Tuesday, November 15, 2011

Wedding Preparation #2: Tempah kad kawen



Bila selesai urusan pendaftaran di pejabat agama, baru boleh tempah kad kawen. Bukan apa, nak tempah kad kawen ni mesti kena decide dulu tarikh yg betul-betul dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, kalau tak tetapkan tarikh, dan belum selesai urusan pendaftaran di pejabat agama, macam mana nak tempah kad kawen kan.

Tempah kad kawen perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis. Kalau tempah lambat, kita akan tanggung risiko untuk berdepan dengan masalah kad tak sempat siap atau kad lambat nak edar.

Saya tempah kad kawen di tempat yg sama saya tempah untuk adik saya dulu. Google punya google, kaji punya kaji, saya rasa tempat ni lah yg paling murah berbanding tempat lain. Kadkahwinku.com, di sini lah tempahan dibuat. Masa adik saya kawen dulu, semua tempahan saya buat secara online, harga lagi murah. Tapi urusan jadi lambat sikit sebab semua perkara di putuskan melalui email. Oleh kerana saya tak ada masa nak berurusan melalui email, saya tempah terus kat kedai tu. Terletak di Kompleks Hentian Kajang. Oleh kerana saya tempah direct kat kedai, kad kawen saya yg pada mulanya berharga cuma 25 sen sekeping dah jadi 35 sen sekeping. Ia akan jadi mahal 10 sen sebab kita tempah kat kedai, kalau nak murah, kena tempah online. Ok la, mahal 10 sen pun lantak lah, saya malas nak pening-pening kepala, 35 sen ni pun dah kira murah sebab saya tempah kad yg promosi, nama kad kawen saya ialah 'Kasehku'.

Kad kawen saya sangat simple. Saya memang nak cari kad yg paling murah, tak kuasa nak tempah kad mahal-mahal, pada saya ianya sangat membazir. Tempah kad mahal-mahal pun bukan orang simpan. Mungkin ada segelintir orang je yg berminat nak simpan dan kumpul kad kawen, tapi kebanyakan orang akan buang ke tong sampah.

Tapi benda ni terpulang pada bajet masing-masing. Lain orang lain cara dan pendapat. Kalau bajet besar, duit banyak, tak salah nak tempah kad mahal. Terpulang lah.

Saya tempah 1500 keping kad, jumlah harga semua sekali: 35 sen x 1500 keping = RM525.

Kalau kita suruh diaorang pos kad tu, kena bayar caj penghantaran lah, tapi saya berusaha untuk amek sendiri kad tu kat kedai, so jimat lah duit.

Hasilnya, saya berpuas hati dengan kad tersebut, berbaloi dengan harga. Simple dan murah. Along suka kad saya tu, dia kata kad saya sangat lah simple, murah dan tak serabut. Hehe.

Maka, selesai urusan bab ke-dua....urusan bab ke-tiga pulak....tunggu.


7 comments:

Anonymous said...

murah kad tu. good2.

Julie Shahril said...

whooz: murah je huz,x mampu nk tempah yg mahal2

Kay said...

tak sabar nih utk urusan seterusnya...

Julie Shahril said...

kay: aku pon x sabar nk bercerita dan meluahkan perasaan :D

NHA said...

elok juga tu utk panduan kita bersama... hehehe

kinah said...

salam nak tanya.. sy nk tempah online kat kadkahwinku tu..kasehku gak.. tp nk tau pengalaman tempah online ade byk problem tak selain berurusan gune email saje? tq. emel ke sy keynah_meamor@yahoo.com

Julie Shahril said...

kinah: sy dah reply kat email.tq