Monday, February 18, 2013

tak payah la bercuti masa tahun baru cina

aku mengandaikan kalau lah ladang teh di Cameron Highland tu bertukar menjadi ladang bunga Lavender atau bunga ros, lebih kurang macam ni la jadinya kot...
(edited by photoshop)


Cuti raya cina sangat penat. Aku dah lama plan nak bawak family jalan-jalan di Cameron Highland, semenjak Zhareef dalam perut lagi. Bila aku menyuarakan hasrat yang suci murni itu untuk berjalan-jalan di Cameron Highland, boleh dikatakan seluruh ahli keluarga aku teruja, terutamanya adik bongsu aku. Oleh kerana teruja juga, mak aku mengajak makcik aku bersama, mungkin mereka di kategorikan sebagai ipar duai yang rapat, jadi mak pun ajak lah berjimba-jimba di sana.

Aku bagitau mak, tak payah lah ajak ramai-ramai sebab niat asal aku cuma nak berjalan-jalan dengan family sendiri. Tapi bila ramai dah tau, maka ramai lah yang nak ikut. Pada mulanya mak aku suruh aku yang uruskan tempat penginapan, tapi makcik aku yang lagi sorang tu kata, takpe...biar dia yang uruskan. Ok, aku tak kesah. Sekurang-kurangnya tak terbeban sangat tanggungjawab kat bahu aku ni.

Oleh kerana aktiviti ini berlaku pada hari raya cina, maka tempat penginapan tak mencukupi. Hanya sebuah apartment 3 bilik yang agak sempit menjadi tempat tidur kami 7 keluarga. Aku ulangi....7 keluarga. Bayangkan lah macam mana sardin nya rumah tu. Aku rasa kami semua tak ubah macam mangsa banjir yang tidur bergelimpangan menunggu air banjir surut. 

Serius aku serik bercuti macam ni. Maaf cakap, bukan tak happy tapi tak selesa. Aku tahu bukan aku sorang yang rasa macam ni, tapi nak buat macam mana, dah itu je yang termampu makcik aku buat. Aku faham, cuma pada pendapat aku, lepas ni kalau nak berjalan beramai-ramai rombongan cik kiah ni, kena plan awal-awal dan sebaik-baiknya. Kaum keluarga aku ni besar dan ramai. Nak berjalan atau bercuti ramai-ramai kena ada tempat tidur yang selesa. Aku bukan demand, tapi kalau korang tengok keadaan rumah dan jumlah kami yang ramai...mesti korang geleng kepala.

Lagi la aku yang ada anak kecik ni. Kalau aku bujang, mungkin aku tak kesah sangat kot.

Jadi kepada sesiapa yang tak pergi....korang tak rugi apa pun. Tahun depan boleh buat lagi tapi tolong lah organize baik-baik.

Tu baru 7 keluarga...kalau lagi ramai dari tu, aku tak tau jadi macam mana.

Aku lupa pulak nak snap gambar masa bersesak-sesak dalam rumah sebab sibuk melayan si kecik. Tapi aku memang speechless. Nak tak nak redha aje lah. Lucky me, aku dapat tidur dalam bilik. Tu pun share dengan mak abah aku. Takpe lah daripada tidur bergelimpangan kat luar kan.

Jalan di Cameron masa cuti ni pun sesak nak mati. Yup, sesak nak mati. 


7 comments:

CiKPuaNLawA said...

ok.. sila cuti2 raya kat kawasan rumah ja udah... hehee

Daddy Ziyyad said...

7 keluarga dlm satu apartment? Pengsan! hahaha..

Betul tu...kena rancang awal betul kalau nak melancong ramai2 ni...penginapan...itinerary...macam2 lagi...

Saya mmg cuba elak bercuti time public holiday/cuti sekolah sebab nak elakkan sesak/jem/harga hotel mahal...sementara anak2 saya belum bersekolah ni...:)

liza aziz said...

julie, gi cameron highland memang xdigallakn waktu cuti sekolah. alang kan waktu hujung minggu pun sesak..apetah lagi waktu cuti sekolah!. mau pitam nak layan jemnyer tu.. huhu. cukup lah sekali..oh oh. tp plan nak pegi juge bila ada anak ni, mungkin waktu week days kot. senang nak bejalan, xyah berebut parking pe sume..

whooz said...

dah ade pangalaman CNY ke CH. memang serik. No more :D

gerbera said...

Aku tak pernah g cameron time cuti panjang2 ni. Tapi cukuplah mendengar cerita2 ngeri dari kawan2 . Memang tak nak lah menerima nasib yang sama.

j.u.l.i.e said...

cpl: hehe....gi bercuti ke i-city je udah...

daddy ziyyad: terpaksa juga pegi masa CNY sbb masa tu je smua anak beranak ada...kalo x adik x boleh ikut, dia skolah lg...huhu...tp ni last,last n last....x akan pegi sana dah waktu2 sesak mcm tu....serik sgt2.

liza: mmg dh agak akan sesak, tp x sangka pulak terlalu sesak. Huhu...nak memenuhi keinginan fmly n adik2...tu yg pegi jugak. Ingtkan sesak sikit2 je...rupanya...adoi...

huz: ye...aku pun serik..no more cameron on CNY.

j.u.l.i.e said...

boboi: x pyh la...duk umah diam2 layan movie lg best