Tuesday, April 19, 2011

Mount Kinabalu - The last part

Monday, 11 April 2011 is our last day in Kota Kinabalu. Kami akan berlepas pulang ke KL petang nanti. Pagi, ada masa lagi nak jalan-jalan. Selepas bersarapan, kami jalan kaki ke pasar basah untuk mencari lobster. Sebenarnya tak terfikir pun nak beli lobster, tapi oleh kerana ada sorang makhluk Allah kirim beli lobster, kami pun membuat penjelajahan ke pasar semata-mata nak cari lobster si hamba Allah ni tadi.

Saya suka pasar kat sini. Hasil lautnya sangat fresh dan besar-besar. Pasar basah bersebelahan je dengan pasar jual sayur dan buah-buahan. Tapi kena berpanas sikit la jalan kaki.

Kami ke pasar pakai jeans, t-shirt dan sangkut kamera di leher. Jalan sket snap gambar, jalan sket snap gambar. Nampak ikan besar, snap gambar. Nampak udang besar, snap gambar. Nampak ikan yg pelik-pelik sket, snap gambar. Saya rasa orang-orang pasar tu mesti kata kami jakun. Whatever..

ikan warna biru ni namanya Ikan ayam-ayam
1st time saya nampak ikan ni..


lobster...
tapi yg ini dah ada orang tempah...
takde rezeki la hamba Allah yg kirim tu..
kata orang sana skg susah nak dapat lobster sebab bukan musim..
kalau ada pun harga memang mahal...
1 kilo boleh cecah RM60-RM70..


ikan tuna
adik beradik ikan tongkol

ikan buntal..
montel-montel..
kita tak boleh makan, tapi orang sana makan ikan ni..


mak dan bapak lobster takde...
tapi baby lobster ada...
hanya ini yg dapat dibeli sebagai buah tangan...
dah siap paket-paket dalam plastik..
1 paket RM35..
dah selamat masuk dalam perut masak masam manis....
sedap!
!

Dah habis shopping kat pasar, kami jalan-jalan sekitar bandar KK. Ada la satu tempat ni macam menarik perhatian kami, tu pun sebab Miza yg duk cerita sebab dia dah jelajah dulu tempat ni dengan adik dia. Saya tak pasti dulu tempat ni tempat apa, tapi bangunan ni macam dah terbiar. Yg menariknya pada setiap dinding kat bangunan tu penuh dengan lukisan tangan. Kreatif la orang yg melukis tu.

Cair jugak la mekap nak cari tempat ni. Lenguh juga lutut berjalan. Cuaca panas terik tahap gaban. At the end jumpa juga. Sempat la snap-snap gambar 3-4 keping. Tak tahan sebab cuaca terlalu panas. Pedih rasa kulit. Dah la saya tak pakai apa-apa krim UV protection pun.

gambar tuan tanah

di satu sudut dalam bilik kecik

aku pun tak tau nak menggayakan style posing macam mana dah

last-last duk bertenggek kat sini

Suria Sabah..
i think this is the biggest shopping complex in KK

rasa-rasanya la

Kami jalan lagi di tengah-tengah panas terik tu. Akhirnya sampai di satu tempat bersejarah dimana kami geng gunung pernah menjejakkan kaki di sini tahun lepas, Jesselton Point, jeti untuk ke pulau.

geng gunung, ingat tak tempat ni?
buka la balik album lama


panas terik, takde sapa pun duk makan kat meja luar
tapi view sangat cantik


jeti dan bot kepada sesiapa yg ingin ke pulau

3 orang buta minum air dan makan aiskrim

What I want to say about this trip?

Trip ini menghiburkan walaupun perancangan awal untuk rafting di Padas tidak kesampaian. Saya tahu ada orang yg frust. Banyak sebab musabab yg membuatkan rafting itu tidak di izinkan Allah untuk dilaksanakannya. Kita hanya merancang. Mungkin kalau ada umur yg panjang dan rezeki yg terlebih-lebih, kita boleh plan lagi untuk rafting itu. Yang lebih penting ialah fokus untuk menawan puncak kinabalu telah berjaya. Alhamdulillah. Rasanya kalau tak dapat sampai ke puncak kinabalu, perasaan frust itu akan jadi 10x ganda lagi.

Kepada semua yg terlibat dalam trip ini, tahniah kerana telah berjaya walaupun ada yg kecewa. Terima kasih diatas kerjasama, perhatian, kebaikan dan apa-apa juga lah yg ditunjukkan dalam satu pasukan. Korang best.

Kalau Huz, Kay, Athirah dan Yat ada mungkin keadaan akan lebih meriah.

Intan ada tapi macam tak ada.



Apa yang pasti, saya akan merindui Kinabalu.

Dan tak lupa, 3 orang guide yang sangat-sangat baik dan bertanggungjawab, Pak James, Pak Jimin dan Pak Jurimin (Triple J).


**the end**

6 comments:

Kay said...

:)

NHA said...

Aku tak masak lagi pun lobster tu... mak aku tunggu aku ade kt umah dulu baru dia nak masak...hujung minggu ni lah nampak nyer :-)

Julie Shahril said...

kay: (@_@)

fiza: kesian mak ko mnunggu nk mkn lobster..anak dia hyperactive sgt :)

Gerb said...

ATL: Aku nak datang ke rumah ko minggu ni ye.Nak makan lobster

Gerb said...

Ikan biru itu sungguh aneh

Julie Shahril said...

miza: mmg aneh pon,mcm takut plk nk mkn...huhu