Wednesday, December 21, 2011

Langkawi - day 3

Seksanya nak update blog dan upload gambar sekarang ni sebab broadband bengong tahap lipan bara. Ini aje yg sempat di upload, tu pun berjanggut menunggu nak upload semuanya, ada lagi yg tak sempat upload tapi tak kuasa dah nak menunggu, penat.

For 3rd day in Langkawi, we have decided to go to Island Hoping. Ada 3 tempat yg akan kami pergi iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Tasik Dayang Bunting dan Helang Feeding. Disebabkan masa kami holiday ni ada LIMA, so dapat lah tengok kapal-kapal tentera di sepanjang perjalanan kami ke 3 tempat itu.

Our 1st visit is to Pulau Beras Basah. Apasal ntah nama dia Pulau Beras Basah, tak tau pulak, belum sempat saya nak kaji.


Untuk mengelak kelihatan seksi selepas mandi, memakai baju berwarna hitam adalah pilihan terbaik :)

Sampai aje di Pulau Beras Basah ni, saya dah macam orang 4 tahun tak jumpa air. Lama tak berendam.

Mandi di Pulau Beras Basah ni best, air jernih boleh nampak ikan tapi ada sebahagian tempat tak boleh nak mandi sebabnya ada obor-obor. Tapi tempat yg saya mandi ni selamat ok, saya mandi di tempat yg betul.

Kami stop di Pulau Beras Basah ni tak lah lama sangat, then pegi pulak ke Tasik Dayang Bunting, tempat paling glamour di Langkawi.

Allah's creation is the best. Bukit yg menyerupai seorang perempuan mengandung sedang baring, that's why this Island is called Pulau Tasik Dayang Bunting.

Ada sesetengah orang percaya kalau nak pregnant minum lah air dari tasik dayang bunting ni. Ohh..ini mcm tahyul tapi mungkin terjadi sebab kebetulan kan. Air di tasik ini sedalam 10 meter (if not mistaken), disebabkan saya dah terlalu lama tak berenang, jadi haruslah memakai life jacket. Tak kuasa nak terkapai-kapai susahkan orang kalau lemas. Safety first.

Ohh, sangat lah berlagak ini orang. Katanya pada saya, apa guna masuk kelas swimming bayar ratus-ratus tapi at the end pakai life jacket. What the what? Yang penting saya selamat dan enjoyyyyy...dah terlalu lama tak berenang, segala teknik-teknik swimming katak dan gaya bebas yg dipelajari dari Kak Syarifah dah semakin pudar dalam ingatan. Kalau nak berenang semula pun bukan di tasik ini tapi di kolam berenang yg ada cikgu renang, boleh tolong pautkan tangan saya kalau saya lemas.

Minah saleh ini satu bot dengan kami. Masa di Pulau Beras Basah dia tak ada sibuk nak mandi pun, tapi bila sampai je kat tasik ni terus bukak baju....warna pink you. Si pinky ni terer berenang, sangat lah jeles saya melihatnya. Ini yg rasa nak masuk swimming class semula ni.

Ohh yes, orang yg sangat berlagak ini akhirnya tercungap-cengap kepenatan. I like. Katanya penat sebab dah bertahun-tahun tak swimming. Huahuahua.

My turn to jump into the lake. Saya sangat lah cuak sebab dah lama tak terjun air sedalam 10 meter ni. Terkapai-kapai rasa kaki dalam air, life jacket sebagai penyelamat. Actually memang syok sangat swimming kat tasik ni, tapi saya penat. Penat ko walaupun pakai life jacket, kena la berenang juga sampai ke tengah. Semput nafas saya. Teringat dulu-dulu lepas habis je swimming class, saya mesti letih sangat dan lapar!

Konon-konon nak berenang gaya bebas, memang bebas pun, entah apa gaya tak tau lah, janji bergerak ke tengah. Ada la mamat-mamat kat atas tu duk perhati, saya buat bodoh aje.

Ohh orang yg sangat berlagak tadi akhirnya pakai life jacket jugak. Huahuahua. Geli hati rasanya. Alasan dia malas nak penatkan diri, dan tak sangka swimming pakai life jacket lebih rileks dan enjoy. Haa...tau pun. Memang rileks habis la sebab tak payah susah-susah nak kuak air untuk floating.

Eagle feeding. Tengok pakcik tu tabur kulit ayam bagi burung helang makan. Banyak gila burung helang, agaknya sebab tu Langkawi ni ada perkataan 'Lang' kot.

