Thursday, January 20, 2011

Mulu - day 1

Pada 11 Januari yg lalu, seperti yang dirancang dan dibincangkan melalui bepuluh-puluh email, akhirnya impian menjadi kenyataan. Kami 8 orang, perempuan kesemuanya iaitu saya, Nurul, Yat, Fad, Adik, Kay, Huz dan Athirah selamat berlepas ke Mulu menaiki pesawat AirAsia. Oleh kerana AirAsia tidak ada flight direct ke Mulu, jadi kami transit 1 hari di Miri.

Kami berpecah kepada 2 kumpulan dimana saya, Fad, Nurul dan Kay me
naiki flight sebelah pagi iaitu pukul 7.10am, manakala yg lain berlepas sebelah petang. Kenapa kami berpecah? kerana tiket flight la, masa si Nurul nak booking ada sikit problem, so terpaksa lah kami berpecah. Takpe lah yg penting kami semua selamat pergi dan balik.

Kay dan Nurul

Alhamdulillah, penerbangan kami berlancar lancar, tiada delay. Syukur. Pada mulanya macam tak best sebab dapat tiket pagi-pagi buta, maklum la lagi 4 orang tu tengah syok tidur, tapi kami dah kena bergegas pergi airport sebelum subuh untuk check in.

Oleh kerana kami berempat ni sampai awal, kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan sebelum check in di hotel. Di Miri kami stay di Park Hotel, hotel bajet je. Hanya sekadar nak tidur 1 malam je buat apa nak stay kat hotel mahal-mahal kan. Lupa pulak nak snap gambar hotel, tapi bilik dia ok la, selesa.

Then tempat pertama yg Nurul bawa kami ialah makan laksa sarawak. Oleh kerana si Nurul ni pernah kena transfer ke Miri selama 3 bulan, jadi dia tahu kat mana laksa sarawak yg sedap. Ternyata memang sedap. Two thumbs up!! Saya hirup kuahnya sampai licin. Kalau boleh tapau, rasa nak tapau. Saya pernah makan laksa sarawak sebelum ni di KL iaitu di restoran Laksa Shake, tapi tak sesedap laksa yg ni. Jauh bezanya. Sangat sedap. Terima kasih la cik Nurul kerana bersusah payah membawa kami makan laksa sarawak yg lazat ni. Kepada kawan kami yg flight petang tu tak sempat nak merasa la...jangan jelessss.

Oleh kerana kami dapat makan laksa sarawak dan jalan-jalan, kami bersyukur sangat2 dapat tiket flight pagi. Terima kasih cik Nurul.

Laksa sarawak itu dihidangkan bersama sebijik limau kasturi dan sambal belacan. Perghhh...mabelesssss. Nak nangis aku makan sebab sedap sangat.

ini lah warung laksa sarawak yg sedap itu

Actually warung laksa ni terletak di tengah-tengah padang golf. warungnya kecik aje, nak kesana kena merentas padang golf. Hati-hati la kalau nak merentas tu sebab takut terkena bola. Haha. Cuaca sangat baik ketika ini, alhamdulillah tak hujan.

julie & kay

Dah kenyang membedal laksa, on the way nak balik merentas padang golf tu kami sempat lagi snap gambar. Actually orang kat sini tak bagi snap gambar sebab diaorang takut terkena bola. Arghh...aku tak peduli. Nak amek gambar jugak. Berjaya juga lah snap 3-4 keping. Jadi la daripada takde langsung.

Lepas tu kami ke pasaraya Bintang untuk membeli barang makanan sebagai bekalan ke Camp 5. Untuk pengetahuan korang, di Camp 5 tidak ada cafe or restoran or at least warung. Kena masak sendiri. That's why kami yg sampai awal ni kena pergi membeli barang-barang keperluan. Antara makanan yg kami beli ialah maggi, sardin, baked bean, air mineral botol besar, kacang, coklat dan barang keperluan lain seperti bateri, kertas tisu dan seluar track. Seluar track?? ahhaha..ye kawan-kawan, sempat lagi si Yat tu mengirim Fad beli seluar track. Yg Kay pulak terpedaya dengan hasutan harga yg murah, lalu dia pun membeli lah sehelai seluar track.

