Monday, April 22, 2013

alergik kucing

Minggu lepas aku cuti hari isnin dan selasa. Minggu ni pun aku cuti hari ni (isnin) dan esok, selasa. Aku tak tau apa pandangan orang melihat aku yang asyik cuti. Mungkin lepas ni akan keluar memo tak boleh cuti hari isnin dan selasa kot.

Semua ni gara-gara budak bambam tu tak sihat. Apa boleh buat, aku bukan buat perancangan sengaja nak cuti pada hari yang sama 2 minggu berturut-turut. Sakit pening bukan aku yang tentukan. Tak mustahil juga orang tak akan percaya kalau aku cakap anak aku sakit.

Takpe lah, yang penting Allah SWT tau segalanya sebab Dia nampak.

Pagi tadi masa bangun nak pegi keje, budak bambam ni pun bangun nak menyusu. Aku macam biasa la belai-belai kepala dia. Sekali tu aku rasa kepala dia panas, badan dia pun panas. Bukan dedar tapi memang panas. Aku bajet mungkin effect dia nak tumbuh gigi. Tanpa berlengah aku terus bagi makan ubat demam, takut demam dia melarat. Sah-sah jugak aku tak akan pegi keje. Perasaan ini hanya ibu-ibu je yang faham. Kalau yg tak faham tu aku tak tau lah, mungkin deria rasa naluri keibuan dia dah pupus kot.

Tengahari, budak bambam tu naik merah-merah kat muka dan badan. Aku tau dia terkena alergik cuma aku tak tau dia alergik apa. Takkan alergik makan bubur? Owhh sangat mustahil. Bila dah petang merah-merah tu makin banyak. Aku bagi dia makan ubat tahan gatal tapi takde kesan pun. Maka ke klinik lagi aku malam ni. Takpe lah demi anak tersayang aku korbankan apa saja, kalau aku kena marah dengan bos sebab cuti lama pun aku tak kesah. Pada waktu ini perasaan aku memang kering.

Di klinik, doktor check budak bambam ni. Dia bukan setakat kena alergik tapi kena selesema jugak. Badan kejap panas kejap ok. Apa masalah dia sebenarnya?

Doktor tanya, awak ada bela kucing ke? Aku jawab takde, tapi jiran saya rumah tingkat bawah memang ada bela kucing. Bau kucing tu semerbak naik ke atas. Dah ada orang komplen pasal bau busuk kucing tu tapi tuan kucing tu memang tak reti bahasa.

Doktor kata budak bambam berkemungkinan...berkemungkinan la, bukan pasti.., dia alah dengan kucing. Bakteria or segala mikroorganisma jahat tu boleh merebak melalui udara dan udara tu kita duk sedut hari-hari.

So lepas ni aku tak boleh jemur baju bambam kat luar lagi. Oh tuan kucing, esok aku akan ke pejabat untuk komplen!

Sebenarnya bukan bambam je yang gatal-gatal, dengan aku sekali gatal-gatal kat kaki ni. Grrrrr...aku benci kucing. Tapi kesian kucing, bukan salah dia pun. Yang salah tuan dia.

Dah lama aku dan jiran-jiran lain menanggung bau busuk kucing tu, nampaknya tuan kucing ni memerlukan sedikit kekerasan selepas komplen yang dulu dia buat tak endah.

Pernah seseorang bercerita....dia pernah masuk dalam rumah tuan kucing tu. Dia tak boleh bernafas, bau busuk tu mashaAllah...dia pelik macam mana tuan rumah tu boleh hidup dengan keadaan bau yang macam tu?

Aku rasa tuan kucing tu dah sebati kot dengan bau kucing. Tapi tolong laaa..jangan seksa kami jiran-jiran tetangga ni.

Adoilaaa...







13 comments:

Dr Singa said...

lhohh.. kesiannya !!
dah kurang dah hari ni..?

SuzieLAWAti said...

allooohhh... cian dak bambam...

kiah.. ai kopi pes bg gambo kat bos eyhhh...!!

dun wori ai kaber yu...!!...

tasekM said...

kesiannya..

mesti gatal tu.
aku ni suka kucing tapi tak bulih bela sbb asal pegang sikit je bersin.
seteruk2nya aku bersin.



.

Gerb said...

Kesiannya budak debab ni.

Sekarang ada jual air purifier.
Abg aku ada bela kucing, sejak dia pakai air purifier brand coway kat rumah dia aku dah kurang nak terbersin2. Cuma kalau pegang kucing dia mmg kena cepat2 basuh tangan.

Seksa jadi orang suka kucing tapi allergik ni.

