Wednesday, September 19, 2012

muzium negara


Ada orang tanya, ko dah sarat tu tak penat ke berjalan? Aku jawab, penat! Tipu lah kalau aku kata tak penat. Tapi hati aku nak berjalan, aku gagahi juga bawak badan ni. Jangan mengharapkan aku boleh berjalan laju, jalan slow-slow boleh la.

Hari sabtu haritu aku buat marathon....dari Istana Negara ke Muzium Negara, lepas tu singgah sekejap di Kenanga Whosale City. Dari panas, lepas tu hujan, panas semula...lepas tu mendung balik.

Ahad, Isnin tak keluar-keluar dah. Melepek je kat rumah kepenatan.


Dalam muzium, aku tertarik pada benda ni. Apa benda ni? Ini bukan batu asah atau batu buat rumah ke...ini ialah mata wang timah zaman purba kala dulu. Nampak macam berat je....bayangkan kalau zaman sekarang pakai mata wang macam ni, jenuh nak mengangkut letak dalam beg..nak beli cuma aiskrim sebatang, tapi nak membayarnya....nah makcik...seketul batu..hehehe..

Tapi aku tak pasti berapa nilai seketul mata wang ni...


Di Malaysia, keretapi ini sudah selayaknya masuk muzium, tapi di India, aku rasa keretapi jenis macam ni masih lagi diguna pakai hingga sekarang. Jadi, mari bersyukur.




2 comments:

en_me said...

xper, next time leh datang bertiga pulookk.. ehhee

j.u.l.i.e said...

en.me: hehe...skg ni pun dtg bertiga...cuma dia duk dlm perut..