Tuesday, September 18, 2012

istana negara

Bila aku sebut je..."aku kat Istana Negara...jalan-jalan", kawan aku replied, "Ko buat lawatan ke apa?". Kihkihkih...

Agak susah untuk aku berjalan luar dari KL dalam waktu sekarang, apatah lagi luar dari Malaysia. Jadinya, meh la kita bersiar-siar di kota metropolitan ini saja. Dua tempat aku pergi, Istana Negara dan Muzium Negara. 

Muzium Negara??? Mesti ada orang buat muka bila aku cakap aku pegi muzium. Apa kelas pergi muzium. Macam takde tempat lain nak pergi.

Why not? Suka hati aku lah.

Mula-mula aku ingat kita rakyat jelata ni tak boleh masuk dalam istana, rupanya boleh. Bayaran masuk hanya rm2 sahaja. Masa aku sampai tu, hari tengah hujan. Terkedek-kedek la aku berjalan sambil pakai payung pelangi masuk ke dalam. Ye..ye...patik datang Tuanku. Sori la patik lambat sikit, jalan jem. Takpe....jemput makan dulu....jangan tunggu patik. Kihkihkih.


 Aku jeling dia, dia jeling aku...main jeling-jeling pulak pakcik nih.
ke aku yang perasan....pakcik ni tengah tengok benda lain sebenarnya...hahaha

 Macam pelamin orang nak kawen...cantik.

 Diamond crown for Permaisuri Agung...

Actually semua barang-barang yang di pamerkan di dalam Istana ini adalah barang-barang yang masih lagi diguna pakai...sebab tu ada barang yang tak ada sebab 'sedang digunakan'.

gambar ni bukan rosak atau terpotong dua....memang begitu yer.





2 comments:

whooz said...

ni istana baru ke?

j.u.l.i.e said...

huz: x la...ni istana yg lama,utk org rmai dtg, cuma brg2 dlm tu ada yg masih digunakn lg