Tak puas main air sebab pakcik bot tu ajak balik awal. Tak adil sebab masa ada lagi 45 minit. Terukkan. Apa la yg dia kejarkan nak balik awal, so next time kalau pegi hoping saya akan chartered bot sendiri.

Balik dari hoping, cari tandas awam untuk mandi, kitaorang dah check out dari Mali Best, so terpaksa lah cari bilik air awam untuk bersihkan diri. Lepas siap semua bagai, tunggu Kiddy hantar kereta Waja milik adik ipar dia. Dapat kereta je terus pegi Pekan Kuah, cari kedai jual segala macam jenis produk gamat. Oh ya, kereta Waja tu kami pinjam free-free aje. A big thank you to Udin, si tuan punya kereta.

Masa study kat universiti dulu-dulu, selalu pakai bedak ni. Bau dia wangi, harga zaman dolu-dolu cuma rm4, sekarang....rm6.90. Jauh bezanya kan.

Bedah sejuk untuk kulit bermasalah..

Dah siap shopping kat kedai gamat, cari pulak kedai coklat. Singgah di kedai Haji Ismail Group, coklat di sini murah berbanding tempat lain, tapi pinggan mangkuk agak mahal. Walaupun pinggan mangkuk kat sini mahal, tapi ada jenama. Berkualiti lah.

Pinggan mangkuk saya beli di Idamansuri. Tempat ni sebuah gedung pinggan mangkuk yg besar dan luas, barang-barangnya murah tapi tak ada brand sangat, walaupun murah dan tak branded, pinggan mangkuknya cantik-cantik. Berbaloi untuk beli. Coklat kat sini mahal, so jangan beli coklat kat Idamansuri.

Lepas siap memborong pinggan mangkuk, kami ke Pantai Tanjung Rhu. Pantai ni agak lengang berbanding Pantai Chenang, tak meriah tapi pemandangan cantik.

Pantai Tanjung Rhu

i like this pic..

Kat pantai ni boleh memancing. Ohh ada orang itu dah gian nak memancing bila nampak satu group mamat duk mancing kat situ.

Balik dari Tanjung Rhu, Kiddy dah siap call suruh datang kedai dia di Cable Car, ajak makan Asam Pedas tulang rusuk. Sedapnya. Sampai je sana, hari dah agak petang jugak, Aida ajak naik Duck Tours dulu. Tau tak apa itu Duck Tours? Kenderaan 2 alam, boleh bergerak atas jalanraya dan terus boleh masuk dalam air.

My husband with Kiddy. Ini lah manusia yg banyak berjasa kepada kami sepanjang 4 hari di Langkawi. Dia lah yg sponsor resort, lunch, dinner....naik Duck Tour ni pun free aje.

Sebenarnya tak sangka pulak nak naik Duck Tour. Sampai-sampai aje kat Cable Car, Aida terus ajak naik. Benda free ni kan I like....naik aje lah. Kami di bawa pusing-pusing tengok pemandangan dan bot-bot orang kaya di situ.

Ini salah satu bot mewah milik orang kaya...hehehe...

Tau tak ni apa? ini adalah rumah yg digunakan untuk penggambaran filem 'Ana and The King'. Rumah ni tak terjaga, terbiar macam tu je. Bila dah malam seram pulak saya tengok.

Actually hari ke-3 ini sangat penat tapi enjoy. Malam ni jugak kami tidur kat hostel Kiddy sebab kami dah check out kan...so menumpang kat hostel staf-staf restoran dia. Hostel tu tak ada orang pun, hanya kami berdua.

Esok sudah mahu balik, tapi nak tengok LIMA show dulu.

4 comments:

wakgelas said...

wak pon sonok kalo dapat cuti2 jalan2 travel2 orang sponsor begituuu... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........

Julie Shahril said...

wak: sapa x suka di sponsor wakkkkk...suka sgttttt...rasa nk lagi....tp dpt lagi ke....hikhikhik

Niza Zainal said...

kat tasik dayang bunting tu akak tak berani nak mandi, asik terbayang raksaksa la, loch ness la, sotong kurita la... nak nak tak nampak dasar... tu la byk sgt tengok tivi.. hehehe

Julie Shahril said...

kak niza: tasik dyg bunting tu mmg dalam...x berani la sy nk swimming mcm tu je,mmg x konfiden langsung tp x pnh pulak trbayang rasaksa...hehehe