Thursday, February 9, 2012

highway yang tak macam highway

Sepanjang saya hidup di muka bumi ini, ini lah highway paling sengal yg pernah saya lalu, Senai-Pasir gudang-Desaru Expressway. Nama macam gah tapi tengok lah keadaan jalan yang dikategorikan sebagai 'Highway'.



Cuma ada 1 lorong je, macam jalanraya biasa, tak macam highway yang sepatutnya ada 2 lorong. Nak laju kena memotong kereta depan tapi sepanjang jalan tu kebanyakan tak boleh memotong sangat sebab bahaya, dah terang-terang ada double line. Dah tu tol mahal....rm5.90...hah amek kau, mahal kan.


Yang menjadi gah tu sebab orang kata ada jambatan cantik. Ermm...cantik ke? boleh la. Cuma tak puas hati dengan keadaan jalan yg kononnya highway tapi tak macam highway, tak sepadan dengan tolnya yg mahal. Buat highway macam tak ikhlas je. Persoalan saya kenapa buat highway macam ni ea....



Gambar kurang kualiti sebab snap dari handphone je.

No comments: