Wednesday, July 3, 2013

sehari di Melaka, singgah di PD

Dah alang-alang mengutip buah durian, kami bertiga amek kesempatan berjalan-jalan ke tempat lain di Melaka. Cuaca maha panas. Tapi biar panas daripada hujan, kalau hujan tak dapat la nak jalan-jalan. Dan aku anggap aktiviti berjalan-jalan ini sebagai short trip to Melaka.

Sebenarnya aku suka Melaka. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin Melaka negeri yang ada sejarah tersendiri kot, cuma ada 1 perkara je yang aku kurang selesa kat Melaka, iaitu signboard jalaraya yang kecik. Aku yang rabun ni memang susah nak baca signboard. Susah!

Mula-mula ingatkan nak naik beca berhias tu, tapi macam tak sempat pulak. Kebetulan husband aku dah janji nak singgah rumah kawan ofis dia. So kitaorang decide naik Menara Tamingsari dan singgah sekejap kat A Famosa.

 Menara Tamingsari




 nak amek gambar tiket kena buat gaya tangan yang stylo sket..
muahaha
tiket nak naik Menara Tamingsari ni RM10 saja, tapi kena tunjuk mycard.


 View dari atas dalam Menara Tamingsari

 menara ni akan berputar 360 degree
jadi kita boleh nampak keseluruhan bandar Melaka

 Selat Melaka
banyak kapal-kapal besar boleh nampak dari atas

 dan boleh nampak juga betapa padatnya rumah-rumah di situ

 macam kereta mainan

 turun dari Menara Tamingsari, terus keluar melalui kedai souvenir..
typical...mana-mana tempat aku pergi...keluar je...akan jumpa kedai souvenir..
kapal tu sebijik RM15..
tapi aku tak beli pun..
hehe

 lepas tu singgah sekejap di A Famosa..

 candid

 masa nak balik, kami lalu jalan dalam sebab nak singgah Teluk Kemang..

 meriah juga di sini..
panas tapi..
angin kuat...dak Zhareef suka..
dia kan suka tempat ada angin, tempat sejuk..

 kenapa buat muka macam tu dik?

 yes, I can fly
Zhareef: balik kang kompom kena urut leher papa aku nih..

 dak demok

 ada sorang makcik dari Penang, geram tengok dak Zhareef..
terus dia mintak nak dukung dak demok nih..
dan dak demok ni suka gedik..
dak ni memang tak takut orang..

 aku belikan dak Zhareef pelampong..
tapi bukan yang ni..
yang lain..
konon-konon nak bawak dia mandi kolam..



dahh...tu je citer aku.
at the end...takde sekeping pun gamba aku...
uwarghhh....sob sob sob..
ini la nasib tukang amek gamba..


tapi aku tak kesah pon...
hihi..


5 comments:

Dr Singa said...

masih 'cikgu bedah' lagi kah hari ini..?

saya pun suka Melaka. baaanyak benda nak di ketik

CiKPuaNLawA said...

pelampong muat tak..heheheh

julieter said...

kakizat: hari ni x jdi cikgu bedah dah...back to normal..tp still bwk bekal spek mata in case mata buat hal kann..

cpl: muat...i dah test try dah..

cinta said...

Memang patut makcik tu geram. Hmmph..

julieter said...

siti: hihi..tp risau gak org lain dukung anak kita...hehe..tak lepas mata pandang takut kena bwk lari...
hahaha...jahat btol pemikiran.