Wednesday, November 6, 2013

skodeng


Teka ni rumah sapa? hehe ini lah rumah si tuan kucing jiran aku tu. Macam jahat pulak gi curi amek gamba rumah dia. Rumah dia ni tingkat 4, rumah aku tingkat 5, betul-betul atas rumah dia. Ruang tu kat bahagian dapur, tempat sidai baju. Kat situ jugak dia letak kucing-kucing dia.

Actually 2-3 hari lepas, aku saja nak intai kat rumah dia. Nak tengok ada tak kucing, dan dengan niat nak amek gambar untuk jadikan bukti. Maklum lah BPH kata diaorang tak boleh amek tindakan sewenang-wenangnya sebab takde bukti. Cik jah, bukti tu tak akan datang tergolek-golek depan pintu ofis korang kalau korang tak datang sendiri dan skodeng. Oleh kerana korang tak nak bertindak, meh la aku bertindak sendiri. 

Masa tengah skodeng-skodeng tu, mulut aku ni kecoh bercakap.."mana kucing..mana kucing..nak tengok gak"

Tup-tup kebetulan keluarlah si tuan kucing kat situ, aku rasa dia dengar kot suara merdu aku cakap pasal kucing. Aku pun masuk dalam rumah semula. Husband aku kata kenapa tak amek gambar, snap je gambar kucing dengan gambar tuan kucing tu skali, pastu gi BPH tunjuk kat pegawai-pegawai kat situ. Aku suruh adik aku keluar amek gambar. 

Hahh..dan-dan tu lah dia angkut kucing-kucing dia bawak masuk dalam rumah. Takut agaknya sebab dia dengar suara aku duk cakap pasal kucing. Tak sempat lah adik aku nak snap gambar kucing-kucing dia tu. Hampa juga.

Kesan dari tindakan aku tu, sampai hari ni aku dah tak bau kucing. Yes, udara ada sikit segar dari biasa, dah takde bau busuk taik kucing, aku sidai baju pun aman bahagia je, takde bau busuk melekat kat baju.

Aku bukak tingkap depan pun takde bau kucing. Ho..ho..hoo..hoooreeyyyy.

Macam tu rupanya nak gertak dia. Cakap elok-elok buat bodoh je. BPH bagi warning pun dia buat keras je. Hahh..sapa-sapa yang ada jiran selfish macam ni elok lah kita buat kecoh sket. Bukan kecoh apa, biar dia dengar sendiri suara org keliling yang tak selesa dengan apa yang dia buat. Aku tak tau kemana dia angkut kucing-kucing dia tu tapi memang 2-3 hari ni udara sangat clean.

Tau pun takut. Duduk kuarters kerajaan tak boleh bela binatang, kalau nak bela setakat ikan gappy takpe la jah. Ikan gappy bukan mengganggu hidup korang pun. Dan kalau nak bela stakat sekor kucing aku rasa takde masalah asalkan pandai-pandai kau jaga kebersihan. Ini tak, bela tau, jaga kebersihan tak tau.

Tapi kan, aku risau jugak berapa lama udara yang clean ni mampu bertahan. Kot-kot nanti dia buat hal lagi. Kalau dia buat lagi aku tau la nak buat macam mana. Kadang-kadang, bila orang berhati batu duduk berjiran dengan kita, gagal cara baik kita kena buat hati batu jugak. Baru padan muka dia.



10 comments:

t.a.t.a said...

aku baru nak tegur, yang mulut kau bising-bising tanya mana kucing tu buat apa? kan dah keluar tuan nya.

tapi bila ia nya berjaya, aku tak jadi nak tegur. hahaha. tahniah buat kau.

tapi kau rasa something tak? aku rasa something, tapi aku tak tahu nak cakap apa benda nya.

ya, kau beria pergi report, tapi tiada hasil. kerja report ni kiranya dah tahap atas la.

tapi bila kau gertak macam tu aje, simple aje, berhasil kan? simple aje perbuatan kau nak ambil gambar tu, tapi perlukan keberanian, tapi tetap berhasil.

alhamdulillah. aku harap ianya untuk long-term la. tak nak lepas ni berulang lagi.

julie shahril said...

tata: ko rasa something tu apa? cuba explain. sebenarnya aku dah tahap malas nk pikir something ke apa, aku pikir aku nak idup dalam suasana yg bersih dan aman. aku buat mcm tu sbb dah geram, buat aduan pun mcm tu jugak. aku x pasti org BPH ada warning dia lagi ke tak..tapi 3-4 hari ni mmg takde bau busuk. cuma aku risau keadaan ni akan berulang, tu je. hopefully keadaan bersih ni kekal lah.

t.a.t.a said...

itu la rasa something nya.

bila kita bertindak ikut law, tiada hasilnya. tapi bila kita bertindak ikut law sendiri, baru nampak hasilnya.

julie shahril said...

tata: aku xtau la tindakan aku tu btol ke tak tp kalo terpaksa...redah aje.

CiKPuaNLawA said...

jomm.. kita tgok lama mana dia betahan.. menyimpan bau2an kucing dia tuuu.....

Daddy Ziyyad said...

Persoalannya...kat mana dia sorokkan kucing2 dia tu? Tak kan tetiba dia hantar kucing balik kampung?

Jiran2 lain keliling rumah dia, rumah awak, takde komplen kat BPH jugak ke?

julie shahril said...

cpl: japp...kita x pasti kucing2 tu ada lagi dlm umah ke tak..

dziyyad: tu lah persoalannya skg yg saya duk pikir. tapi kan..lepas jadi smua ni, esoknye saya keluar umah turun bawah gi kedai naik lif, ada bau busuk kucing dlm lif tu, ntah2 mmg dia angkut kucing2 dia tu balik kg...sapa tau kan..kalo x knp pulak dlm lif ada bau kucing yg busuk smpai nk muntah? aishhh....misteri btol jiran saya nih.

Dr Singa said...

mesti dia ingat dari sokkabo..
bawak kamera besor eh?!

julie shahril said...

kakizat: alololooo...tak lah, kamera henpon je...kalo bwk kamera besor bole zoom terus dlm umah intai kucing....ecehhh...

gadisBunga™ said...

org ingat org sok kabo le tuuu...

sedangkan kite bawak dak lumix gf3 tuh masuk pasar tani punnnn org ingat orang sokkabo...hahaha!!!!