Wednesday, November 30, 2011

My Wedding Journal : Bersanding

Pelamin saya simple. Majlis saya pun simple. Simple-simple pun penat jugak. Cerita persandingan saya ni penuh dengan pancaroba sebenarnya. Nak nangis. Tak apa, saya malas nak cerita lagi. Next entry la kita gosip.

Cuma apa yang saya nak cakap ialah perkhidmatan mak andam saya sangat mengecewakan. Siapa yg ada dalam bilik di saat-saat akhir saya nak keluar duduk atas pelamin tahu lah perasaan saya ketika itu. Macam nak menjerit.

Ok tak apa, saya simpan dulu kisah menyayat hati itu.

Majlis persandingan yg pada mulanya diadakan pukul 2 petang dah berubah lambat diatas sebab-sebab menyayat hati tu lah. Walaupun lewat setengah jam, persandingan tetap meriah. Oh, banyak sangat kamera, saya tak tau nak pandang kamera mana satu. Kesian photographer saya terselit dicelah-celah orang ramai. Penat saya nak senyum, sengih..letih urat pipi nak senyum sepanjang masa. Hihi. Tiba-tiba saya rasa macam artis pulak..muahaha.

tunggu pengantin lelaki yg tengah busy bayar tol kat pintu pagar
hahaha..


Tradisi negeri Johor ni memang macam ni, nak boleh sampai ke pelamin tu, habis la duit bayar tol. Mengalahkan tol highway plus. Tapi seronok. Kalau orang luar Johor mesti pelik apasal pulak nak kena bayar-bayar tol ni...nak bersanding pun kena bayar ke. Actually, benda ni just for fun, bukan adat yg wajib, saja suka-suka sebab nak bagi nampak meriah.

Selesai bayar tol baru boleh duduk atas pelamin. So pada siapa-siapa yang nak kawen dengan orang Johor, macam ni lah caranya. Jangan terkejut pulak kalau kena tol. Benda ni saja suka-suka je tau.

Penat nak senyum, seriously...saya dah tak tau nak senyum macam mana, nak pandang kamera mana. Terima kasih kepada yang datang dan menyaksikan persandingan kami.

With GGK: Kay, Amy, Nurul dan Huz. Terima kasih korang kerana sudi datang dan menunggu hingga aku bersanding. Terharu rasanya.

with my adik-adik ipar

Dah lepas bersanding, makan beradab pulak. Saya langsung tak boleh nak telan makanan tu semua, main paksa je makan. Bukan sebab tak sedap, tapi macam tak boleh nak makan dalam keadaan depan orang ramai macam tu. Rasa macam semua mata tertumpu kat saya, tengok saya makan. Macam mana saya nak makan macam tu...tak boleh la...sedap macam mana pun lauk tu, memang tak boleh makan.

Ni cousin saya punya idea. Dia beli coklat bentuk duit emas, suruh saya baling kat budak-budak. Meriah jugak. Berebut budak-budak kat situ kutip coklat. Konon-konon baling syiling emas..hahahaha.

Dah siap makan beradap, bergambar sekejap kat atas pelamin. Masa ni makanan kat meja beradap tu dah selamat kena tibai dek kaum kerabat kami. Diaorang yg kenyang makan lauk pengantin, hehehe.

Lepas tu kami salin pakaian warna gold pulak. Baju yg ini memang khas untuk potong kek dan outdoor. Actually kami bukan potong kek, kami potong pulut kuning. Saya lebih prefer potong pulut kuning, mak saya pun cadangkan potong pulut kuning. Kata mak, kek tak sedap...makan pulut lagi best. Hahaha...ok la, pulut pun pulut la. Saya ikut saja cakap mak, almaklum lah lepas ni saya bukan dibawah tanggungjawab mak lagi.. :(

Ini keluarga mertua saya. Ma dan abah. Masa ni saya datang rumah mertua sekejap, bergambar dan kenal-kenal saudara. Rumah mertua sekangkang kera aje...golek-golek dah sampai :D

Lepas dah bergambar dengan keluarga mertua, kami bersama photographer ke Teluk Lipat, Bukit Tekedai dan sekolah untuk sesi outdoor photoshoot.

Balik dari outdoor....kelaparan! :D

Penat kawen ni eh...


Next entry....outdoor photoshoot.

4 comments:

Anonymous said...

hah apsal mak andam lambat eh?

kitaorang bajet lepas balik dari teluk lipat, ko dah siap makeup, rupanya mak andam baru sampai

Julie Shahril said...

whooz: sbb mak andam aku tu sengal...nanti aku citer next entry

wakgelas said...

tahniah pn julieeee ... wak pon ada tangkap foto kamu kawenn tauuu... cuma wak asyik lupa kok mau kasik hadiahhh yeee... eeeeE wak dah datang niii nk komen komenn.....


http://wakgelas.blogspot.com/2011/11/memori-pantai-pasir-lanun.html

Julie Shahril said...

wak: Ooo...wak ada nk bg hadiah ke...bg la skg..wakakaka..

rajin wak brjalan ke penyabong eh..x pegi ke pulau dkt dgn jeti kayu tu?bleh jln kaki je gi pulau kecik tuu..