Anonymous said...

teruk jugak eh? tak pernah tengok alergik sampai jadi macam ni

mrs.ecam said...

ciannyer dak bambam...aku dl pon cuti jek julie demi ank kn...tp xpe...aku yakin bos2 kt kompeni ko tu phm....derang ok kn???? hekhek
...smoga pasni tuan pnyer kucin dkenakn tindakn yg tegas!!!! eh tnda seru plak...hikss

mrs.ecam said...
This comment has been removed by the author.
Ajamahiyaa said...

ala cian bdk bam bam nih....
kite plak yg emo...apatah lg mak si bam bam....huhuhu...
moga cepat2 baik....kak yie..report!!! jgn x report!!!

cinta said...

thn lps sy cuti sbb bnda2 mcm ni lah. smpai cuti -ve n kena potong gaji n dijadikan alasan commendable turun ke competent. ngehh... hak2. xpe kak julie, Allah maha adil. gambar dak bambam ni leh print 1 n gantung kat kucing tu n letak msj utk tuan kucin. agk2 berkesan x? hee..

Dr K said...

Possible allergic kepada bau kucing tu...dan possible juga bulu bulu halus kucing tu boleh terbang naik ke atas rumah awak...Yg menjadikan keadaan lebih teruk ialah sebab body temperature anak awak tinggi( demam).Generally in baby, kalau suhu badan tinggi/or suhu environment tinggi, mmg majority of them boleh developed heat rash/ruam panas..Hope keadaan baby dah makin sembuh...

PS: Tentang entri breastfeeding tu, saya minta maaf andai tulisan saya menyinggung perasaan awak. Jujurnya saya tak berniat langsung menuding jari pada kes2 ibu yg mana mmg susu nya langsung tidak keluar. Itu bukan niat saya. Cuma saya mmg gunakan medium blog saya sebagai medium utk sebar ilmu dan nasihat perubatan...Sebab mmg dah terlalu banyak patients saya yg memang mengaku 'malas' or ' takde masa' nak breastfeed baby..dan sebab itu susu makin lama, makin kurang.

Tips utk tingkatkan penghasilan susu badan: kena faham konsep rangsangan hormon oxytocin ( dari otak) yg akan merangsang penghasilan lebih banyak susu. Hormon oxytocin ini akan keluar dgn banyaknya bila puting breast di hisap baby. Tu sebab kena sabar biar baby hisap puting(nipple stimulation). Mmg ada kes sampai nipple crack/luka...Ini boleh dikurangkan dgn apply nipple protector.

teknik lain yg boleh dicuba juga ialah ambil ubat maxolon. Ubat ini hanyalah ubat tahan muntah, boleh dibeli di mana mana farmasi/klinik. Ubat maxolon ini bila dimakan 2- 3kali sehari selama seminggu ke dua minggu, Inysa allah boleh rangsang lebih byk penghasilan susu badan.

Julie Shahril said...

kakaksinga: alhamdulillah dah baik..

CPL: kopipes jgn lupa crop mne patut

kakaktasek: bulu kucing tu tak bgus utk kesihatan..

boboi: aku x tau la jiran aku tu guna air apa tp mmg bau busuk hari2..aku rasa dia spesis pemalas nak bersihkan najis kucing tu.

huz: aku pon pertama kali tgk...tu pon sebab kena pd anak sendiri :)

rozi: hahaha...ok..ok la jugak..huhu

aja: dah report dah...tp bila pegawai dtg umah nak check dia xnk bukak pintu..iee..bongok

cinta: skg dah x kesah nak commendable ke apa ke benda ke..yg penting anak dulu...xpe la tak dpt bonus byk pon janji kita tak hilang anak...

daddyziyyad: thanks for the tips. Sy tahu itu hak awk utk tulis apa2 dlm blog, cuma sy tersentap sikit je..agaknya sy memang sensitif kalo berckp soal breastfeeding, sebab sy dah gagal. Masalah utama sy ialah anak sy tak nak langsung isap direct, dia akan menangis, menangis dan terus menangis smpai sy jadi stress. Hari2 mcm tu. Bila pump pulak yang keluar sikit, tu yang rasa sakit hati.

Tapi sy tak salahkan awk...jgn salah fhm, agaknya masa sy baca entry tu hormon sy tengah berubah..huhu.

Sy sangat bersungguh nak bf anak, smpai sy beria beli pump bagai, sediakan itu ini, tapi skg pump tu jadi tunggul je kat umah. Sy tau segala kebaikan susu ibu, nak sgt beri anak susu ibu sepenuhnya, tp mgkin sy xde rezeki dan mgkin juga usaha sy belum cukup. Cuma sy tak suka bila dengar atau baca dimana2, org suka tunding jari mengatakan ibu yg bagi susu fm ni pemalas atau taknak usaha lebih utk bagi susu badan. Ohh..pls jgn tuduh sebarangan. Org tak tau masalah kita jadi jangan sesuka hati nak menunding jari atau menuduh yg bukan2. Ya, mmg betul ada segelintir ibu yg amek jalan mudah dgn memberikan susu fm pd anak dgn alasan xde masa nk pump, tp sy takde niat langsung mcm tu. Kalo org tak pecaya xpe yg penting Allah tau niat sy.

Btw, thank you for your info and advise. Appreciate! :)

wakgelas said...

patutla asek xde hari senin dgn selasa jeew.,ehHHee, memey sian tengok zhareef tu yee.,

Julie Shahril said...

wak: nk wat camne..anak punya psl maknye coti ler...