Wednesday, January 15, 2014

Sabah Road Trip - Day 2 - Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik

Masih lagi cerita Day 2. Maaf la yer banyak sangat entry untuk day 2, muahahaa. Pergi sabah je pon, bukan pergi paris.

Ok, balik dari main celup-celup kaki dengan ikan kelah, kami terus menuju ke Jambatan Tamparuli. Aku dah pernah sampai kat sini dulu, tapi husband aku baru pertama kali. Kalau dari KK dalam 40 minit kot. Jangan tanya aku pasal jalan sebab aku ni spesis buta jalan, dengan bantuan Waze, alhamdulillah, sampai jugak.


Aku nak letak gambar aku tapi hodoh sangat muka aku masa ni, dengan panas, penat, muka berminyak...dah macam muka rumah tak siap. Letak gambar 2 boipren ni lagi bagus.

 Datang jauh-jauh semata-mata nak amek gambar jambatan jahhh. Hehehe.


Menurut sejarah (ke mitos) yg aku baca dalam blog sapa ntah, kesah jambatan tamparuli ni bermula semasa mula-mula pembinaannya, ada seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam tempayan, kemudian diletakkan di tiang pertama jambatan tersebut agar binaanya kukuh. Dan mitos ini terus dipercayai apabila jambatan ini tetap kukuh walaupun dilanda ribut taufan dan banjir. 

Wallahualam...Allah saja yg mengetahuinya.

Aku pun pelik kenapa jambatan ini begitu popular di kalangan pelancong luar, jambatan je pun. Bila google, baca balik kisah-kisah dulu, mungkin jambatan ini ada sejarah atau mitos yang tersendiri.


 Jambatan lama, dah ada lubang, nyaris kaki aku tak terjerelus dalam lubang tu

 Sekarang ada jambatan baru kat bawah tu, kecik tapi...kalau lori lalu ngam-ngam aje..


 kecik je kan laluannya

 aku tak pasti lah ada buaya ke tak

 Kebanyakan penduduk di sini dari suku kaum Kadazan-Dusun, mereka berniaga

Aku singgah sekejap aje kat jambatan ni sebab nak kejar masa pegi KK untuk check-in hotel di sana, dan tak tahan cuaca panas terik bebenor.

Kalau aku travel tak bawak anak...memang sah-sah aku jelajah sampai hujung sinunnnn jambatan ni...silap-silap aku interview orang-orang kat situ tanya sejarah jambatan glemer nih. Pakkal la bawak anak...anak aku pulak tengah tak keruan.....adoiiiii.....zhareef....mama babab bontot baru tau...


Balik dari jambatan tamparuli, kami mencari tempat terletaknya rumah terbalik. Tak jauh sangat dari KK tapi tetap lah kena tengok peta...kihkihkih. Entrance fee rm10 utk dewasa, budak-budak macam zhareef sudah tentu free.


 Muka budak mengaruk..


Visitor hanya dibenarkan ambil gambar diluar rumah sahaja, masuk saja dalam rumah camera is not allowed, termasuk lah kamera handphone. Kalau degil jugak kena denda rm100 utk sekeping gambar dan gambar akan di delete serta merta.

Aku tanya, kenapa tak boleh ambil gambar dalam rumah? mereka jawab sebab rumah ini hak milik private, bukan hak kerajaan. Kalau kerajaan yang bina tempat ni mungkin boleh lah amek gambar. 

Aku tanya lagi, siapa punya tempat ni?

Alexander Yee. Sapa dia nih? Entah la, businessman kot.


Dia takut orang copy paste interior design rumah ni, sebab tu tak dibenarkan amek gambar dalam rumah. Halohhh...tak amek gambar pun aku boleh ingat selok belok dalam rumah ni kot.

Ada kerusi, meja, mesin jahit, meja makan, duit syiling berterabur, selipar, belangkas, dapur....semua terbalik!


 Tak kesah la, yang penting aku dah sampai ke sini, at least once in a lifetime.

 pokok pun nak diterbalikkan jugak

last...sebelum balik.


Aku ada singgah di Pekan Nabalu, tapi singgah yang sangat sekejap. Tu pun sebab nak tukar pampers Zhareef, then masuk la dalam sebuah gerai beli sikit-sikit souvenir. Aku cuma masuk 1 gerai saja....dan aku rekomen sapa-sapa yang nak beli souvenir atau t-shirt sila lah beli di Pekan Nabalu kerana ianya lebih murah berbanding di KK. Percaya lah.

....tak ada gambar di Pekan Nabalu. Hehe.


Ini lah kesudahan cerita Day 2. Macam lambat pulak nak habis cerita Sabah ni.


 

4 comments:

Dr Singa said...

kalau dah anak lima.. rajin tak berjalan macam ni nanti...
hehehhee..
saja tanya..
pengalaman..

Dak Zhareef mesti konpius nengok rumah tu!!

Julie Shahril said...

kakizat: errrr...dlm perancangan anak tak sampai 5 kot...heheheee...tp kalo tetiba ada anak 5 for sure bejalan dekat2 aje..atau kena ikut style akak lah...yg mne tak minat tu tinggal!

wan norulkhamisa said...

uniknye ade rumah terbalikla kat sane..nk pergilah nnti, InsyaALLAH


serun tgk lori tu lalu..mcm nk jatuh..

saye n cik abg suke gak jengjalan n explore tmpt sejarah ni, tp bile Armand dh besar sikit ni, dia dh x suke berjalan..ssh hati btul rasa..

Julie Shahril said...

lisa: akak bawak zhareef pun agak susah la sbb dia byk ragam, biasa la budak kan...bila waktu tido dia terganggu of kos dia mengamuk, pastu dia x suka panas2..mmg menangis jela.