Wednesday, February 29, 2012

khasiat kismis

Ada macam-macam jenis kismis jual dipasaran. Semua memberi khasiat yang sama, tapi....kismis terbaik ialah kismis yang mempunyai biji kerana biji kismis itu mempunyai kebaikan yang bersifat sebagai anti oksidan dan khasiat-khasiat lain. Ni kakak pasar malam bagitau saya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

Kandungan kismis (bagi setiap 100g):

Potassium 746 mg

Phosphorus 115 mg

Calcium 52 mg

Magnesium 33 mg

Sodium 12 mg

Iron 1.7 mg

Vitamin B 11 mg

Vitamin C 1.3 mg


Khasiat Kismis:

Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.

Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).

Melawaskan pembuangan air besar.

Melindungi hati.

Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.

Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

(Source)

No comments: