Monday, March 14, 2011

wedding jijoe + gunung senyum :)

Akhirnya, Azizul dah selamat menjadi suami kepada Huda, cinta hatinya. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Azizul, my officemate atau nama glamournya Jijoe kerana sudah selamat melangkah ke satu lagi level dengan jayanya. Saya dan kawan-kawan ofis ke Felda Jengka 25 semalam untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan mereka. Sama cantik, sama padan. Handsome pulak aku tengok si Jijoe ni bila dah pakai baju pengantin, haha.

Rupanya di Jengka ini ada gunung yang bernama Gunung Senyum. Kami singgah di hutan rekreasi Gunung Senyum untuk mengambil gambar. Bak kata Nurul@ATL, dah alang-alang sampai sini, singgah la kejap. Bukan jauh sangat pun. Lelaki-lelaki budiman yang lain terpaksa lah melayan kehendak kami ni termasuk lah yg dah kawen dan bawak anak tu. Haha. Ala...ok apa, boleh tengok pemandangan, sedut-sedut angin semulajadi dan yang penting, boleh berhenti solat di surau yang disediakan.

Saya tak pernah dengar pasal Gunung Senyum ni. Tapi ok juga kalau nak buat trip ke sini, boleh camping sekali sebab ada camp site. Masa untuk memanjat ialah 6 jam 45 minit. Tapi saya rasa untuk geng gunung, tambah 1 jam lagi untuk sesi photoshoot.

thanks photographer, Zul,Fadzli and Khairul.
masing-masing bawa kamera canggih-canggih.
nurul? bateri kamera dia kong...


ya, menyusuri jambatan gantung dengan baju kurung..!!!

di sini ada gua juga, kat sini sejuk je..

I like this scenery, but I didn't like the smell

Meor kata, puas hati dapat bergambar? Puasssss....hehehe. Tapi sayup-sayup saya dengar entah suara siapa yg berkata, "tak ada apa yg menarik pun kat sini". Haha..aku malas nak toleh tengok suara siapa, yg penting kami dapat singgah dan snap-snap gambar.

Maybe we can include this in our next activity with geng gunung, tempat tinggal dan makan percuma provided by mereka-mereka yg kampungnya di Pahang. Yeayyy.. siapa kah mereka itu? *SENYUM*



all photos credit to Fadzli and Zul.


8 comments:

Kehelan said...

ehehehe... senyum, tak perlu kata apa²... senyum...

blurr33 said...

kem salam kat m nasir.
tq

Fiza said...

Memang xde yg menarik sgt pun... yg menarik nyer kena explore the caves lah... masuk hutan, baru Best.

Nx time aku kena bw spare battery... menyesal x sudah

whooz said...

nurul,
photographer without batery spare = tak boleh dimaafkan

Kehelan said...

sbb tu la agaknya Nurul ckp tak menarik... bateri takde nak snap gmbo... hahahaha

j.u.l.i.e said...

kay: snyum smbil pikir apa nk masak utk geng gunung...hehe

blurr: bengong..

fiza: pengajaran! hehe

whooz: haha..betul2..

kay lagi: aku setuju!

Fiza said...

Adelah gambo aku amik... ni xde mase nk update blog je nie

j.u.l.i.e said...

fiza: skg ni kamera ko antara yg mnjdi rebutan,smua org tggu...hihi