Thursday, February 28, 2013

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Macam dah lama tak buat entry pasal makan-makan. Agaknya aku dah jarang makan kat luar, kalau makan pun bukan makan benda yang bombastik. Nak share pun segan, hehe.

Selasa malam, aku anak beranak bergegas ke Seksyen 13, Shah Alam. Kami keluar lepas maghrib, so jalan dah tak berapa jem. Tujuannya nak memenuhi pelawaan kawan kami, Kiddy dan Aida yang datang nun jauh dari utara....dari Langkawi.

Taste diaorang berdua ni memang high class. Bersama diaorang lah aku merasa makan benda yang aku tak pernah makan, thank you so much. Patut la rezeki diaorang ni murah...sebab diaorang tak kedekut dan tak berkira.

Tiba-tiba teringat kata-kata keramat abah aku:
"Kalau kita berkira nak keluar duit, duit pun akan berkira nak masuk dalam poket kita"

Ok, back to the subject. Tempat kami makan ni namanya restoran Laman Grill Steak & Bar-B-Que, milik chef terkenal, Chef Zubir.....dia ni salah sorang juri dalam rancangan Masterchef.

Serius aku memang tak ingat la nama-nama makanan yang dihidangkan, main order je, pastu sibuk dengan si kecik. Nak menikmati makanan pun tak boleh, sebelah tangan tepuk si kecik, sebelah tangan suap makanan ke mulut....macam mana nak menikmati kan...

Layan gambar je lah eh....

Harga makanan...of course...hehehe...mahal pada aku. Kalau dah makan kat restoran chef, takkan harga macam kat warung mak limah kan. Tapi oleh kerana orang belanja....alhamdulillah. Syukran.










Ada luck malam tu sebab chef Zubir ada di restoran, so mintak tolong staf dia panggilkan untuk berposing-posingan kejap. Dia sporting dan tak sombong...hehe, kalau sombong lepas ni takmo datang dah.....kehkehkeh. Sebelah chef tu Kiddy dan Aida...suami isteri yang belanja kami anak beranak....semoga korang berdua murah rezeki.....A BIG THANK YOU FROM US...




4 comments:

SuzieLAWAti said...

tengok je dah sedap...

kompom sedap kan...?!

klu aku tanya alamat kompom jugak ko tak tau...

yang ko tau seksen 13 je kann2..?

(ayat macam nak pegi tapi tengok budget dulu..kot2 ade orang belanjer ok..hheehehe)..

Julie Shahril said...

cpl: nahhh...almt lgkap...

G33, Blok 5,
Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam.

sebelah dgn kolej PTPTL yer...

i tau okeyyyy....

Anonymous said...

gambar no.4 tu lasagna ke? aduhhhh menggiurkan :D

Julie Shahril said...

huz: iyer...lasagna...tp aku lupa nama pnuhnya...hihi...