Wednesday, October 30, 2013

i am not 'somebody'

Aku   : Hello, assalamualaikum, ini BPH ke?

Si Polan   : Waalaikumsalam, ye BPH ni. Ada apa ye?

Aku   : Saya Julie nak tanya pasal kuarters la.

Si Polan   : Ye kenapa?

Aku   : Saya duduk di P18R4 Presint 18, saya nak tanya kalau duduk kuarters boleh bela binatang tak?

Si Polan   : Tak boleh puan, bela binatang memang tak dibenarkan.

Aku  : Ohh, ok, kalau bela jugak macam mana? contohnya bela kucing ke, anjing ke, ada apa-apa tindakan tak?

Si Polan   : Ada. Mula-mula kami bagi amaran dulu, lepas tu kami buat tindakan seterusnya lah.

Aku   : Ok. Saya nak buat aduan pasal jiran saya bela kucing.
Si Polan   : Oooo...ni yang pernah buat aduan dulu tu eh pasal bela kucing kat tingkat 4 tu?
Aku   : Ye, sebelum ni husband saya dah pernah call buat aduan, pegawai BPH ada datang sekali tapi lepas tu senyap.

Si Polan   : Kami tak boleh buat apa-apa dengan orang yang tak boleh bagi kerjasama.

Aku   : Macam ni, anak saya hampir-hampir nak kena asthma, baru-baru ni 3 kali kena masukkan oksigen. Lepas tu dia demam, selesema dan batuk. Husband saya pun selalu tak sihat. Check doktor suspek tibi. 

Si Polan   : Yeke...tapi puan, kami dah pernah datang rumah dia, kami ketuk pintu tapi diaorang taknak bukak pintu.

Aku   : Saya tau. Dia taknak bukak pintu sebab dia salah, nampak sangat dia salah. Boleh tak awak semua do something pasal masalah ni? Anak dengan husband saya selalu sakit-sakit. Bau busuk taik kucing tu kuat gila sampai melekat kat baju yang saya sidai. Saya duduk dalam rumah tak boleh bukak pintu tingkap. Kalau bukak tingkap mesti bau busuk tu masuk. Baju anak saya, kalau basuh saya kena sidai dalam rumah, takut nak sidai kat luar, nanti melekat bau kucing dengan hama kucing tu sekali. Kulit baby kan sensitif.

Si Polan   : Kami dah cuba puan

Aku   : Saya bukan somebody kan, saya bukan sapa-sapa sebab tu aduan saya korang buat bodoh je.

Si Polan   : Bukan buat bodoh puan, kami tak boleh nak terjah masuk dalam rumah orang walaupun itu kuarters kerajaan tapi kami takde hak untuk masuk sesuka hati.

Aku   : Ya, saya tau korang tak boleh masuk sesuka hati. Saya tau. Tapi tolong la buat something. Saya dah tak tahan dengan bau kucing tu. Ke korang nak husband dgn anak saya mati dulu baru korang nak buat tindakan? (aku rasa ayat aku macam kasar gila)

Si Polan   : Tak baik puan cakap macam tu. Ajal dan maut Allah yg tentukan.

Aku   : Ya, saya tau ajal dan maut tu Allah yg tentukan, tapi kita kena la usaha buat something. Sampai bila saya nak bertahan hidup dalam rumah ni? udara tak bersih, terkurung je dalam rumah. Kitaorang sedut udara yg ada dalam rumah tu je, udara tak circulate, udara luar tak masuk sebab tingkap tertutup. Letih la macam ni.

Si Polan   : Macam ni la puan, apa kata puan bercakap sendiri dengan bos saya, Encik Akandar.

Aku   : Ok, boleh.



Aku pun pong pang pong pang cerita balik macam kat atas dengan En. Akandar.

En. Akandar   : Boleh puan bagi nombor telefon puan? Kami akan hubungi kalau ada apa-apa.

Aku   : Boleh. 019-XXXXXXX. Amek skali nombor telefon husband saya, senang bercakap dengan dia sendiri.

En. Akandar   : Ok puan, nanti kalau ada apa-apa saya akan hubungi puan.


