Endau terletak kira-kira 306km dari Kuala Lumpur dan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam (mengikut kiraan google map) untuk sampai ke sana. Kalau dah biasa drive 3 jam pun dah boleh sampai, tapi tu kena drive macam nak bunuh diri lah.
Saya di besarkan di sini sejak kecik hingga lah habis sekolah menengah. Walaupun anak jati Endau, saya tak habis jelajah pun kampung sendiri. Tempat jauh macam gunung kinabalu dah selamat saya jelajah, tapi kampung sendiri banyak juga tempat yang saya belum sampai. Sadis jugak lah.

Beberapa hari sebelum raya haritu saya keluar jalan-jalan kat kampung...orang putih kata sight seeing. Tempat yang saya paling suka pergi kat sekitar kampung ialah pantai. Di Endau, pantai yang agak famous ialah pantai Penyabong, tapi saya lagi suka pergi pantai Teluk Sari dan Teluk Gorek. Dua tempat ni terletak di Tanjung Resang, salah sebuah kampung yang ada di mukim Endau.
Saya suka pantai di sini kerana keadaan pasirnya yang landai dan bersih, cuma kena bersabar sikit lah dengan bau tahik lembu. Biasa lah lembu-lembu kat sini mana pernah sekolah jadi najis-najisnya bersepah lah atas rumput.
Dulu-dulu masa kecik-kecik memang selalu picnic kat sini. Masa tu tak ramai lagi yang tahu tempat ni sebab semuanya tertumpu kat Penyabong. Sekarang tempat ni dah ramai orang tahu, siap dah ada jalan tar yang cantik, orang pun dah ramai bermandi manda, nak camping pun boleh.

Kat padang ragut ni banyak kerbau, suasananya cantik dan mendamaikan. Boleh lah kalau nak berangan konon-konon berada di New Zealand, hehe.
bawak budak 2 orang ni jalan kat air. Sorang sibuk nak main air, sorang lagi sibuk nak cari anak ketam.
Pantai Pasir Lanun, itu lah nama pantai di Penyabong..
tak pasti lah kenapa nama dia pasir lanun...
banyak lanun agaknya dulu-dulu..
tak pasti lah kenapa nama dia pasir lanun...
banyak lanun agaknya dulu-dulu..
Balik dari pantai, singgah kejap lah kat depan sekolah saya ni, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin (SMKUH). Di sini lah tempat saya belajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Banyak kenangan di sini, terlalu banyak untuk di ingati. Tapi dulu warna bangunan sekolah bukan warna ni, dulu warna lain. Bangunan pun dah bertambah. Sayu je hati tengok sekolah, automatik teringat segala apa yang pernah terjadi dan lalui 14 tahun yang lepas. Lama dah rupanya saya meninggalkan alam persekolahan. Ikutkan hati nak je masuk tapi keadaan masa tak mengizinkan, lagipun tak konfiden nak masuk sesuka hati, takut ada orang marah.
Sesekali balik kampung dah banyak perubahan. Banyak rumah-rumah baru dibina, jalanraya pun dah selesa. Indahnya kampungku. Jemput lah datang ke Endau kepada sesiapa yang belum pernah sampai.
Sesekali balik kampung dah banyak perubahan. Banyak rumah-rumah baru dibina, jalanraya pun dah selesa. Indahnya kampungku. Jemput lah datang ke Endau kepada sesiapa yang belum pernah sampai.
9 comments:
kamu naek pelamin saya sampai..InsyaAllah kalu umur saya masih panjang....
ko bukan asal Masai ke??
ahaha.. ada orang sebut Masai kat sini fulakks.. ahaks
puanLawa: tu wajib dtg...x dtg mmg nk kena..
blurr: cettt...berani ko sebut2 nama masai eh...dulu2 mmg samseng kt sana,skg insap betobat nasuha dah..
en me: tu la...mmg nk kena si budak semenyih tuu..
Padang ragut tu cantik untuk buat photoshoot tu...so bila kita nak buat trip cik kiah ke kampung julie ni....
kerul: jom lah dtg..bleh buat photoshoot dgn kerbau dan lembu skali...hehe
dari rompin, berapa minit eh nak ke area kampung ko nih? cantiklah
dari rompin, berapa minit eh nak ke area kampung ko nih? cantiklah
huz: kalo bwk kete dlm kelajuan biasa 80-100km/jam...30 minit dh smpai...x jauh pon..
Post a Comment