Thursday, April 14, 2011

Mount Kinabalu - Part 2

Jumaat, 08 April 2011 pukul 2.00am, kami bersiap sedia untuk menyambung pendakian ke puncak. Dengan suhu sejuk lebih kurang 8 degree C, kami turun dari Gunting Lagadan ke Laban Rata untuk supper. Mesti makan untuk alas perut. Fad dan adik dah bergerak awal ke puncak pada pukul 1.30am di temani oleh Pak Jimin dan Pak James.

Masa ni Zul dah injured teruk. My advise to all climbers, tak kira lah korang memang dah selalu mendaki atau jarang-jarang, harus lah buat training sebelum memulakan
apa-apa saja pendakian, apatah lagi ke Gunung Kinabalu. Ya, gunung kinabalu nampak macam senang, trail tak susah, tapi harus ingat, perjalanan yg harus di tempuh adalah jauh dan suhu sangat sejuk. Training sangat penting, at least korang panjat la bukit apek, tak pun jogging to built stamina.

Saya sangat tak sangka Zul boleh injured teruk macam tu. Bukan sebelah lutut, tapi dua-dua belah. Mungkin masa perjalanan dari Mesilau ke Laban Rata, dia terlalu rushing dan tongkat dia tertinggal di pertengahan jalan. We learned from mistake, don't too rushing and please make a training. It's r
eally important.

Oleh kerana ini pertama kali Zul sampai ke Kinabalu, jadi dia tetap mahu naik ke puncak. Sepatutnya dia tak boleh naik kerana lututnya dah teruk sangat. Kami agak risau dengan ke
adaan dia tapi oleh kerana dia tu lelaki kan, pasti lah boleh punya. Sama-sama la berdoa semuanya selamat.

Pukul 2.30am, kami memulakan perdakian di temani oleh Pak Jurimin.


Enjoy the beautiful view at the top of Mount Kinabalu
2.30am at Laban Rata

3 of us is getting ready to continue our journey..
don't forget to bring your head lamp, and please make sure your head lamp can function well
kesian Miza head lamp dia buat hal..

climbers are struggling up to the top

that's Fikri, sedang bertungkus lumus naik ke atas

oh yes, gambar tuan tanah harus lah ada..

gambar ini diambil selepas solat subuh di puncak, gambar agak bergegar, maklum lah tangan menggigil sejuk..

perjalanan ke puncak juga sangat santai dan rileks. kali ini saya rasa perjalanan lebih mudah berbanding tahun lepas. kenapa ye? mungkin saya tak struggle dan laluan yg Pak Jurimin bawa lebih senang.

hari dah makin cerah

south's peak

di belakang saya itu ialah low's peak, puncak tertinggi di Malaysia dan ke-3 tertinggi Asia Tenggara, puncak yg bakal kami tawan sekejap lagi..

very nice view captured by Fikri
Fikri ni ada bakat juga dlm bab-bab photography ni..
so saya serahkan kamera saya kat dia utk dia snap apa-apa gambar yg menarik


sayup-sayup puncak itu memanggil kami

hi, i'm here to conquer the summit of kinabalu

i like this picture
captured by Fikri


Gorilla's face

gambar yang ditunggu-tunggu..
saya ingin memperkatakan kepada dunia bahawa saya selamat sampai di Low's Peak dengan jayanya, alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT.
I was standing at an altitude 4095.2m above sea level
ini gambar sorang-sorang..


ini gambar bertiga..

ini gambar berempat

saya serahkan ruang kosong ini khas untuk Kay, Athirah, Huz dan Yat..
pandai-pandai lah korang buat super impose letak muka korang kat sini..
ini signboard baru...
rugi tak letak muka kat sini...

saya dan gorilla

Zul gagal ke puncak. If not mistaken, dia hanya sempat sampai di KM8.0, kemudian terus tak boleh jalan. Pak Jimin serba salah antara Fad dan Zul, mana satu nak handle. Bagai di telan mati emak, di luah mati bapak. Atas dasar perikemanusiaan, Fad mengalah. Dia fikir last year dia dah jejakkan kaki ke puncak, jadi kali ini biar lah Pak Jimin dahulukan orang yg sakit. Tapi pada pendapat saya, kalau dah tahu sakit dan tak larat, lebih baik jangan naik ke puncak. Itu yg sebaiknya. What to do, redha saja lah.

Pada mulut memang la Fad kata dia tak kisah, tapi dalam hati siapa yang tahu. Kekecewaan pasti ada.

our shadow, Miza and I

di KM8.5

South's Peak
puncak paling glamour sebab ada pada duit RM1


ingin mengulangi kejadian tahun lepas..
meniarap di puncak..


di KM8.0
jika sesiapa yg gagal ke puncak tapi berjaya jejakkan kaki di KM8.0 ini, mereka dah layak dapat sijil...


donkey's ears

last year tak ambil gambar kat sini..
this year tak lepaskan peluang..


we stop for awhile to snap the picture together with our guides
for your info guys, tahun ni tak sesejuk macam tahun lepas..


di atas puncak pun ada tumbuhan yang cantik..
subhanallah..

