Monday, February 27, 2012

asid folik

Saya start amek asid folik kira-kira sebulan selepas kawen. Ada orang 2-3 bulan sebelum kawen dah mula makan asid folik. Masa tu saya tak tau info, ada member suggest suruh makan if you are plan to get pregnant. Masa kat klinik hari tu doktor pun bagi asid folik untuk makan setiap hari.

Bagi yang tak tahu, asid folik ini sangat penting sebenarnya untuk wanita mengandung, ianya untuk mencegah kecacatan tiub saraf yang boleh menyebabkan kecacatan saraf kekal pada bayi.

Info lebih lanjut, baca di sini.

Selain pengambilan asid folik dalam bentuk pil, kita boleh dapatkan asid folik dari sumber makanan semulajadi iaitu daripada sayur-sayuran seperti bayam, bendi, brokoli dan banyak lagi lah. Senang cerita, banyakkan makan sayur dan buah-buahan segar.

So far, hanya ini supplement yang saya ambil, yang lain saya belum berani nak makan sebarang2.


No comments: