google
Kadang-kadang saya selalu berfikir sehingga diluar kotak fikiran. Ada bagus dan ada tak bagus. Yang bagusnya ialah otak kita berjalan, yang tak bagusnya pulak, kadang-kadang bila selalu fikir kita akan jadi tension. Orang selalu kata jadilah manusia yg sentiasa positif. Yup. Betul tu. Tapi kalau tiba-tiba jadi sesuatu yang negatif, apa kita patut buat?
Sebab itu saya selalu fikir hingga diluar kotak fikiran. Kadang-kadang benda tu tak patut difikirkan pun, tapi bagi saya, saya kena fikir, lagi-lagi benda yg berkaitan dengan masa depan atau orang yg kita sayang seperti ahli keluarga, suami, anak-anak etc.
Contoh benda yang saya selalu fikir (fikir....bukan doa) ialah apa akan jadi pada diri aku kalau tiba-tiba aku keseorangan? Sekarang memang tengah berdua, ada orang jaga, ada orang sayang...tapi kalau tiba-tiba benda tu semua hilang sekelip mata, apa jadi pada diri aku? apa jadi pada anak aku? owh...mintak-mintak Allah jauhkan segala yang buruk.
Kenapa saya selalu fikir benda macam tu? Sebab saya dah alami 3 kali mimpi buruk. Mimpi yang membuatkan saya rasa nak menangis. Kenapa aku mimpi macam tu? takde ke mimpi yang happy-happy atau boleh buat aku ketawa lepas terjaga dari tidur? kenapa aku mimpi benda yang buat dada aku sesak?
Mungkin mimpi tu nak memberi amaran atau peringatan untuk diri saya supaya sentiasa memperbaiki diri dari sehari ke sehari. Kalau tak kerana mimpi tu, mungkin saya tak terfikir hingga diluar kotak fikiran.
Sama juga dengan gangguan-gangguan luar. Contohnya, orang stalk kita, add di fb tapi bukan nak jadi kawan, tapi nak jadi stalker, nak mengintip, nak tengok saya berdua ni bahagia ke, happy ke. Orang-orang macam tu dah selamat aku delete.
Betul mak kata, tak semua orang suka kita. Kalau suka pun hanya depan-depan, belakang belum tentu. Kena sentiasa berhati-hati dan pandai jaga diri. Baca ayatul Kursi setiap kali keluar melangkah dari rumah, bawa kereta atau kemana-mana saja. Itu saja lah pelindung yang aku harapkan, hanya pada Dia yang satu.
No comments:
Post a Comment