Sunday, November 27, 2011

Wedding Preparation #6: Persiapan terakhir

Sebelum saya tulis total cost untuk majlis saya ni, saya nak cerita dan share serba sedikit persiapan terakhir saya sebelum majlis bermula.

Untuk jamuan makan perkahwinan saya ni..semuanya diuruskan oleh mak dan abah saya. Duit hantaran saya tak sentuh langsung, digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan membeli barang-barang keperluan untuk jamuan. Daging lembu, ayam, segala rempah ratus, minyak, beras dan macam-macam barang masakan dibeli mengikut kuantiti seperti yang diminta oleh tukang masak.


Percaya tak, duit hantaran tu tak cukup pun nak menampung perbelanjaan jamuan tu, mak dan abah kena tambah lagi beberapa ribu.
Ohh ya, upah tukang masak ialah RM700. Ini ditanggung oleh my parents, tapi tak pasti dia guna duit hantaran atau duit diaorang sendiri. Tak sempat tanya. Terima kasih kepada salah seorang saudara saya kerana bermurah hati nak sponsor kambing. Tapi malangnya saya tak dapat jamah pun kambing tu. Dia memang dah berniat, kalau saya kawen dia nak bagi kambing sekor. Hehehe...terima kasih, hanya Allah SWT saja lah dapat membalas budi baik itu.

Untuk kos perbelanjaan makan damai, saya membelanjakan lebih kurang
(+-)RM100 untuk membeli barang-barang masak...diatas kerelaan saya. Mula-mula mak hanya suruh listkan barang-barang yg nak dibeli, lepas tu biar dia pegi beli. Tapi entah macam mana, sepupu saya ajak pegi shopping barang-barang tu semua, maka saya pun rela hati lah menanggung kos semua tu.

Untuk hiasan bilik pengantin, saya sekeluarga hias sendiri, tak amek pun pakej mak andam tu. Kalau nak amek pakej mak andam sekali dengan hiasan bilik pengantin, saya kena tambah lagi RM300. Hahaha...mak kata, baik hias sendiri, tak payah lah nak membazir RM300 semata-mata nak hias bilik yg tak seberapa tu. Nasib baik ada sepupu sepapat yg terer memanjat dinding, memasang kain untuk tutup dinding bilik dan gantungkan bunga-bunga.

Meh la saya tunjukkan gambar-gambar disepanjang persiapan terakhir saya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Saya jadi jurugambar tak bertauliah...almaklum lah aku ni memang suka amek gambar.

ni sepupu saya, Kak Maria...dia salah sorang sepupu yg jadi spiderman...memanjat tangga untuk pasang kain penutup dinding dalam bilik.

ni lah rupa bilik saya sebelum dihias...macam tongkang pecah..
tengok tu...vacuum pun duk atas katil..


bunga-bunga dan peralatan untuk memasang pelamin

nak pasang tiang pelamin

haa...dah berjaya mendirikan tiang pelamin..
apa lah yg dimenungkan oleh Kak Liza..
itu lah Kak Liza..mak andam saya..


pinggan dan goodiebag tersusun dalam bilik belakang

telur pindang dalam bakul di bilik tengah

ni lah rupa bilik saya setelah dihias oleh pakar-pakar sepupu sepapatku..
sangat simple kan...

atas katil tu hantaran untuk pihak lelaki....warna oren

bunga matahari kat katil tu saya beli last minute...sebab dah kehabisan bunga..

meja solek...

saya nyalakan lilin-lilin yg tersusun atas meja solek

masa ni saya belum letak kipas warna warni kat belakang frame gambar tu..

rendam pulut kuning..
saya tak potong kek..
saya potong pulut kuning..


haaa... ni lah teady bear yg saya letak atas katil tu..
beli di Toy R Us...
harga RM39.90


ini teady bear yg saya letak atas meja guestbook..
harga RM89.90
beli di Lovely Lace, KLCC.


ini bantal kecik saya letak atas katil..
saya beli 2 biji..
harga RM50 (untuk 2 biji bantal)

bantal ni pun beli di Lovely Lace,KLCC
bantal ni boleh buat sendiri...tapi saya dah tak ada masa..
jadi terpaksa lah beli..


Lupa pulak nak cerita pasal baju nikah, actually baju nikah saya beli sendiri di Nilai 3. Sangat murah, murah nak mati...satu set baju nikah (baju+kain+veil) saya beli cuma RM170. Daripada saya sewa dengan mak andam, baik saya beli.

Kos untuk bab ni:
  • Belanja barang-barang makan damai = (+-)RM100
  • Teady bear besar = RM39.90
  • Teady bear kecik = RM89.90
  • Bantal kecik = RM50
  • Lain-lain (bunga dan barang hiasan dlm bilik) = (+-)RM30
  • Baju nikah =RM170
Jumlah kos = (+-)RM480

Jumlah keseluruhan perbelanjaan...saya akan tulis dalam bab seterusnya. :)


No comments: