Saturday, March 12, 2011

Mars need Moms

Tiket Hikayat Merong Mahawangsa sold out! Biasa lah cerita tengah panas. Untuk tidak menghampakan diri sendiri yang dah tercegat depan pawagam, saya layan satu cerita bodoh ni, Mars Need Moms.

Hei, siapa kata cerita ni cerita bodoh? Movie ini adalah movie animasi komputer 3D berkisahkan seorang budak lelaki berusia 9 tahun bernama Milo yang suka melawan cakap ibunya. Sepatah ibunya bercakap, 10 patah dia jawab. Pada Milo, ibunya tidak patut ada didunia ini. Pada suatu malam, ibunya telah diculik oleh UFO dari planet Mars. Milo yang kebetulan ternampak ibunya diculik serta merta berlari untuk mendapatkan ibunya semula. Milo sempat berpaut pada kapal angkasa UFO itu dan sama-sama mengikut pergi ke Mars. Dari situ bermula lah kisah Milo yang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan ibunya dari angkara makhluk UFO yang jahat. Pada ketika itu baru lah Milo tersedar betapa pentingnya kehadiran seorang ibu dalam hidupnya. Ibu lah segala-galanya.

Nampak macam cerita bodoh, tapi sebenarnya mesej yang cuba disampaikan amat lah dalam. Sangat sesuai untuk ibubapa membawa anak-anak menonton filem ini di musim cuti sekolah. Biar anak-anak sedar sikit bahawa seorang ibu itu menyayangi anak-anak mereka lebih dari segala-galanya.

Kalau mak aku tak bagi aku buat rafting di Padas macam mana yer? Erk....

No comments: