Friday, September 2, 2011

cerita hari raya

Suasana hari raya aidilfitri 2011 agak menyeronokkan kerana dapat bertemu kawan-kawan sekolah lama, ada yang dah berbelas tahun tak jumpa. Actually pertemuan ini tidak dirancang pun. Pada mulanya hanya saya, Ujie dan Watie buat plan nak jumpa.

Lepas calling2 dan mesej2 dengan Ujie dan Watie, kitaorang decide nak jumpa hari raya kedua sebab raya pertama tu agak busy. Belah petang, Ujie pick me up kat umah, terus amek Watie. Untuk pengetahuan umum, dah 13 tahun saya tak jumpa Watie.

Sampai umah Watie, duduk kejap minum-minum dan borak-borak. Watie tak banyak berubah, cuma dia macam dah makin cun dan dah ada anak, kerja cikgu, menetap di Melaka. Ermm...lepas ni senang la saya nak ke Melaka, dah ada kawan, boleh suruh dia bawa jalan-jalan minum coconut shake yang semua orang cakap sedap tu.

Lepas bincang-bincang, kami decide nak pegi umah Emy. Ujie park kereta dia kat umah Watie, naik kereta Watie ke rumah Emy. On the way ke rumah Emy tu, tiba-tiba terserempak dengan Rofdan anak beranak dan Fazli anak beranak jugak. Apa lagi, kecoh lah kejap. Diaorang pun nak follow pegi rumah Emy. Maka beramai-ramai lah kami ke rumah Emy.

clockwise: Watie, Emy, Julie dan Ujie

Actually kami main redah je pegi rumah Emy, nasib baik dia ada kat rumah. Dengan t-shirt lengan pendek dan seluar track suit dia sambut kami, hehe. Dengan Emy pun dah bertahun tak jumpa, masa dia kawen pun saya tak datang. Muka dia tak berubah, cuma makin berisi.

Lepas setel makan minum kat rumah Emy, kami decide pulak nak pegi rumah Herman. Actually Herman ni saudara saya jugak, bukan orang lain. Kami sebaya. Rupanya kat rumah Herman dah ramai kawan-kawan lain. Kecoh betul la, tapi seronok dan meriah dapat berjumpa dan berkumpul ramai-ramai macam ni. Tak sangka dapat jumpa diaorang semua. Masing-masing bawa anak. Haha.

dengan Fazli, agak sengal dia ni..
stay kat JB, kawen dengan Singaporean.
nasib baik wife dia sporting habis...

dia ni pun dah 13 tahun tak jumpa..

dengan Rofdan...dapat jumpa dia raya kali ni..
kerja belayar kat laut je...


Asmahani dan Fazli
Asmahani adalah anak saudara saya...


K.A.M.I
f.r.i.e.n.d.s.h.i.p f.o.r.e.v.e.r


Itu aktiviti raya ke-2. Raya ke-3 pulak saya menziarahi kubur. Nak pergi ziarah raya pertama orang ramai sangat, jadi raya ke-3 lah yang sempat nak pergi, orang pun dah tak ramai. Saya sekeluarga menzirahi 3 kubur di 3 tempat yang berlainan.

mula-mula ziarah kubur di kampung saya lah...Endau.

lepas tu ziarah pula kubur di Rompin, Pahang
saya suka kawasan perkuburan di Rompin,.. sangat bersih dan tersusun.

siap ada signboard arah kiblat lagi...
kelas kau Jah...


akhir sekali ziarah kubur di Pontian, Pahang
kat Pahang pun ada tempat nama Pontian..
dalam daerah Rompin juga..

perkuburan kat sini macam tak terjaga...tak bersih sangat
kalau lalu malam-malam confirm seram..


Ini lah aktiviti saya sepanjang 2-3 hari raya ni. Raya pertama tak amek gamba pun, jadi tak ada lah gambar raya pertama. Raya tahun ni jugak saya berjaya tunaikan azam tak mahu makan banyak, alhamdulillah...kebetulan memang saya tak ada nafsu nak makan, agaknya dah bosan tengok lauk yang sama, pergi rumah orang semuanya makanan sama, jadi saya cuma jamah sikit-sikit aje.


SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA...




2 comments:

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. banyak dpt duit raya cik julieter tewww.. ehehe

Julie Shahril said...

en me: mmg meriah...riang ria di hari raya..