Friday, April 15, 2011

Mount Kinabalu - Part 3

Our mission to Mount Kinabalu has been completed. All of us are successful. Walaupun ada yang tidak kesampaian ke puncak, anggap saja semuanya berjaya. Kami balik ke Kota Kinabalu dengan pelbagai perasaan bercampur baur. Ada gembira, hampa, kecewa, puas hati dan tak sabar nak pergi lagi tahun depan. Hehe.

Saya senyum sendiri teringat kata-kata keramat Miza, aku dah tak nak datang kinabalu lagi...ni last aku dtg. Sekali bangun pagi esok terus cakap, eh next year kita naik Kinabalu lalu Timpohon nak? hahaha...terkekek-kekek kami ketawa. Kan saya dah kata, sekali kita sampai di puncak kinabalu, kita pasti akan rindu, kita pasti teringat-ingat dan terbayang-bayang, kita pasti menyimpan impian untuk kembali ke sana lagi. Trust my word!

Di KK, kami menginap di Hotel Sri Iskandar, dekat aje dengan Hotel DeGalleria yang kita semua stay last year. Tapi kalau nak compare DeGalleria lagi selesa. Paling lawak, nak pinjam iron kena pakai dalam masa 1 jam saja. Kalau lebih dari 1 jam, kena caj RM10. What the hell...

first time jumpa term and condition macam ni, mentang-mentang la hotel bajet

Hari pertama di KK setelah turun dari gunung, kami tak kemana-mana. Badan dah penat, kami nak kumpul tenaga semula. Lepas mandi dan solat, saya baring tengok tv dan tidur melayan mimpi. Esoknya kami bersarapan di kedai mamak berdekatan. Di sini banyak kedai makan mamak. Kedai yang bukan mamak susah nak jumpa, atau kami yang tak tahu di mana. Layan aje lah, yg penting perut kenyang.

Miza balik KL pada hari sabtu. Kena kerja hari Isnin katanya. Puas la kami memujuk supaya jangan balik, macam-macam jenis perjanjian dan pujukan, semua tak berkesan. Siap saya ugut, kalau ko balik jugak ko terkeluar dari geng gunung. Hahahaha. Acah je la.

Lepas bersarapan, kami ke tempat wajib kalau berada di KK, Philipino Market. Saya tak shopping apa pun, mungkin sebab dah puas shopping last year. Tahun ni tak banyak bajet yang keluar. Cuci mata je.

Sebelah malam, kami makan ikan bakar berdekatan dengan Philipino Market tu.


the variety of ikan bakar, sotong bakar, udang bakar dan segala jenis makanan yg bakar-bakar

makanan ni namanya umai, kalau kat semenanjung kira macam kerabu la.
actually itu ialah isi ikan, dicampur dengan bawang, lada dan cuka/perahan asam limau. Not bad.

1 piring kecil tu harganya RM1

ini salah satu jenis rumpai laut. Berbiji-biji, bila gigit macam meletup-letup. Rasa dia agak masin
1 piring kecil tu harganya juga RM1


ikan bakar yg kami pilih. Yg satu tu ikan merah, satu lagi lupa nama ikan apa

bapak segala udang...
tapi kami tak makan udang ni
kami makan udang kecik je


ni pula bapak segala sotong..
tak makan pun sotong besar ni..
makan sotong kecik je..


Gaya Market in Sepia mode

Gaya Market in Black and White mode

dlm byk2 benda yg ada kat gaya market tu, saya suka patung seksi ni...hehe

ni kain ke tudung...rasanya tudung

buah nona

sekitar hotel kami..
tiap2 hari saya singgah 7 eleven tu...


Aktiviti rafting yang dirancang dibatalkan. Saya memang berniat tak nak join rafting di Padas kerana saya tak yakin atau dengan kata lain saya agak takut. Yang lain injured, Zul dah macam tu, adik pun kaki terseliuh, Intan? kalau tunang dia tak join of course la dia pun tak join. Fikri terbang balik KL hari Ahad kerana ada emergency, ayah dia masuk hospital, Miza dah awal-awal balik KL hari sabtu. Yang tinggal betul-betul nak buat rafting hanya Nurul dan Fad. Sudahnya tak buat.

Or maybe kita boleh plan lain kali...and hopefully masa tu saya dah berani. Kenapa la saya boleh jadi takut pulak ni?

Sebagai ganti rafting yang tak jadi, kami ke Kuala Klias. Will continue the story of Kuala Klias later.



to be continue...


4 comments:

hawe said...

baru bace akaknyer entry..gagah sungguh akak panjat gunung tu..kalo hawe mesti dh pancit tgh jalan..hihi

Kay said...

laaa... mati2 aku ingt korg gi padas...

Gerb said...

Setapnye ikan bakar.meleleh air liur aku yg tengah lapar ni

Julie Shahril said...

hawe: x la gagah sgt, kuatkn semangat je,kalo ikutkan stamina mmg x larat juge..

kay: x jadi, mayb next time kot

miza: actually rasa dia so-so je..tp ok juga sesekali merasa makanan org sana.