Sunday, February 12, 2012

Universal Studio Singapore

Kali pertama saya ke Singapore pada tahun 2008 dengan Ana, ikut dia tengok projek di Tuas. Tak sempat nak jalan kemana-mana pun waktu tu sebab masa sangat suntuk. Isnin lepas, saya ke Singapore lagi untuk kali kedua, kali ni nak berjimba-jimba dengan husband dan sepupu-sepupunya. Kami bergerak dari JB beramai-ramai naik bas, saya rasa lebih senang naik bas sebab tak payah fikir pasal transport. Semua dah disediakan, kami cuma bayar apa yang patut. Oh ya, trip kami ni hanya untuk ke Universal Studio (USS).

Untuk masuk ke Singapore kami perlu isi form, tulis dengan lengkap, kalau tak nanti kena marah dengan mamat kerek kat kastam tu. Baik punya sound dia bagi kat aku, tapi takpe, oleh kerana mood saya waktu tu baik, saya buat keras je.

Ini tiket USS, saya tak pasti pulak harga untuk tiket ni berapa sebab saya bayar lump sump terus kat organiser, dia yang uruskan semuanya. So kalau nak tau better you google it. But if I'm not mistaken, the ticket price is around SD68 to SD75, kalau duit kita dalam rm150 gitu...lebih kurang lah.

Sebelum masuk Singapore, saya diberi pesanan oleh husband supaya tukar duit di JB, jangan tukar di KL kerana nilainya tak sama. That's true. Di JB, nilai SD ialah RM237 bersamaan dengan SD100. Kalau di KL, RM241 bersamaan dengan SD100. I dont know why, tapi ikut logik akal saya mungkin sebab kat JB dah jadi kebiasaan diaorang tukar-tukar duit, jadi nilainya rendah sikit, lebih untung. Apa yg saya buat ialah, tukar SD di JB, balik KL tukar RM semula. Untung ok.

Kami bergerak dari JB pukul 8.00 pagi, sampai di USS lebih kurang pukul 10.30 pagi. Macam jauh sangat Singapore tu, kami lambat sebab stuck di kastam Singapore. Beratur panjang gila.

The Lost World, Far Far Away, Madagascar, New York, Ancient Egypt, Hollywood dan Sci-Fi City....7 tempat menarik yang ada didalam USS ini, semua menjanjikan keseronokan, cuma perlu bersedia kekuatan fizikal saja untuk menjelajah kesemuanya. Sci-Fi City adalah tempat baru dimana disitu lah robot Transformer ada, dan rata-rata pengunjung yang datang semata-mata kerana Transformer ni lah.

Ini dalam istana Far Far Away, menanti untuk tengok show Shrek 4D. Nasib baik masuk awal, tak ramai orang lagi.

The show is awesome! Macam real je kena tempias bersin dan labah-labah dikaki. Superb.

my husband before the show begin

Susun atur perjalanan kami mungkin dah tak tersusun sebab bercampur-campur. Ok fine, ini dalam The Lost World park, dimana kita boleh tengok awesome explosions and live water show. Macam ni lah pelakon-pelakon hollywood tu berlakon, ada stunt, tembak menembak...best.

mereka sedang berlakon..

Dalam USS ni banyak toilet, tapi dalam toilet tu cuma ada 1 bilik saja yang ada air, bilik lain semua pakai kesat dengan tisu je. So kalau nak masuk toilet dalam tu kena pergi bilik yang paling hujung, yang ada signboard macam dalam gambar kat atas tu.


Ini dalam Ancient Egypt. Selain Far Far Away, saya suka Ancient Egypt sebab dalam tu ada roller coaster best, selain ianya bersebelahan dengan Sci-Fi City. Syukur sangat-sangat waktu ini cuaca baik, biar lah panas terik takpe asalkan tak hujan.

Macam masuk dalam era firaun pulak. Senibinanya menarik, walaupun hanya gambaran era firaun, tapi suasananya macam betul-betul di Egypt. Cehh..macam lah aku ni penah pegi Egypt...hehe.

Jumpa pulak dengan orang kaki panjang ni.....setiap karektor yang ada disitu..kalau nak bergambar kena beratur panjang memandangkan terlalu ramai pelancung waktu itu.

besarkan patung ni..

Roller Coaster....wajib mencuba. Orang penakut macam saya ni keringkan hati aje lah naik benda ni. Orang kata, dah bayar mahal-mahal tapi skip banyak permainan adalah sangat rugi. Roller Coaster ini ada 2 bahagian, satu yg berwarna biru (kaki tergangtung), satu bahagian lagi yg berwarna merah (kaki jejak tapi dia menggelongsor ke bawah maha dasyat punya ngeri). Saya ni main redah aje....naik yang warna merah. Fuh..aku rasa punggung tak jejak pun kat kerusi tu, macam dah jatuh ke bawah dah. Ngeri tapi seronok. Sampai lebam lengan aku kerana roller coaster ni.

