Monday, November 14, 2011

Wedding Preparation #1: Daftar

Persediaan perkahwinan yg paling utama dan paling penting dari persediaan yg lain-lain ialah daftar di pejabat agama. Saya kabur-kabur je pasal urusan pendaftaran ni. Saya call Along, kawan lama saya. Dia yg banyak memberi tunjuk ajar dan panduan macam mana cara nak mendaftar. Lepas dia explain semua, baru saya faham.

1) Pergi pejabat agama, ambil borang pendaftaran untuk nikah. Kena bayar rm5 untuk satu borang. Borang nikah kat negeri Johor ni 100% tulisan jawi. Menarik. Kalau negeri lain saya tak pasti tulisan jawi ke rumi. Ada 2 jenis borang, satu borang untuk perempuan, satu borang untuk lelaki.

2) Isi borang, tulis dalam tulisan rumi pun takpe. Saya tulis rumi je, senang. Kalau tulis jawi mau pening diaorang nak baca, hikhikhik.

3) Dah siap isi borang, ketepikan dulu borang tu. Pergi klinik atau hospital untuk buat ujian HIV. Sekarang nak kawen kena buat ujian HIV. Wajib buat.

4) Dah siap buat ujian HIV, pihak klinik atau hospital akan bagi laporan sulit dalam sampul surat untuk dihantar bersama-sama borang pendaftaran tu nanti, kemudian kita kena sediakan dokumen-dokumen yg diperlukan seperti yg tertulis dalam borang pendaftaran. Dokumen-dokumen tersebut ialah:

Dokumen permohonan nikah untuk perempuan:
  • Borang No.2 (ni borang untuk perempuan) yg telah di isi lengkap
  • Salinan I/C
  • Sijil kursus pra-perkahwinan
  • Laporan ujian HIV
  • Salinan I/C wali
  • Surat akuan status bujang
  • Salinan I/C 2 orang saksi lelaki
  • Salinan sijil nikah ibubapa ( ini untuk anak perempuan sulong sahaja, anak perempuan ke-2 atau ke-10 tak payah)
  • Salinan surat beranak (ini pun untuk anak perempuan sulong sahaja)
Dokumen permohonan nikah untuk lelaki:
  • Borang No.1 ( ni borang untuk lelaki) yg telah di isi lengkap
  • Salinan I/C
  • Sijil kursus pra-perkahwinan
  • Laporan ujian HIV
  • Surat akuan status bujang
  • Salinan I/C 2 orang saksi lelaki
  • Surat bukti mastautin (jika alamat pada I/C berlainan daerah/negeri)
Persoalan di sini ialah kenapa untuk anak perempuan sulong kena ada salinan surat beranak dan salinan sijil nikah ibubapa?

Kerana....pejabat agama nak tengok tarikh nikah ibubapa dalam surat nikah itu mesti tally dengan tarikh lahir anak perempuan sulong. Maknanya, nak pastikan anak perempuan sulong ni sah taraf, atau senang cerita, anak halal...bukan anak luar nikah. Jelas? Kalau ada masalah di situ, bapa tak boleh jadi wali. Bab tu agak rumit, banyak benda nak kena setel.

Jangan risau, saya tak ada masalah di situ... :) Tapi penting untuk orang lain tahu benda ni.

5) Bila dah lengkap isi borang dan lengkap semua dokumen, pergi pejabat agama untuk urusan pendaftaran. Di sana, selain kena isi borang secara bertulis, saya juga kena isi borang dan profile lengkap secara online. Tak sangka pulak kena isi segala details secara online. Kesian kat orang sebelah saya masa tu, dia dah agak berumur, nak isi borang online terkial-kial. Saya rasa procedure ni macam tak sesuai. Isi borang manual dah lah kan.

6) Dah siap semua perkara, tunggu untuk di interview. Di negeri Johor ni memang setiap pasangan yg akan berkahwin, kena interview dalam bilik khas. Bersedia dengan soalan-soalan basic pasal agama. Masa interview tu, saya masuk berdua, duduk face to face dengan ustaz tu. Antara soalannya ialah:
  • Macam mana mula-mula kamu berdua ni berkenalan?....serius aku terus gelak kuat depan ustaz tu. Apa ke sengal soalan dia ni kan? Muahaha...ustaz tu sporting sebenarnya, so aku jawab pun main-main sambil senyum-senyum kambing.
  • Mengucap 2 kalimah syahadah berserta maknanya sekali.
  • Rukun nikah
  • Rukun Islam
  • Apa tanggungjawab suami isteri
  • Niat mandi wajib macam mana
Soalan banyak sebenarnya, terpulang pada ustaz tu dia nak soal apa, kita cuma perlu bersedia dan buat rujukan. Saya bukan lah serba tahu dalam hal ehwal agama, oleh itu saya banyak rujuk internet dan buku-buku yg berkaitan. Adik saya juga banyak membantu sebab dia yg kawen dulu dari saya.

7) Dah selesai interview, baru boleh tarik nafas lega sebab bab ini lah yg paling penting. Kata ustaz tu, dah selesai urusan paling penting, jadi awak cuma perlu tunggu tiba harinya saja. Terima kasih ustaz (saya lupa nama dia) sebab banyak bagi nasihat. Oh ya, kata ustaz...orang perempuan kena pandai masak, baru suami sayang. Muahahaha...aku gelak kuat lagi.

Maka, selesai urusan bab pertama. Continue bab ke dua, tungguuu...


3 comments:

zakzak said...

thanks for this entry. mmg berguna tuk saya gak.mgkn tahun dpn nak nikah n wat majlis kenduri few months later.tgkla camne.hehe

all the best dan moga semuanya berjalan lancar.

Kay said...

tak sabar nak tunggu bab budget

Julie Shahril said...

zakzak: thanks...utk awk juga..sharing is caring :)

kay: ye...tu feveret part tuh..