Dengan sekali lafaz, tanggal 19 November 2011, saya sah menjadi isteri kepada suami saya, Ahmad Shahril. Rasa macam bengong-bengong je, betul ke aku ni dah jadi isteri orang? Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
Pada mulanya kami merancang untuk bernikah pada tarikh cute 20.11.2011, tapi sebab takut kelam kabut, mana nak nikah, mana nak siap-siap untuk sanding, jadi kami tukar tarikh nikah pada 19.11.2011. Tak kisah lah tu, yg penting segalanya berjalan seperti yg dirancang.
Saya bernikah genap 2 tahun setelah adik saya nikah. Dia nikah pada 19 November 2009.
Yang paling best, dia tengah sarat mengandung dan hanya menunggu detik-detik nak bersalin. Masa saya tengah duduk nak bernikah...dia sakit nak bersalin. Muahahahahaha...dan dia selamat melahirkan bayi perempuan pada keesokannya iaitu tarikh cute 20.11.2011.
Dhia Yasirah Balqis....nama diberi. Yeayyy...saya dah ada anak saudara. Saya dapat suami dan anak saudara dalam satu masa. Alhamdulillah, rezeki.
sedang dinikahkan..
berdebar-debar masa ni..
saya rasa semua org yg pernah kawen merasai perasaan ini..
berdebar-debar masa ni..
saya rasa semua org yg pernah kawen merasai perasaan ini..
suami menyerahkan mas kahwin
sambil membacakan 'lafaz penyerahan mas kahwin' kepada isteri
mas kahwin negeri Johor adalah yang paling murah..
RM22.50 sahaja..
sambil membacakan 'lafaz penyerahan mas kahwin' kepada isteri
mas kahwin negeri Johor adalah yang paling murah..
RM22.50 sahaja..
membatalkan air sembahyang, salam dan cium tangan suami..
kami tak ada buat babak-babak cium dahi sebab pak imam tak berkenan acara tu..
kami tak ada buat babak-babak cium dahi sebab pak imam tak berkenan acara tu..
close up...
menyarungkan cincin nikah di jari manis sebelah kanan
saya, ketika membaca sesi akujanji dengan mak..
bergenang air mata...
tapi saya dah niat tak nak nangis..
nak happy-happy je..
apabila seorang anak perempuan sah menjadi isteri kepada suaminya..
maka terputus lah tanggungjawab ibu itu terhadap anaknya..
selepas ni saya dibawah tanggungjawab suami saya sepenuhnya..

salam, cium tangan mak..
cium pipi mak..
bohong lah kalau saya kata saya tak sedih..
sedih..
tapi kan dah niat tak nak nangis..
cium pipi mak..
bohong lah kalau saya kata saya tak sedih..
sedih..
tapi kan dah niat tak nak nangis..
lafaz dan akujanji suami sambil meletakkan tangan di ubun-ubun isteri..
Majlis pernikahan kami selesai dalam suasana simple. Saya bersyukur dan gembira kerana apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Selesai majlis nikah, diadakan sedikit jamuan makan-makan. Tak lama lepas tu, hujan turun dengan lebatnya...lebat yang amat lebat. Hujan rahmat kot.
Dah selesai semuanya, maka saya pun memulakan sesi berposing-posing ala-ala poyo.
From top to toe...saya beli sendiri..saya suka baju nikah saya..untuk tudung, saya pakai shawl...saya lebih prefer pakai shawl berbanding tudung ekspress..shawl yg ada banyak manik dan labuci. Nasib baik saya beli tudung sendiri, tudung yg mak andam sediakan sangat lah tak lawa. Ada kawan dah pesan, better sediakan tudung spare in case tudung mak andam tak cantik.
i like my hand bouquet..
nak harapkan bunga tangan mak andam....pada saya hand bouquet mak andam tak lawa..
nasib baik jugak lah Along buatkan bunga tangan ni..
memang tak pakai langsung bunga mak andam..
ini lah sebab kenapa saya tempah hand bouquet sendiri..
yg mak andam punya tidak menepati citarasa saya..

just married..
doakan kebahagiaan kami..
abaikan adik saya kat belakang pakai seluar pendek tu..
dia baru sampai dari Kuantan... :)
doakan kebahagiaan kami..
abaikan adik saya kat belakang pakai seluar pendek tu..
dia baru sampai dari Kuantan... :)
Apa perasaan saya setelah bergelar isteri?
Jawapannya...macam tak percaya. I am married. Saya dah ada suami. Ini lah jodoh saya dan saya berdoa semoga jodoh ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga kami bahagia hingga ke syurga. Amin...doakan kami.

Next story.....sanding.
6 comments:
selamat pengantin baru.. byk jugak lafaz² kat johor ek. sy kawen ngan org johor tp xpenah lak tgk majlis nikah kat johor. seingat sy dulu masa abg saya nikah, xde lafaz² camni. ke sy yg dah lupa. haha. anyway, nice!
Again nak wish... TAHNIAH
Pedulilah org nak cakap POYO ke apa... yg penting once in a lifetime
Cantiklah wei baju akad nikah... berseri-seri
wak pon nak ucap tahniah dan sselamat pengantin baruuu.. eeeeE wak dh datang ni nk komen komennnn.....
Askum..
Selamat Pengantin Baru..
Alhamdullillah, akhirnya kawan aku selamat menamatkan zaman bujangnya :-) aku doakan semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat :-)
Anyway, thanks krn sudi tempah Brooch Hand Bouquet dengan aku :-)
Masa adik aku nikah takde lafaz2 majlis keluarga sakinah...
Masa sepupu aku nikah, ada... Panjang berjela!
Yg tak tahan tu, aku yg sedih pilu... Mujur masa adik aku nikah kat Muar tu takde...
Boleh pilih ke nak buat ke tak?
june: thanks! rasanya dlu xde lafaz2 ni, skg bru ada..mgkin pak imam tu nak bg kesedaran kt pasangan pengantin kot..hehe..
fiza: THANK YOU! yela..skali seumur hidup je bergambo mcm tu..bkn boleh buat tiap2 mggu kan..hahaha..
baju nikah tu boleh simpan buat kenangan, x pon sewa kat org...x pon kalo bila2 aku tiba2 teringin nak pakai..boleh pakai kan..hikhikhik
wak gelas: terima kasih la wak..cantik gmbo2 wak amek..kamera mahal tuu...
zaza: thanks along..suka aku dgn hand bouquet tu..utk pertama kali ko buat dh berjaya...so harap2 lepas ni bisnes ko akan lebih maju.
kay: aku rasa benda ni depends pada pak imam or kadi yg menikahkan tu,mcm aku semua kena baca..lafaz itu lafaz ini, tp bab2 cium dahi tu aku xde buat sbb imam tak berapa suka acara tu, just salam cium tangan je...kalo imam yg tak kesah...bleh je nk cium dahi.
so benda ni trpulang pada imam...bkn kita yg pilih.kalo imam suruh baca, kena la baca.
Post a Comment