Monday, February 18, 2013

Teganu kita

aku tak ingat di mana tempat ni, aku nampak satu pokok cantik...cantik sangat, macam bentuk cendawan.

Aku hanya plan nak ke Cameron, bukan ke Terengganu. Tapi entah macam mana termakan kata-kata racun mak aku, tak pasal-pasal pergi Terengganu pulak. Terengganu adalah destinasi pilihan, bukan paksaan. Mak aku ajak sapa-sapa yang nak ikut, sapa yang tak nak, sila balik rumah masing-masing.

Dari Cameron Highland, aku melalui jalan yang penuh liku untuk sampai ke Terengganu. Serius, yang ni pun aku serik. Aku serik sebab termakan kata-kata orang yang mengatakan ada highway baru untuk ke sana. Tapi oleh kerana dah terlajak perahu, tak boleh diundur. Perjalanan yang berliku terpaksa diteruskan. Highway baru yang dikatakan wujud tu belum wujud pun. Yang ada hanya lah jalanraya yang penuh lubang dan becak air hujan.

Aku tahu semua orang menyumpah dalam kereta, termasuk aku.

Tak sempat pulak nak snap gambar keadaan jalan yang teruk gila tu.

Perjalanan ini aku umpamakan seperti mimpi ngeri.

Nasib baik di Terengganu dapat rumah yang lebih selesa. Cuma agak jauh dari bandar, susah juga nak membeli barang keperluan. Aku stay di Kg. Teluk Ketapang, tepi laut. Kat sini banyak nyamuk. Kesian Zhareef kena gigit nyamuk. Tu la dik...kenapa gebu sangat, dah nyamuk geram...,yang pelik tu, dia tak nak pulak hisap darah Dhia....kuikuikui

Kubah As-Sakhra @ Dome of the rock di Palestine.
Ini salah satu monumen yang ada dalam Taman Tamadun Islam.

Di Terengganu, aku agak kabur-kabur nak berjalan kemana. Kali terakhir aku datang Terengganu ialah pada 5 tahun lepas. 

Mak aku ajak pergi Taman Tamadun Islam (TTI). Layan je lah. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM20, untuk baby FOC.

indah jadi bayi...

Lama jugak aku tawaf dalam TTI. Panas+Zhareef buat perangai menjadikan aku tabah. Tabah lah sangat. Orang lain semua dah blah pegi tempat lain, tinggal aku bertiga anak beranak dalam TTI. Bertabah la wahai hati....macam ni kalau berjalan dengan anak kecik.

Apa yang aku suka dengan negeri ini ialah keropok lekornya, serta kuih muihnya. Aku suka apam balik di sini, super duper sedap. Begitu juga dengan pulut panggang. Hancur segala diet. Mak aku cakap....makan! nanti kau lapar.

Iyo lah.


Ini dalam Kubah As-Sakhra @ Dome of the rock. Sebenarnya tak boleh amek gambar, dah ada papan tanda amaran tak boleh snap gambar. Tapi aku....aku kan tak suka ikut peraturan.

Gambar itu ialah replika batu yang nak mengikut Nabi Muhammad SAW naik ke langit semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, satu peristiwa besar dalam sejarah umat Islam. Pada pendapat aku, apa salahnya amek gambar dalam ni, at least orang yang tak pernah datang boleh jugak menatap gambar. Sama juga kalau kita berpeluang pergi ke Palestine, melihat sendiri indahnya Kubah As-Sakhra ini dengan mata kasar, amek gambar untuk kenangan serta tatapan mereka-mereka yang tak berpeluang ke sana. Itu pendapat aku lah.

Masjid Kristal dari kejauhan..



Tak banyak yang boleh aku cerita pasal Terengganu. Mungkin aku tak berapa enjoy sangat sebab penat.


Apa yang aku ingat, sampai hari ni aku terbayang-bayang apam balik Terengganu....macam mana ni....



2 comments:

Kay said...

lalu Grik ke ke teganu?

Julie Shahril said...

kay: dri cameron lalu lojing-gua musang...