Tuesday, April 3, 2012

Kaw-Kaw Burger Bakar

Ahad, pegi Seksyen 2, Wangsa Maju nak cari burger bakar yang diperkatakan ramai, termasuk jugak dalam Jalan-Jalan Cari Makan, TV3. Agaknya sebab dah famous, gerai ni tak mampu nak melayan customer yang ramai sampai terpaksa beratur panjang dan amek nombor. Saya rasa macam tak logik nak beratur panjang macam tu, nak beli burger je pun, bukan nak beli handphone.

Tapi sebab teringin sangat nak rasa, aku redah jugak segala dugaan.

Beratur punya beratur, dapat nombor 64. Keringkan hati je lah demi burger bakar. Gila ah nak beli burger kena beratur siap amek nombor macam nak buat IC pulak aku rasa. Sementara menunggu untuk hilangkan kebosanan, saya pegi ke depan meredah dapur tempat diaorang membakar burger. Uhh..orang tengok aku snap-snap gambar macam wartawan dari mana je kan....hehehe.

 Ini daging burger yang hampir-hampir siap nak masak.

 Zoommm lagi....kasi dekat sket...


 ni roti burger...eh ada yang hangus

Saya redah lagi...tapi orang ramai sangat, tak boleh nak pegi dekat-dekat. Pakai zoom je lah. Burger yang siap disusun, menunggu daging yang masih lagi sedang dibakar. Sebenarnya yang membuatkan burger ni lambat siap adalah kerana menunggu daging yang dibakar tu betul-betul masak.

Ini burger yang dah siap, nak hantar kepada customer.

 Double Beef Burger with cheese, RM14

Tepat 2 jam menunggu, akhirnya baru dapat burger yang di order. Saya beli 3 jenis burger; Double Beef Burger with cheese, Double Chicken Burger with cheese dan Double Bacon Burger with cheese. Cakap pasal bacon ni, meh la nak eksplen sikit. Ada orang argue kenapa namanya 'Bacon' sebab bacon tu merujuk kepada b*b*. Ye, saya tau bacon tu istilah yg biasa kita dengar untuk b*b*, tapi di Malaysia ni bacon tu tak semestinya binatang haram tu. Bacon itu ialah daging yang disalai atau di asinkan dan tak semestinya kena guna daging b*b*. Kita guna la daging lembu. Yang jual tu pun orang Melayu, Islam, lain lah beli kat kedai bukan Islam, dah tentu lah haram.

Double Bacon Burger with cheese, RM16
 
Double Chicken Burger with cheese, RM14
 
ini hasil daripada gigitan aku...

Di Kaw-Kaw Burger Bakar ni, kita boleh order apa yang kita mahu. Nak order double ke triple ke atau nak daging 10 tingkat pun boleh, nak setiap lapisan daging ada cheese ke atau nak setiap lapis daging tu ada sayur ke pun boleh....ikut citarasa kita, yang penting bayar aje.

Hasil daripada gigitan saya, Beef Burger adalah paling sedap. Tu ikut tekak saya la, tekak orang lain tak tau. Keseluruhan, burger ni memang sedap sebab dagingnya dibuat sendiri, tebal, sosnya pun sedap. Sosnya nampak macam cair, tapi rasa dia lain, tak sama macam sos dalam botol yang kita beli tu. Mayonisnya pun lain. Cuma masa beli tu diaorang tak letak sos banyak, kalau letak sos banyak sikit lagi sedap kot.

Dah dapat rasa sekali cukup lah, tobat aku tak nak pegi dah sebab tak sanggup nak beratur. Kedai ni bukak pukul 6.30 petang, tapi pukul 6.30 petang tu pun dah ramai orang beratur, so bayangkan lah kalau datang malam....baik balik goreng burger sendiri kat rumah.


12 comments:

CiKPuaNLawA said...

ahaaaaaa....

kans2....sebab tu sampai la ni..
hakak ko nih malas nak kesana....
asal datang jee..dah panjang...uhh

j.u.l.i.e said...

puanlawa: ermm..mmg pon,tp dh dpt rasa skali tu ckup la...takmo pegi dah

Kehelan said...

Weh... Ko tgh pregnant gagah nak beratur... Aku tak sanggup!! Kna gilir2 sejam sorg ni

whooz said...

boleh beratur sambil layan movie 2 jam :D

weh, burger tu nampak sedapppppp

j.u.l.i.e said...

kay: beratur kjap je pastu aku duduk,kt situ belah depan ada kerusi, bleh duduk situ.

huz: 2 jam tu kalo gi ipoh lalu highway dh smpai dh..,beger tu pd tekak aku sdap..

Fiza said...

kalu dh amik no. x payah beratur boleh ke :-)

Kul baper buka nie... aku dh 2X lalu situ... yg 1st x ramai sgt tp sbb nk cari tpt solat so pk2 malas nk patah balik... 2nd time, lalu jer tp tgk queue pnjg giler... emmmhhh forget it

Takpelah... aku tggu cwgn baru dia buka kt area kajang... hehehe

j.u.l.i.e said...

fiza: lepas amek nombor,jgn lupa amek order,then bleh duduk.tggu org pggil nombor kita kalo order dh siap. kalo amek nombor tp x amek order pon x guna menunggu lama.

kalo gitu better tggu diaorg buka cawangan...kt kajang yer? aku x tau plk. lagi dekat n x pyh qada' solat maghrib semata2 kerana nk makan beger...

Julie M Gumpil said...

wah.. nak gila tengok burger ni... nampak sangat sedap.. Hi, saya sebenarnya blogwalking je.. Jemput visit dan follow blog saya ye... tq..

j.u.l.i.e said...

julie: hai...nama kita sama....thks singgah blog sy.. :D

bain said...

peh..tebal siot bergernyer... terliur pulaks... Teman tpaksa melupakannya.. on diet.. kurangkan berat badan... :)

j.u.l.i.e said...

bain: tgh diet? ala...ko bli mkn separuh je...haha

Qbickal Studio said...

Salam,

Nak mintak tolong pomot burger kami pula.

https://www.facebook.com/THUMB.BURGER

^^

T.kasih