Sampai laaa ni...sekor manusia dari BPH takde call aku atau husband aku.

Mungkin aku bukan anak menteri, bukan adik Najib, bukan sepupu Rosmah, bukan anak sedara Muhyidin Yasin. Sebab tu kata-kata aduan aku tak laku langsung.

Kalau aku anak Menteri Belia dan Sukan, hari ni aku buat aduan, esok dah setel.

Betul tak?

Atau tunggu ada kes kematian kat kuarters tu baru diaorang keluar nak siasat nak buat tindakan.







10 comments:

aizamia3 said...

terlalu banyak kerenah birokrasi dalaman, tu yang tindakan lambat diselesaikan.

cinta said...

kang masuk paper kluar tv baru terhegeh2 nak bertindak. biasa tu..

t.a.t.a said...

aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi aku memang bersimpati pada kau.

dalam hal-hal macam ni, bila tiada kerjasama dari semua pihak, bila kita bertindak mengikut undang² sendiri, kita akan disalahkan. tapi bila kita berharap pada pihak berwajib, mereka buat tak tahu aje. mereka kata mereka dah cuba, tapi mereka tak cuba dengan bersungguh².

kau tak cuba slow-talk dengan jiran tu ke?

julie shahril said...

aizamia: ye saya menyampah dgn kerenah birokrasi tu.

siti: blom tahap nak msuk paper or kuar tv lagi sbb isu kecik kan...kecik je, kecik sgt, org tak pandang pun.

tata: aku penah terfikir nak bagi surat layang kat jiran aku tu. penah juga terfikir nak pegi rumah dia dan cakap sendiri tapi aku memerlukan kekuatan mental sebab aku takut aku tertinggi suara dan jadi perbalahan, aku takut aku tak boleh kontrol temperature aku ni. aku pelik knp jiran2 lain buat bodoh je, diaorang suka kot bau taik kucing tu. kalo aku buat tindakan sendiri kang org kata aku memandai2...maklum la mulut manusia. kecuali dah terkena pada batang hidung dia sendiri baru dia tau.

t.a.t.a said...

tapi kan kalau pun mental kau kuat, penerimaan jiran kau tu macam mana? mesti akan timbul pergaduhan juga. manusia ni kan kalau ditegur mesti akan melenting atau pun tak puas hati. tak kisah la betul atau tidak apa yang ditegurnya tu.

mungkin jiran lain takde masalah kesihatan kot.

julie shahril said...

tata: ye aku tau mmg akan timbul pergaduhan, paling tak pun masam muka, tu yg aku taknak dan kalo boleh nak elakkan, tapi dia selfish gila. mmg payah dpt jiran mcm tu, so skg ni aku dah penat nk berckp mengadu smua bagai, tawakal je lah, bak kata si polan kat BPH tu, ajal maut di tangan Allah. Budak tak abes skolah pun boleh keje kat situ kalo mcm tu ayat yg dia bagi.

t.a.t.a said...

tang si polan tu pulak, memang sakit hati. macam tak bersungguh-sungguh. memang pun ajal maut di tangan Dia, tapi kalau kita tak berusaha tak jadi apa la.

orang Malaysia ni biasanya akan ambil ringan kalau bukan hal dia. tapi bila berlaku pada dia, dia akan buat onar satu dunia. kenapa tiada siapa nak tolong aku? kenapa orang buat tak tahu pada aku? kenapa? kenapa? --wah emo ni.

itu la hasilnya.

julie shahril said...

tata: biasa la sapa nak dgr aduan aku ni, julie anak en.ahmad, bukan julie anak dato seri ahmad. pangkat tu memain peranan besar.

t.a.t.a said...

dalam sesuatu hal susah kan bila pangkal abah kita takde dato', dato' seri, tan sri bagai.

Ajamahiyaa said...

haaa molek la tuh..aja pon tgh berkonflik kucing...harap kucing2 ni x bawak mudarat kt uma aja..huhuhuh...

moga dpt setel kes cepat2 la yer..sian zhareef...huhuhu..