Harga baju-baju di Miri ni tak ada la mahal mana pun, lebih kurang s
ama je macam kat KL. Saya pun hampir-hampir terpedaya, tapi bila memikirkan beg yg sedia ada tu dah berat, nak tambah lagi dengan baju or seluar baru, tak payah lah.

Dah penat membeli belah, Nurul (selaku guide tour kami di Miri) membawa kami ke Muzium Petroleum. Oleh kerana kami sampai dah petang, jadi muzium ni dah tutup. Kami cuma snap-snap dan posing-posing kat luar je.

ini ialah jacket

syok berpelukan dengan patung

Mengikut sejarah, Miri adalah tempat telaga minyak terawal di Malaysia. Jadi sebagai memperingati telaga minyak pertama ini, satu monument dibina. Seperti biasa lah kami terus berposing dan berpelukan dengan patung-patung ini. Best juga peluk patung..ekekeke.

the grand old lady

Saya tak sure lah kenapa dinamakan the grand old lady. But the 4 of us still young...itu yg penting hokeyy.

Ini adalah monument molekul minyak. Sapa-sapa yg terer kimia tu boleh la huraikan sebatian molekul ni. Aku tau bergambar aje.

Hari dah nak senja, tapi kami masih lagi syok bergambar. Orang-orang kat situ mesti pikir kami ni macam apa agaknya, memanjat sana sini, terjun la, pusing kiri, pusing kanan, gelak...hahaha.

my fav pic

Hari dah makin gelap. Kejap lagi Nurul dah amek kawan kami yg flight petang tu kat airport pulak. Kesian diaorang, flight delay. Kesian diorang tak dapat makan laksa sarawak...ekekeke. Kesian diaorang tak dapat peluk patung..hehehe. Jahat aku kan. Gurau aje...what ever..what ever..

Malam, kami dinner di restoran Muara, juga diperkenalkan oleh Nurul. Apa istimewanya di restoran ini? istimewanya ialah menu Lalapan. Lalapan ni kalau di semenanjung orang panggil Penyet. Tapi penyet di sini lagi sedapppp. Yg dalam gambar kat atas tu ialah lalapan bawal. Puas hati bawal dia besar, sayur-sayur pun banyak, sambal belacan dia mabelesss. Suka..suka. Sori saya lupa harga lalapan bawal ni berapa tapi rasanya RM10, mahal sket dari lalapan ayam.

Sangat kenyang, nak pecah perut rasa nak habiskan nasi ni. Tapi memang sedap. Puas hati. Lepas dinner, kami balik hotel, berkemas untuk perjalanan esok, ke MULU. Yeahh.


Bersambung...



7 comments:

gerbera said...

Laksa tu mengiurkan. Masa pegi Kuching tak sempat nak merasa laksa kat sana. Laksa Sarawak @ laksa shack was ok=ok je.

Berbulu je tengok gambar Mulu korang ni.

whooz said...

next trip minta nurul book kan tiket semua orang pagi ye :P

Fiza said...

Sama-sama...asal kn korang enjoy

Wei hari tu semua org patut dpt flight ptg tp aku ade skit kesilapan technical tu yg terbook pagi....anyway kalu xde aral melintang next trip insyallah aku bw korang plak yea jalan2

xde mase wei nk update apa2pics n storey...busy...hari2 pun balik mlm :-(

Kehelan said...

best laksa sarawak tuh!

j.u.l.i.e said...

miza: lepas mkn laksa shake yg so-so tu aku x pnah ada keinginan nk mkn laksa swak lg,hingga la kt miri haritu,nasib baik rasa dia mabelesss..teringat2 plk nih.

aku nk tggu gmba ko gi gunung irau...

whooz: next trip? gunung mulu? yeahhh...pastikan smua dpt tiket pagi hokeyyy

fiza: bgus la ko 'terbook' pagi..hehe,kalo x tak dpt mkn laksa n jln2.

paiz said...

Salam, nak tanye...

brape rate utk park hotel tu eh.. igt nk stay kt miri jgk satu malam, so nk carik yg betul2 murah.. heheheh

j.u.l.i.e said...

paiz: rate lebih kurang rm85-rm100, bleh check kat sini http://www.parkhotelmiri.com/ , kitaorg amek bilik yg ada 2 katil besar tu.