Friday, November 29, 2013

Bell's Palsy


Pagi ini seorang rakan baik sms aku. Dia tanya anak aku sihat ke tak? demam lagi ke dah sihat? kenapa pulak dia tiba-tiba tanya pasal anak aku?

Rupanya dia nak bercerita pasal penyakit Bell's Palsy. Pernah dengar tak nama penyakit ni? Aku pertama kali dengar nih. Bell's Palsy ialah penyakit Kelumpuhan Separuh Wajah. Boleh menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.

Menurut kawan aku tu, anak saudara husband dia berusia 4 tahun kena demam panas, lepas tu tiba-tiba muka sebelah jadi senget, mata sebelah tak boleh tutup rapat. Kena sebelah muka aje. Bila bawak jumpa doktor, doktor kata anak dia kena penyakit Bell's Palsy.

Kesian dan takut pulak aku dengar.

Macam mana penyakit ini boleh menyerang?

Aku pun tak pasti, macam biasa aku google, katanya mungkin disebabkan oleh virus infection dan keradangan pada saraf akibat dari infection tu. Betul ke tak aku tak tau. Kena tanya doktor.

Mintak dijauhkan lah penyakit-penyakit macam ni dari hidup kita semua.



*Jangan ambil ringan kalau anak sakit walaupun setakat demam biasa okey.






4 comments:

Ajamahiyaa said...

seorang kawan aja..n lecturer aja kene sakit nih....
kesian...huhuh..muke jadik senget...mcm org strok tuh...
tp alhamdulillah boleh pulih..kene wat terapi...mintak dijauhkan...
nauzubillah..

t.a.t.a said...

tang demam panas ke demam sikit ke memang kena risau jugak. demam panas tak kisah budak kecik atau budak tak kecik, kena risau jugak. sebab ada kes juga walaupun dah dewasa tapi bila kena demam panas yang teruk boleh membawa kepada yang lain tau.

cinta said...

dmam zaman skang takleh amik ringan kan.

julie shahril said...

aja: mmg boleh pulih tp amek masa..abah pnh kena dulu.

siti/tata: btol, kdg2 sakit tu bermula dari demam yg org anggap demam biasa, tp last2 melarat jadi pengakit lain.