Thursday, February 16, 2012

sorok

Haritu kat rumah dah kehabisan minyak masak. Jadinya saya keluar lah dengan husband, pegi pasar malam di Presint 2. Setiap hari selasa dan jumaat ada pasar malam kat situ, meriah, macam-macam ada. Selain Maidin kat Presint 15, pasar malam ni lah tempat saya membeli barang dapur. Tapi Maidin kat Putrajaya ni kecik, tak macam kat USJ. Tu tak kisah lah, ada jugak tempat nak menyoping kan.


Berbalik pada kisah minyak masak ni, dengan bangganya saya pegi ke satu gerai...tanya, ada minyak masak tak? jawapannya, takde kak, dah abes.


Ok fine.


Pegi pulak kat gerai lain, tanya soalan yang sama....jawapannya pun sama, dah abes kak.


Dengan penuh semangat saya pegi gerai lain pulak....tanya ada minyak masak tak?jawapannya...takde kak, dah abes.


Uih....laku betul minyak masak hari ni, semua dah abes. Saya rasa macam aneh sikit. Takkan la minyak masak dah abes terus kot. Jadinya tak ada la bekalan minyak masak di rumah kami hari itu, kesimpulannya aku tak masak la kan, beli aje makanan kat pasar malam. Hehe.


Semalam, saya tengok berita TV3, ada cerita pasal minyak masak disorokkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.


Ohhh....patut la minyak masak dah abes, rupanya ada orang sorokkan.


Saya teringat kes gula yang dulunya pernah takde stok di pasaran, punca yang sama, ada orang sorok.


Tiba-tiba aku jadi marah. Barang-barang terkawal macam tu...ada orang sorok? Kenapa la diaorang buat macam tu? selfish. Lepas tu naikkan harga barang sesuka hati mak bapak dia je.

Lepas ni apa pulak yang diaorang nak sorok? beras? tepung? ieeee...kenapa tak ada orang nak sorokkan rokok eh?


Kan bagus kalau ada orang sorokkan rokok.


Ngeeeee....... :)

2 comments:

Ajamahiyaa said...

setuju di pagi hari.....!
iyerr sgt setuju!!!

SILA SOROK ROKOK2 ITU...

Julie Shahril said...

aja: kannnss....tp xde sapa berani buat...hehe