Tuesday, May 31, 2011

hidup=matematik

Saya terbaca satu ayat, life without a risk is a life not lived. Siapa lah 'hidup' ini jika tidak berdepan dengan risiko dan dugaan setiap hari, dan siapa lah 'kita' ini jika tidak berani menanggung risiko dan dugaan itu.

Bayangkan kalau hidup ini sentiasa bergerak dengan smooth tanpa susah, tanpa dugaan, tanpa cabaran, tanpa air mata dan tanpa kepayahan, pasti hidup ini membosankan. Dengan adanya dugaan dan air mata tersebut, hidup kita lebih 'berwarna'.

Macam dulu-dulu, saya selalu mempersoalkan kenapa kita perlu belajar matematik? Apa pentingnya matematik tu? cukup la sekadar tahu mengira 1 sampai 10, buat apa nak belajar algebra la, kalkulus la...kan menyusahkan kepala otak je. Bukannya dlm hidup kita hari-hari ni nak gunakan algebra untuk beli sayur atau nak guna coordinate untuk pergi kerja. What the hell...

Tapi lama-lama ada orang cakap, matematik tu seumpama kita menyelesaikan masalah tiap-tiap hari dalam hidup. Matematik adalah satu masalah yg mesti kita selesaikan. Contohnya cikgu bagi soalan matematik, sila selesaikan dan hantar jawapan atas meja cikgu pagi-pagi esok. Jadi bertungkus lumus lah kita mencari jalan dan cara bagaimana nak menyelesaikan masalah-masalah matematik itu. Bagi yg tabah dan rajin, mereka akan berusaha untuk mencari jawapan dengan apa cara sekalipun. Kira, congak, bukak buku sifir, hafal formula dan selesaikan. Bagi yg kurang tabah dan malas, tiru saja jawapan orang lain.

Itu lah matematik, seperti mana kehidupan kita hari-hari. Saya dah sedar sekarang bahawa hidup ini bukan setakat macam hafal formula, tapi kena tahu nak gunakan formula tu waktu bila. Ada orang dah hafal berpuluh-puluh formula tapi lupa nak gunakan formula tu bila. Maka salah lah jawapan yg dibuat kerana tersilap formula.

Setiap hari kita berdepan dengan pertemuan, perpisahan, kehilangan, kesedihan dan kegembiraan. That's life. Full of risk, full of challenges. Kalau hari ini kita kehilangan sesuatu, pasti suatu hari nanti kehilangan itu akan diganti dengan sesuatu yg lebih baik. Kalau hari ini berlakunya perpisahan, pasti suatu hari nanti akan ada pertemuan yg lebih indah dan bermakna, kalau hari ini ada kesedihan yg melanda, pasti suatu hari nanti ada kegembiraan sedang menanti. Allah lebih tahu.




note: actually aku pon bukan kuat sangat nak hadapi dugaan....lemah semangat!


No comments: