Thursday, December 5, 2013

musim tengkujuh

Minggu lepas aku balik kampung sebab adik ipar aku kawen. Majlis selesai dengan jayanya walaupun cuaca tak berapa cantik. Sekejap hujan sekejap berenti. Tapi nasib baik tak lebat macam keesokan harinya....sampai banjir klinik Endau tu.

 tak pernah dalam sejarah klinik kat kampung aku banjir..

dalam klinik..
muka M.A dengan nurse ketat je masing-masing..
hehe..tension doh klinik banjir..

Esoknya pulak aku dapat perkabaran Mak Long dan Paklong anak beranak kena banjir jugak. Mereka semua diarahkan berpindah. Lokasi penempatan mangsa banjir di Sek. Keb. Mersing Kanan. Aku sekeluarga pergi melawat sekejap, siap bawak makanan lagi. 

 sek. keb. Mersing kanan

 bosan duduk dalam kelas, lepak kat luar..

Sekolah ni klasik sikit. Ada lagi sekolah papan nih...macam zaman dulu-dulu. Bila dah sidai baju macam tu, dah tak macam sekolah, dah macam rumah atok di kampung. Hehehe.
 
 Maap ler kualiti gambar kurang memuaskan. Guna henpon aje.

 Siap ada dinding lompong tu haa....


Kaki sapa yang maha besar nih? orang lain sibuk amek gambar sendiri....selfie...selfie. Aku sibuk amek gambar peha drumstik nih..


Aku ingat kampung aku je banjir, rupanya tempat lain lagi dasyat. Kuantan kena teruk. Terengganu pun. Kepada rakan taulan saya Cik Kay, harap-harap keluarga ko selamat yer. Tak pasti pulak bekalan elektrik dah pulih ke belum kat Kuantan tu. Memang resah dan gundah gulana kalau tak dapat hubungi family bila terjadinya musibah macam ni, in sha Allah, semoga Allah lindungi keluarga Kay.




5 comments:

t.a.t.a said...

aku baru nak cakap, paha lagi besar dari kaki. hahaha.

kat kampung aku ada lagi sekolah macam tu. sek rendah agama. kakak aku mengajar kat situ.

cinta said...

bangunan tu patut dipelihara. cantik.

Kay said...

thanks Julie... harap semua mangsa banjir dapat mengharungi dugaan ini dgn hati yg tabah dan redha...

Time Traveller said...

kesian pada mereka yg sangkut dalam banjir.. baru ni my cousin meninggal.. saudara dari are terengganu tak dpt dtg sebab sangkut dlm banjir..

Julie Shahril said...

tata: aku dari dulu mmg peha dari besar dari kaki...hihi..x pnh kaki besar dari peha...

siti: btol...klasik

kay: yup, bertabah lah ok, mungkin lepas ni ada kebaikan disebalik musibah.

timetraveller: mcm mne agaknya kalo ada org meninggal tapi tak dpt dikebumikan sbb kubur pun banjir? uishh...tak dpt dibayangkan. mntk dijauhkan lah.