Laban Rata Rest House from the top of Kinabalu

di KM7.0

tu dia....Zul kena pikul dibawa turun oleh Pak Jimin
Pak Jimin dukung dia kat tempat yg kritikal saja, selebihnya dia turun sendiri..


Kami turun semula ke Laban Rata juga dalam keadaan santai. Cuaca cerah, langit biru. Guide kata bertuah hari ini tak hujan macam semalam. Kalau tak mungkin kami tak merasa menawan puncak untuk kali kedua.

Kami tiba di Laban Rata agak lewat. Makanan sudah habis, nasib baik Pak Jimin baik hati turun cepat-cepat ke bawah suruh pekerja kat situ simpankan makanan untuk kami. Terima kasih Pak Jimin. Breakfast hanya disediakan sehingga pukul 10.00am sahaja. Kami balik dulu di Gunting Lagadan untuk berkemas pakaian dan barang-barang lain, kemudian turun ke Laban Rata, makan dan berehat. Pukul 12.15pm kami bergerak turun melalui Timpohon Trail.

kami jumpa potter perempuan bawa barang seberat 25kg naik ke Laban Rata

ini lah gambar terakhir yang saya snap semasa dalam perjalanan turun. View di Timpohon tidak secantik Mesilau, jadi saya kurang teruja nak ambil gambar.


Macam-macam hal terjadi aktiviti ke Kinabalu kali ini. Zul injured teruk, adik sampai demam-demam dan muntah, Fad sakit kepala teruk, tak dapat naik ke puncak sebab mengalah dengan keadaan Zul. Walau apa pun, kami selamat naik dan selamat turun.

Di KM3.0 melalui Timpohon, Zul dah kena pikul oleh Pak Jimin. Adik terseliuh, susah nak jalan. Saya sempat tanya Pak Jimin masa di Laban Rata, kalau pikul orang berapa kena bayar? dia kata 1KM = RM250. Tapi atas dasar budi bicara yg baik, Zul cuma kena bayar RM400.

Saya, Nurul dan Miza dah jalan turun lebih awal. Yang lain di belakang. Kami tiba di Timpohon Gate pukul 4.30pm, 4 jam perjalanan. Di pertengahan jalan, hujan turun. Masa dah sampai di Kinabalu Park, kami sentiasa call or sms mereka-mereka yg masih belum sampai.



to be continue....our story in Kota Kinabalu.


7 comments:

Kay said...

aku akan berkata buat sekian kalinya... rinduuuu!

abg zul tu mmg degil skit... sian Fadd... takper laa... Fadd dh bergolek2 dh thn lepas...

tp fikri amik gmbo cantik laa... isk... jeles jeles jeles...

yg bertambah jeles sbb apa, mcm gununug tu korg je yg punya... mcm apa yg aku rasa tahun lepas!

june said...

bravo... wave... tahniah2. sian kak fad, xpa thn depan korang pg lg kot. saya dulu start kat mesilau kol 11am, sampai laban rata around 6pm, dari puncak kol 8am, sampai timpohon gate kol 1pm, kol 12am dah sampai klia. huhu dulu la, sekarang xmampu kot

Gerb said...

Aku paling risau kalo aku akan jadi "penyusah" hidup orang lain

Julie Shahril said...

kay: aku pon rindu juga..,zul tu takde training sbnrnya, at least dia panjat bkt apek ke,joging ke. fikri mmg ada bakat amek gmba,tangan berseni org kata.,yup mmg waktu tu mcm gunung tu kitaorg yg punya sbb xde org sgt..haha...nk guling2 pon boleh cuma x puas sbb kena turun cepat..

june:wahhh...lajunya..tak mampu nak buat laju mcm tu..hehe,mau demam seminggu kot..,x cukup stamina la, lemak byk sgt nih..

miza: tak boleh selfish,kalo rasa x mampu lebih baik jgn buat, kesian kt org len kan..

athirah said...

julieeeeeeeeee..sukenye aku bc blog ko!!! gamba cantik2!! congrats korang!! aku respek kat fad, sanggup mengalah.. ni la namenye semangat sepasukan. ape2pun kita mmg selalu tolong menolong antare satu sm lain kan??
kay..terbakar den tgk gambar mereka cantik2.. ;)

Julie Shahril said...

athirah: thks...tp gmba2 aku x secantik kamera org lain..kamera aku x canggih sgt...huhu...next year pi lagi la...rmai2 plak mcm dlu.

Anonymous said...

wahhh..jelesnyerrrawak dh sampia puncak..doakan sy n member2 berjaya sampai puncak tanpa ada aral yg melintang ek....silalah jenguk blog sy untuk berkongsi citer..
http://syazny7.blogspot.com/