Saturday, February 4, 2012

Marche

Marche dalam bahasa Perancis bermaksud Pasar. Ini lah konsep restoran Marche, terletak dalam shopping mall The Curve. Kalau tak kerana Aida dan Kiddy yang nak belanja kami makan disitu, entah bila lah nak merasa makan kat Marche.

Kami sampai agak lewat malam, restoran ni dah hampir tutup. Ini semua gara-gara kecewa tak dapat makan di Look Out Point. Rupanya Look Out Point dah tutup. Hampa. Atas ajakan Aida dan Kiddy dan dengan suggestion dari kawan Aida, kami makan di Marche, sebab lain sebenarnya restoran lain dah nak tutup, hanya Marche sudi menerima tetamu waktu tu.

Restoran ni pelik sikit. Di pintu masuk, kami diberi sekeping pass card untuk order makanan, kalau tak ada pass tu tak boleh order lah. Pada kad tu ada tertulis jenis-jenis makanan yg boleh kita order. Contohnya kalau nak order Pasta, pergi ke stall pasta, cakap nak pasta apa dan hulurkan kad tu. Mereka akan cop pada kad, tandanya kita ada buat order. Hehe. Aneh sikit konsep ni, tapi lain dari yg lain.

Semua makanan yg di order dimasak di situ juga. Pemerhatian saya semua pekerja disitu adalah Melayu.

Melangkah kaki dalam restoran Marche, konsepnya sebijik macam pasar. Aida dan Kiddy juga teruja bila pertama kali masuk dalam restoran yang ala-ala pasar.

Ada banyak stall, stall untuk Pasta, Pizza, Beverage, Salad, Grill Chicken or Beef...macam-macam. Setiap stall dia susun segala macam jenis sayur, buah, bawang pun ada....maklum lah macam pasar.

Ini stall untuk crepe. Saya tak tau apa rasa crepe ni sebab tak order.

Ini untuk dessert

Ini untuk grill foods...chicken grill, beef, lamb

Ini untuk Pasta

Ikan pun ada

Saya order Carbonara Pasta with cream sauce, enak sekali!

My husband order steak, hidangan ini sangat simple, hanya daging semata-mata dalam pinggan with no other side food such as french fries or mash potatos or salad, tapi dia ada bagi mushroom sauce dalam satu mangkuk kecik. Nasib baik sedap.

Saya order air watermelon mixed with red apple, the taste is so-so aje...tak sedap sangat.

Us

Bagi yang sukakan kelainan, boleh cuba makan disini. Harga? sendiri mau ingat lah. Saya agak-agak lah kan....semua sekali harga malam tu tak lari dalam rm300++ or rm400++...huhu. Aida dan Kiddy bukan belanja kami berdua je tapi siap ajak kawan diaorang sekali, masing-masing bawak husband dan anak. Huhu....

Thanks to both of you, Aida and Kiddy, banyak betul diaorang ni sponsor kami, sampai rasa segan. Moga makin murah rezeki kamu berdua.

2 comments:

bain said...

Deme gi Ampang Look Out Point pukul brapa?? Tahun lepas Teman&wife dapat masuk walaupun pkl10malam dah.. rezeki kot..great view of KL & tasty food offered there.. ada masakan arab, piza, western..kalo hari public holiday, harga makanan mahal sikit dari hari biasa..

Julie Shahril said...

bain: lupa nak mention, look out point tu mmg dah tutup terus...tanya kt org kedai bakar kt situ,dioarg ckp kerajaan negeri arahkn smua kdai kt situ ditutup....lebih kurg sebln lepas la tmpt tu totally close....hampa tau!