Trust me, it's really fun. Masa beratur tu dada dah berdegup dah, tapi bila dah selesai rasa seronok pulak. Alhamdulillah....saya tak pening pun naik roller coaster ni.

Sci-Fi City.....we want to see the Transformer!!!! This is the best place in USS, trust me. Walaupun sampai sakit kaki beratur panjang semata-mata nak naik roller coaster dalam Sci-Fi City ni, tapi ianya berbaloi-baloi. Sejuk rasa hati bila dapat merasa jadi robot dan berlawan dengan robot lain....jatuh bangunan....fuhhh....memang sangat-sangat best. Rasa nak naik lagi, tapi bila memikirkan kena beratur panjang, takpe lah. Dapat merasa sekali pun dah cukup bagus.

Ini Bumblebee sebelum bertukar menjadi robot. Malangnya Bumblebee yang sebenar muncul ketika saya tak ada di kawasan ni, sangat frust.

Tak dapat jumpa Bumblebee, amek gambar patungnya pun ok la.....dalam hati ni still frust.

Dapat jumpa robot ni je...pun kira ok la.

Actually ini dalam Sci-Fi City ketika sedang beratur panjang. Nasib baik sepanjang beratur tu macam-macam benda boleh tengok dalam tu, kalau tak bosan jugak.

Ada skrin besar, menceritakan pasal robot transformer....macam betul-betul masuk dalam NEST pulak.

Ada benda ni jugak, tak pasti lah apa nama benda alah ni..

Machine, control panel...pun ada...maklum la dunia robot..
masih terbayang-bayang jadi robot....bestnya...

Ini di New York. Tak dapat pegi New York kat US tu, pegi je la New York kat USS. Hehe.

yes i know i am fat...mendadak betol berat aku naik..
dont focus on me, focus on the background...
ekeke...


with the yellow cab...
only in New York city..


Kami bawa bagpack dalam USS ni semata-mata nak bawak banyak makanan. Sorry, saya tak singgah makan langsung kat mana-mana restoran dalam USS ni. The reason is nak save budget, disamping malas nak tertanya-tanya atau terbelek-belek mana satu restoran yang halal. Actually dalam USS ni banyak tempat makan, tapi untuk muslim kena tengok juga kedai tu halal ke tak, forget about the price, focus on the halal signboard. Tapi kami cuma makan bekalan yg dibawa sahaja. Kami selesa macam ni sebab kami berdua sibuk nak jalan, tak ada masa nak singgah-singgah makan. Serius, saya tak lapar sangat sebab excited nak main dan amek gambar.

Tapi jangan makan makanan luar dalam restoran disitu, nanti diaorang marah. Kalau nak makan bekalan sendiri, makan di luar okey. Ada banyak kerusi yang boleh kita duduk dan lepak-lepak, so duduk dan makan di situ, jangan makan dalam restoran.

New York di USS

I saw Marilyn Monroe! Ok fine, we have to queue up....long queue actually...semata-mata nak bergambar dengan minah klon Marilyn Monroe ni.

with Woody Woodpacker...

Ni patah balik ke Ancient Egypt, saja pusing-pusing semula sebab masa mula-mula masuk tadi orang ramai sangat.

Jumpa dengan minah seksi ni....karaktor yang hidup di zaman-zaman the mummy.

dengan lelaki gagah ni pulak...

dengan Frankenstein

Percutian saya cuma sekejap saja, jadi ada beberapa tempat yang tak sempat nak masuk. Dalam Jurassic Park tak masuk dalam pun, just bergambar kat luar aje. Saya banyak habiskan masa beratur di Sci-Fi City dan Roller Coaster.

USS is a nice place for us to have a fun with family or friends. Saya tak shopping apa sangat pun, cuma beli 1-2 souvenir untuk diri sendiri. Pukul 8 malam dah get ready untuk balik. Di sini kami dah dipesan awal-awal supaya punctual. Kalau lambat nanti bas tinggal.

Satu yang saya suka Singapore ialah jalanrayanya, tak ada satu lubang atau bonggol pun dan persekitarannya bersih, huhu. Tak boleh bawa masuk chewing gum, nanti kena tahan. Saya tak explore lagi Singapore secara keseluruhan, maybe next time kalau ada rezeki ke sana lagi, insyaAllah.

































4 comments:

Kay said...

Ko tak main roller coaster kat egypt ke? Putus anak tekak

Julie Shahril said...

kay: main...tp roller coaster kt transformer x dpt aku lupakan...

Anonymous said...

Hi...Salam kenal......baru singgah nie....ha ha ha mesti tegang urat naik stimulation cable @ transformer....

Julie Shahril said...

Norrazariff: hai...ye mmg tegang segala urat naik benda tu,tp berbaloi...rasa nk naik lagi...mmg best!