5 ni biliknya style macam dorm dan open. Nasib-nasib la kalau terpaksa tidur bercampur dengan orang lain. Masa turn kami ni, kami terpaksa tidur dengan mat saleh..aiiyaakk. Tapi mat saleh tu tidur jauh nun di hujung sana dan kami jauh nun di hujung situ.
2. Fad sedang memotong bawang. Dia antara tukang masak kami di sana.
3. Yes, ada lagi tukang masak rupanya. Bagus..bagus.
4. Dapur dan periuk yg disediakan untuk memasak.

Semasa mereka semua ni sedang sibuk memasak, saya ni kononnya pergi la mandi dulu. Dengan selamba dan beraninya saya mandi seorang diri di bilik air. Suasana dalam bilik air sunyi je. Nanti saya cerita tentang misteri di bilik air Camp 5, tak boleh cerita sekarang. Tungguuuu...



Bersambung...


3 comments:

Kay said...

jeng jeng jeng...

liza aziz said...

nak tahu pasal cerita dalam bilik air tewwwwwwwwwww...
kisah seram kah julie... hehe.

Julie Shahril said...

kay: he...he...he..

liza: nanti kan entry seterusnya yer...nk abeskn dulu cerita pengembaraan,baru msuk citer antuuu...